Rabu, 16 Disember 2009

:: Semoga Berjaya dengan Cemerlang ::

Kami dari seluruh keluarga KUBI ingin mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan buat semua yang menjalaninya.. Kami doakan yang terbaik untuk anda semua.. Semoga Berjaya dengan Cemerlang!!!

Isnin, 7 Disember 2009

~Malam Anugerah Persada Melayu~

Setelah hampir sebulan Bulan Persada Melayu dijalankan, akhirnya malam yang dinanti-nantikan oleh semua telah pun selesai. Segala debaran dan penantian telah pun berakhir. Bertempat di A.3 Teater FK UNPAD, Malam APM telah dapat dilansungkan dengan jayanya. Kesemua pemenang bagi setiap anugerah telah pun diumumkan termasuklah pemenang bagi anugerah utama pada malam itu iaitu Anugerah Persada Melayu.



Jebat - FK06
Tuah - FK & TWP 07
Kasturi - FK & TWP 08
Lekir - FK & TWP 09
Lekiu - FKG & Farmasi

Berikut adalah keputusan penuh BPM:

Anugerah Puisidra:
Johan - Kasturi
Naib Johan - Tuah
Ketiga - Jebat

Anugerah Hartamania:
Johan - Tuah (L)
Naib Johan - Kasturi (P)
Ketiga - Tuah (P-Hani)

Anugerah Pidato:
Johan - Farhan Saroni (Tuah)
Naib Johan - Khairul Hafidz (Jebat)
Ketiga - Noorhana Sofia (Tuah)

Anugerah Debat:
Johan - Tuah
Naib Johan - Kasturi
Ketiga - Jebat

Anugerah Kuiz Melayu Kita:
Johan - Lekiu
Naib Johan - Kasturi
Ketiga - Lekir

Anugerah Pantun:
Johan - Kasturi
Naib Johan - Jebat
Ketiga - Lekir

Anugerah Sketsa:
Johan - Tuah
Naib Johan - Kasturi
Ketiga - Lekir

Anugerah Koir:
Johan - Tuah
Naib Johan - Kasturi
Ketiga - Jebat

Anugerah Pemantun Terbaik:
Aiza Amierah binti Abdull Ropha - Kasturi

Anugerah Pembahas Terbaik:
Farhan Haripapbillah - Tuah

ANUGERAH PERSADA MELAYU:
Rumah TUAH (FK & TWP '07)

TAHNIAH diucapkan kepada para pemenang dan terutamanya kepada Rumah TUAH kerana telah berjaya memenangi Augerah Persada Melayu. Kepada yang kurang berjaya, cuba lagi pada masa akan datang. Diharapkan aktiviti-aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa mendatang. Jutaan ucapan terima kasih kepada semua ahli-ahli Biro PDI dan kepada semua AJK Bulan Persada Melayu yang telah bertungkus-lumus untuk merealisasikan Bulan Persada Melayu.

~PERKASAKAN MELAYU SEBAGAI WARISAN~

Jumaat, 4 Disember 2009

:: Pertandingan KOIR ::

Salam..
Hari ini jam 6.30ptg..
bertempat di A.5Teater FK UNPAD
akan dianjurkan
Pertandingan Koir..



datanglah beramai-ramai
sokong ahli pasukan masing-masing..
Penilaian APM masih diteruskan..
:)

Ahad, 29 November 2009

Sambutan Hari Raya Aidiladha: "Qurban Pesona Taqwa"

Dengan bertemakan Qurban Pesona Taqwa, Kelab UMNO Bandung Indonesia (KUBI) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Bandung (PKMI-CB) dan Islamic Malaysian Association (IMAN) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha 1430 Hijrah. Majlis yang disambut secara beramai-ramai oleh pelajar Malaysia yang menuntut di Bandung ini adalah acara tahunan kali ke-3 dan telah dijalankan pada 27 November 2009 bersamaan 10 Zulhijah 1430 Hijrah.

Majlis pada tahun ini telah menerima kunjungan Yang Berhormat Dato’ Seri Shahidan Kassim serta delegasi dari Kelab UMNO Luar Negara. Pelajar Malaysia yang menuntut di Bandung berpeluang bersua muka dan beramah mesra dengan lebih dekat dengan tokoh politik yang terkenal dengan sifat mesra rakyat ini.

Majlis bermula pada jam 6 pagi di perkarangan Masjid Asyifa, Fakultas Kedokteran UNPAD bagi upacara Takbir dan Solat Aidiladha secara berjemaah. Pada majlis tersebut, bekas Mufti Besar Perlis, Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin telah khutbah sebagai mengenang peristiwa Qurban Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Majlis pada pagi tersebut berakhir sekitar jam 8 pagi dengan sesi fotografi dan pemberian ’duit raya’ kepada semua yang hadiri.

Usai majlis di As-Syifa, semua jemaah bergerak ke Puri Alpina, Jatinagor untuk upacara qurban pula. Sebanyak 13 ekor kambing dan 4 ekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini. Pelajar-pelajar telah bergotong-royong menyembelih, memotong dan memasak daging-daging tersebut untuk Majlis Makan Malam serta Ramah Mesra bersama YB Dato Seri Shahidan. Sebahagian besar daging yang lain diagihkan kepada fakir miskin di sekitar Jatinangor. YB Dato dengan berbesar hati memberikan ’duit raya’ berjumlah Rp 100,000 seorang kepada semua pelajar yang hadir pada Majlis Sambutan Aidil Adha tahun ini.

Majlis pada tahun ini memahat kenangan manis dan berharga kepada semua yang hadir terutamanya pelajar Malaysia di sini. Kami di Bandung merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian YB Dato serta delegasi berkunjung ke Bandung bagi menyertai dan menjayakan program ini.Dan yang menunaikan ibadah qurban pada tahun ini tiada harapan yang lebih besar dan bermakna selain mengharapkan qurban diterima di sisi Allah swt.Insyaallah.

Rabu, 25 November 2009

Malam Perdana bersama YAB Tan Sri Dato' Sri Muhyiddin Mohd Yassin

Satu jamuan makan malam yang diberi nama Malam Perdana bersama YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin telah berlangsung dengan jayanya pada 21 November 2009, Sabtu lalu.Majlis makan malam yang dihadiri kira-kira 540 orang tetamu ini merupakan kesinambungan dan kemuncak Tan Sri Muhyiddin Golf Charity(TSM GC) Bandung Classic 2009 yang telah berlangsung pada 19 hingga 21 November yang lalu.Jemputan terdiri daripada 11 orang pengerusi Kelab UMNO Luar Negara (KULN) se-Indonesia,pelajar dari Universitas Padjajadran serta Institut Teknologi Bandung serta peserta TSM GC sendiri.

Majlis bermula jam 7 malam dan berakhir kira-kira 11.30 malam.Jemputan dan tetamu yang datang dihidangkan dengan persembahan hasil kreativiti dan bakat para pelajar.Apa yang menarik adalah setiap persembahan dinilai oleh panel juri dari TSM GC dan diberikan hadiah penghargaan.Selain itu juga, majlis makan malam tersebut menawarkan hadiah cabutan bertuah sebanyak 100 hamper serta 10 tiket penerbangan kepada tetamu yang hadir.

Dalam ucapan beliau, YAB Timbalan Perdana Menteri menyeru pelajar-pelajar Malaysia yang hadir supaya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada warga tempatan.Hal ini kerana merekalah yang menjadi duta kecil di mana sahaja mereka berada dan mempamerkan imej Malaysia kepada orang lain.Di kesempatan itu juga, YAB Tan Sri Dato’ Seri Muhyiddin Mohd Yassin, selaku pengasas TSM GC telah menyampaikan cek bernilai RM 5000 kepada setiap perwakilan Kelab UMNO Luar Negara se-Indonesia bagi tujuan menjalankan program untuk kebajikan ahli.

Majlis ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua yang hadir.Di akhir majlis, dif-dif kehormat dan para pelajar tanpa segan silu bersama-sama memeriah dan menyertai tarian poco-poco yang diminati oleh Yang Berbahagia, Puan Sri Norainee Mohammad, isteri YAB Timbalan Perdana Menteri.Pihak Kelab UMNO Bandung Indonesia (KUBI) dan Badan Perhubungan Negara (BPN) Indonesia merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak TSM GC atas kepercayaan memilih Bandung sebagai tuan rumah acara tahunan Tan Sri Muhyiddin Yassin Golf Charity kali ini.Pihak pelajar di Indonesia, Bandung khasnya turut merasa bangga atas kesudian YAB Tan Sri Muhyiddin dan delegasi mengunjungi kami di sini.Semoga ikatan dan hubungan erat sempena program ini akan berkekalan selamanya.

Isnin, 23 November 2009

:: Pertandingan Debat ::


Salam..
Jangan lupa hadiri
Pertandingan Debat pada :

Tarikh : 24 November 2009/Selasa
Masa : 6.30 ptg
Tempat : A.5 theatre (FK06 vs FK09)
A.3 theatre (FK07 vs FKG/Farmasi)

datanglah sokong ahli batch masing2!!


Khamis, 12 November 2009

Bulan Persada Melayu (BPM)

Kalau bulan Februari yang lepas, Biro Agama dan Kerohanian KUBI dengan kerjasama Biro Kesenian dan Kebudayaan KUBI telah menayakan Bulan Kesenian Islam, kali ini Biro Penerbitan, Dokumentasi dan Informasi KUBI (PDI) pula akan membawakan kepada smeua Bulan Persada Melayu dengan bertemakan "Perkasakan Melayu Sebagai Warisan".


Bermula pada tanggal 13 November 2009, Bulan Persada Melayu atau BPM akan dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang. BPM akan dijalankan sehingga tanggal 6 Disember 2009 dan kesemua pertandingan sepanjang BPM akan dipertandingkan mengikut angkatan masing-masing bagi pelajar-pelajar FK termasuk pelajar TWP manakala semua angkatan FKG dan Farmasi akan bergabung sebagai satu kontijen seperti yang pernah dijalankan sewaktu Karnival Sukan yang lepas.

Undian telahpun dibuat oleh wakil-wakil setiap pasukan dan berikut adalah kontijen-kontijen yang akan bertanding untuk Bulan Persada Melayu:

FK 2006 - JEBAT (HITAM)
FK & TWP 2007 - TUAH (MERAH)
FK & TWP 2008 - KASTURI (PUTIH)
FK & TWP 2009 - LEKIR (BIRU)
FKG & FARMASI - LEKIU (OREN)

Semestinya pelbagai acara yang menarik akan dijalankan sepanjang Bulan Persada Melayu ini. Tetapi harus diingatkan kepada semua kontijen yang bertanding, bukan kemenangan setiap acara sahaja yang diutamakan, tetapi kerjasama dan sokongan daripada seluruh ahli kontijen juga amat dititikberatkan untuk meraih ANUGERAH PERSADA MELAYU; hadiah utama bagi Bulan Persada Melayu ini. Berikut adalah senarai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Bulan Persada Melayu:
  • Majlis Perasmian dan Pertandingan Puisidra - 13 November 2009
  • Hartamania (Amazing Race) - 15 November 2009
  • Pertandingan Pidato - 18 November 2009
  • Pertandingan Debat - 24 November 2009
  • Pertandingan Kuiz Melayu - 25 November 2009
  • Pertandingan Sketsa - 1 Disember 2009
  • Pertandingan Berbalas Pantun - 2 Disember 2009
  • Pertandingan Koir - 4 Disember 209
  • Malam Anugerah Persada Melayu - 6 Disember 2009

(sila klik pada poster di atas untuk maklumat lanjut)

Marilah bersama-sama memeriahkan lagi Bulan Persada Melayu dan jangan lupa untuk memberi sokongan kepada kontijen masing-masing. Kami (PDI) ingin mengembalikan kembali sinar kegemilangan Melayu dan diharapkan BPM ini dapat memartabatkan lagi Melayu di persada dunia. Bak kata Hang Tuah:

"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"


~PERKASAKAN MELAYU SEBAGAI WARISAN~

Isnin, 26 Oktober 2009

Pelancaran Rakan Muda Bandung 2009


Seramai 200 orang pelajar telah dipilih bagi menghadiri Majlis Makan Tengahari dan Ramah Mesra bersama YB. Dato’ Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Belia dan Sukan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara & Kelab UMNO Luar Negara (KULN) pada 24 Oktober 2009,baru-baru ini.Majlis yang berlangsung pada hari Sabtu baru-baru ini telah bermula pada jam 1 tengahari dan berakhir jam 4.30 petang.


Majlis pada tengahari itu adalah kesinambungan Program Bakti Sosial Jatinangor 2009 yang dijalankan sebelumnya.Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan diakhiri dengan sesi fotografi kenang-kenangan.Pada majlis tersebut, YB. Dato’ turut mempersembahkan bakatnya dalam nyanyian karoake dan mendapat pujian dari pelajar-pelajar yang datang.


Selain beramah mesra dan berkenalan lebih dekat dengan YB. Dato, pelajar turut didedahkan dengan maklumat dan informasi berkenaan Program ’Rakan Muda’ IPT yang akan dijalankan di seluruh dunia tidak lama lagi.Sebagai simbolik pelancaran dan penubuhan Rakan Muda Bandung 2009, YB. Dato telah menyerahkan cek bantuan penubuhan kepada Datuk Dr, Junaidy bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia dan barang promosi ’Rakan Muda ’ IPT kepada Saudara Mohd Feendi.


Pihak KUBI amat berbesar hati atas kesudian YB Dato hadir dan melancarkan ’Program Muda IPT’ di sini kerana seperti yang dinyatakan sebelumnya Bandung adalah lokasi pertama program ini dilancarkan di luar negara.Selain itu juga, YB Dato’ turut mengumumkan bahwa Kementerian Belia dan Sukan juga akan memulakan kejohanan sukan khas bagi pelajar-pelajar Malaysia di seluruh Indonesia dengan mengadakan kejohanan sukan terbesar 'Bandung Games' yang akan mengumpulkan pelajar di sini setiap tahun.Semoga program ini dapat menyuntik motivasi dan semangat ’YAKIN BOLEH GEMILANG’ kepada semua ahli di mana sahaja kita berada, di Bandung khasnya.

BAKSOS Jatinangor 2009


               Kelab UMNO Bandung Indonesia dengan kerjasama Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara (KULN) telah menganjurkan Program Bakti Sosial Jatinangor 2009 pada 24 Oktober 2009, Sabtu yang lalu. Program yang bertempat di Jalan Sukawening ini bermula pada jam 7 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi. Pihak KUBI amat berbesar hati atas kesudian Setiausaha II Sekretariat KULN, Encik Shariff bin Hamid, mewakili YB Dato' Ahmad Shabery Cheek bagi merasmikan majlis dan menyrtai program kemasyarakatan ini.

               Seramai 100 buah keluarga telah dpilih bagi menerima sumbangan barang keprluan seperti beras, minyak masak, tepung dan lain-lain. Penerima sumbangan terdiri daripada warga tua yang tidak mampu bekerja, ibu tunggal dan penduduk yang tidak mampu menyara keluarga. Selepas upacara persamian dan penyerahan sumbangan kepada 100 keluarga miskin, sesi fotografi kenang-kenangan telah diadakan.

               Selain pemberian sumbangan, pihak penganjur juga telah mengadakan lawatan rumah ke rumah bagi menyelami dan mendekati kehidupan mansyarakat Sukawening dengan lebih dalam. Program berakhir dengan aktivit membaiki dan mengubahsuai madrasah buat anak-anak fakir miskin yang didirikan oleh salah satu Ketua Rukun Warga di sini. Walaupun pelajar yang menuntut di madrasah tersebut pulang kerana bercuti, pihak penganjur berharap agar sumbangan berupa meja, buku mewarna, langsir dan permainan menguji kecerdasan minda dapat menghiburkan hati pelajar tersebut sekembalinya dari pangkuan keluarga nanti.

Ahad, 25 Oktober 2009

~MAISEN 2009:Emosi, Ekspresi & Seni~


Malam Inspirasi Seni 2009, anjuran Biro Kesenian & Kebudayaan KUBI & PKPMI telah berlangsung dengan meriah. Program bertemakan Emosi, Ekspresi & Seni ini adalah julung kali diadakan di Bandung Indonesia dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Dengan tujuan mencungkil bakat terpendam pelajar-pelajar di Bandung, pelbagai pertandingan telah diadakan bermula bulan Mei yang lalu dan berakhir pada malam kemuncak, 10 Oktober 2009.

Malam kemuncak MAISEN 2009, bertemakan warna Hitam dan Putih telah diadakakan di A5,3 Teater, Fakultas Kedokteran UNPAD. Malam anugerah dan pengumuman penerima trofi ini bermula pada jam 7 malam dan berakhir jam 11 malam. Berikut adalah ahli-ahli yang telah dinobatkan sebagai penerima trofi MAISEN 2009 bagi setiap kategori yang dipertandingkan:

ARCA:
Siti Norhafizah (2006)

FOTOGRAFI:
Muhammad (2007)

PUISI:
Haikal Ambri (2008)

LIRIK LAGU:
Mohd Haikal (2006)

PELAKON PEMBANTU TERBAIK:
Lelaki: Nazzierul Syazwan (Filem: Aku & Kamu)
Perempuan: Siti Maryam (Filem: Seketika)

PELAKON TERBAIK:
Lelaki: Ahmad Zulhazwan (Filem: Aku & Kamu)
Perempuan: Faezah (Filem: Seketika)

PENYUNTING TERBAIK:
Nik Khairunnizam (Filem: Seketika)

POSTER TERBAIK:
Filem Aku & Kamu (Ar-Razi Production) 

PENGARAH TERBAIK:
Faridhil Atrash(Filem: Seketika)

FILEM PENDEK PILIHAN PENONTON:
Seketika (7 Minds Production)

FILEM PENDEK TERBAIK:
Seketika (7 Minds Production) 

Pihak KUBI berharap program sebegini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang dan menyeru agar lebih ramai ahli menyertainya. Tahniah dirakamkan kepada semua pemenang dan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.

=EMOSI-EKSPRESI-SENI=

Rabu, 14 Oktober 2009

MAISEN: Tayangan Perdana Filem Pendek & Malam Kemuncak


Malam yang dinanti-nantikan kini telah tiba. 4 filem pendek akan dipertaruhkan pada malam Tayangan Perdana Filem Pendek MAISEN 2009. Acara yang bakal berlangsung pada 15 Oktober 2009 di A.5 Teater akan menayangkan semua filem pendek yang bertanding. Jangan lupa untuk datang beramai-ramai bagi memberi sokongan kepada semua filem pendek yang bertanding kerana pada malam tersebut para penonton akan diberikan kuasa untuk memilih filem pendek mana yang layak untuk merangkul Anugerah Pilihan Penonton. Jadi, jangan ketinggalan untuk turut serta pada malam tersebut kerana anda semestinya mahu melihat filem pendek kegemaran anda menang.

Siapa yang bakal dinobatkan Pelakon Lelaki & Wanita Terbaik? Siapa pula yang akan merangkul gelaran Pengarah Terbaik? Filem pendek manakah yang akan bergelar Filem Pendek Terbaik MAISEN 2009? Untuk mengetahui bakal pemenangnya, jangan lupa untuk menghadirkan diri ke Malam Kemuncak MAISEN 2009 yang akan berlangsung pada 16 Oktober 2009 bertempat di A.5 Teater FK UNPAD. Acara gilang-gemilang ini akan turut mempersembahkan pelbagai anugerah lain iaitu, Arca Terbaik, Lirik Lagu Terbaik, Penulisan Puisi Terbaik dan Foto Terbaik. Marilah beramai-ramai untuk memeriahkan lagi acara ini.

= EMOSI, EKSPRESI, SENI =

Khamis, 24 September 2009

Salam Aidilfitri 1430H

Bismillahirrahmanirrahim
Salam Aidilfitri 1430 Hijrah,Maaf Zahir dan Batin dari semua Ahli Jawatankuasa Kelab UMNO Bandung Indonesia(KUBI) Sesi 2007/2009 kepada keluarga besar KUBI tak kira di mana anda berada serta semua yang sudi singgah di blog kami.Moga Syawal kali ini memberi seribu makna kepada kita semua.

Andai ada kesalahan dan kesilapan dari pihak kami, pohon ampun dan maaf.Kepada yang tak berkesempatan pulang meraikan Aidilfitri di tanah air, salam perantauan kami ucapkan.Insyaallah, tahun depan boleh balik ke kampung halaman.

Akhir kata, selamat menyambut hari raya.Minal a'dilwal faizin, maaf zahir & batin.
Wallahu'alam

Selasa, 8 September 2009

Amarah & Pesanan!

Salam kepada semua pimpinan dan ahli PKPMI serta Kelab UMNO.

1. Sekarang media di Indonesia sedang memainkan isu-isu tentang tarian pendet dan lain-lain isu lama. Sedikit sebanyak telah mempengaruhi rakyatnya dan juga para mahasiswa Indonesia. Setakat ini ada 2 demontrasi dianjurkan oleh mahasiswa Indonesia, iaitu di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan di Fakultas Kedokteran di UGM, Jogjakarta.

2. Sebagai langkah berjaga-jaga, semua mahasiswa di nasihatkan agar:
1. Melaporkan segera kepada saya atau pegawai kedutaan jika ada demontrasi ditempat pelajar.
2. Menjauhi daripada kumpulan yang mengadakan demontrasi dan jangan sekali-kali membuat provokasi terhadap mereka.
3. Jangan terlibat dalam penulisan atau memberi komen-komen dalam mana-mana halaman blog, facebook atau email. Jangan sekali-kali menulis surat-surat layang kepada mana-mana akhbar di Indonesia atau di Malaysia. Para pelajar harus mendapatkan maklumat terus daripada saya sekiranya ada pemasalahan.
4. Mengelakkan daripada mengadakan program outdoor kecuali mendapat kelulusan JPMI.
5. Pemimpin pelajar perlu berjumpa dengan Dekan atau Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) setiap masa untuk meminta bantuan sekiranya perlu. Pihak JPMI juga berhubung dengan mereka.
6. Sekiranya diancam dan dalam keadaan bahaya, laporkan segera kepada saya atau pegawai kedutaan dan juga kepada pegawai Universiti dan polis setempat.

3. Pemimpin PKPMI dan Kelab UMNO harus mempunyai data lengakap ahli-ahli masing-masing seperti no HP dan lokasi tempat tinggal ahli-ahli. Setiap tempat tinggal ahli, perlu ada wakil yang boleh dihubungi pada setiap masa.

4. Sekiranya ada pemasalahan, sila berhubung dengan saya di no HP 081808811111 atau Pak Azman (Warden) +6287877023257.

Sila maklumkan kepada semua ahli PKPMI dan Kelab UMNO.

Dr Junaidy Abu Bakar
Pengarah
Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia (MSD)
Kedutaan Besar di Indonesia
Jakarta. Indonesia.
+62 81 80 88 11111

Selamat Datang

Assalamualaikum wbt.Selamat datang diucapkan kepada semua adik angkatan 2009 yang baru menjejakkan kaki ke bumi Jatinangor.Kata orang Sunda-Wilujeng Sumping.Selamat bergabung bersama kami, keluarga besar Kelab UMNO Bandung Indonesia.Semoga kedatangan adik-adik akan memeriahkan lagi keluarga besar KUBI pada masa akan datang.Insyaallah.

Dikesempatan ini juga,KUBI ingin memperingatkan adik-adik agar melengkapkan borang keahlian KUBI yang telah diedarkan pada malam pengenalan KUBI kelmarin.Diharap borang serta yuran keahlian kelab dapat diserahkan sebelum 12 September kepada pihak KUBI.

Tak lama lagi, kita akan menyambut Aidilfitri.Di kesempatan ini, KUBI ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 H dan Maaf Zahir & Batin.Wassalam.

Selasa, 28 Julai 2009

PSB09:Senarai Nama Berdasarkan Acara

PENDIDIKAN

Ketua :Fahkrul Radzi Bin Ahmad Zubir

AJK :1.Khairul Hafidz AlKhair bin Khairul Amin

2.Adi bin Nordin

3.Muslihah Binti Zainon

4.Nursyifa binti Abdullah

5.Nurul Nadiah binti Zulkifli

6.Noor Ashikin binti Abdul Hamid

7.Nor Idyani Bt Abdul Rashid

8.Farizan binti Che Kob

9. Najiha Binti Jalil

10.Farhana Bt Yem

11.Siti Nur Illyyinna Binti Ismail

12. Khairunnisa Binti Md Zain

13. Khairul Anwar Adan

14. Muhammad Zaki Bin Hj Alwi

15. Noor Aqilah Binti Mohd Tamyes

16. Anis Binti Mohd Anuar

17. Huda Basuri

18. Abdul Syukur Bin Abdul Rahim

19. Mazni Al Zafran Bin Jani

20. Mohamad Ashraf

21. Afiq Fikri Bin Azmi

22. Nur Azuriah Bt Abidin

23. Noor Adlin Binti Hamzah

24. Norfarhana Binti Azahri

25. Nursyafiqah Binti Mohd Norazi

KESIHATAN

Ketua :Mohd Feendi bin Mohd Fauzi Yap

ZON I:DUN KUBANG ROTAN(MERAH)

Ketua :Fatin Amirah binti Zainutdin

Peserta :1. Siti Tahirah Binti Mahmud

2. Nurliyana Binti Amran

3. Zazarida

4. Nur Niswaniyy Binti Zainal Abidin

5. Nur Izzaty Nadia Binti Mohd Ariffin

6. Ahmad Naqiuddin Bin Mohamed

7. Muhammad Nazzierul Syazwan Bin Mohd Nasir

8. Mohd Hafiz Bin Idrus

9. Nurul Nadiah Binti Razali

10.Mohd Farhan Bin Saroni

11.Hairina Binti Mazlan

12. Nurul Mawaddah Binti Zainuddin

13. Inahja Binti Abd Jalil

14. Fathiah Binti Ab Raman

15. Nor Hasanah Binti Mohd Zaki

16. Hawa Alia Binti Hasan

17. Aishah Binti Jalil

18. Athirah Baharuddin

19. Nuraina Mardhiah binti Nordin

20. Aznan Bin Abdullah

21. Aiman bin Roslim

ZON II:DUN PENGKALAN KUNDUR(BIRU)

Ketua : Siti Nurhafizah Binti Saharudin

Peserta : 1.Norizan Haji Azizan

2. Syed Azlan Bin Syed Omar

3. Shahrir Bin Suhaimi

4. Nik Hani Binti Nik Sallahuddin

5. Ahmad Zulfahmi Bin Kamaruzaman

6. Ali Luthfi Bin Mohd Nafis

7. Siti Nor Asiah Binti Abdul Ghani

8. Faridzatul Azna Binti Saroni

9. Nazmina Azhana Binti Azih

10. Normadihah Binti Mohd Zolkifli

11. Siti Aisyah Binti Zakariah

12. Noor Sahida Binti Ishak

13. Intan Fazreen Binti Ismail

14. Nur Faizah Binti Harun

15. Wan Noor Amirah

16. Sara Azreen Binti Azizul Rahman

17. Sarah Binti Masrukin

18. Nurul Sakinah

19. Mohamad Hafizi Bin Muid

20. Mohamad Faisal Bin Hanafi

21. Nur Ashikin binti Razali

ZON III:DUN ANAK BUKIT(HIJAU)

Ketua : Muhammad Hanif bin Abu Siroh

Peserta :1.Adib Mursyidi Bin Iskandar Mirza

2. Mohd Arif Bin Mohd Marsin

3. Muhammad Sadiq Bin Naman

4. Raja Muhammad Fadhlan Bin Raja Rosly

5. Haliza Syamimi Binti Abdull Hallim

6. Rubiatun Aduwiyah Binti Ibrahim

7. Noor Ashikin Binti Mohd Sidik

8. Noorhayati Binti Mohamad Nadzir

9. Nor Syazliana Binti Mohd Din

10. Nur Tilawati Binti Ramli

11. Farah Wahidah Binti Sazali

12. Nor Saadah Binti Redzwan

13. Wan Nurul Nadia Binti Wan Seman

14. Rozila Binti Razali

15. Ahmad Fariduddin Bin Abd Mubi

16. Zuhratun Nazihah Binti Khairul Kamal

17. Nuraini

18. Abdul Aziz Bin Yusof

19. Kalam Azad Bin Ayub

20. Nurhidayah Binti Yahya

21.Nornadia bte Mohamad Mahbob

*Nama yang di bold adalah nama bagi PROGRAM DOKTOR KECIL.Harap maklum

Khamis, 23 Julai 2009

Malam Inspirasi Seni (MAISEN) 2009


Bertemakan "Emosi, Ekspresi, Seni", Kelab UMNO Bandung (KUBI) dan PKPMI Cawangan Bandung telah menganjurkan Malam Inspirasi Seni atau lebih dikenali dengan MAISEN buat julung-julung kalinya. Acara ini telah pun bermula dan akan berlangsung sepanjang bulan Mei sehingga bulan Oktober 2009. 

Dengan objektif untuk mengetengahkan bakat-bakat para pelajar Malaysia, beberapa pertandingan telah diadakan, iaitu:

  • FILEM PENDEK
  • PUISI
  • LIRIK LAGU
  • ARCA
  • FOTOGRAFI

Kesemua karya-karya akan diadili oleh para juri profesional. Selain itu, setiap pertandingan yang dianjurkan menawarkan hadiah-hadiah yang cukup lumayan, iaitu hadiah wang tunai bernilai IDR 500,000.

Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua angkatan. Jadi kepada sesiapa yang masih berminat untuk menyertai pertandingan-pertandingan di atas, boleh menghubungi wakil angkatan masing-masing kerana penyertaan masih lagi dibuka sehingga satu tarikh yang akan diumumkan nanti. Kepada yang telah menghantarkan borang penyertaan, ingin diingatkan bahawa tarikh terakhir untuk menghantar karya masing-masing adalah 2 Oktober 2009.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang syarat-syarat penyertaan serta wakil-wakil angkatan yang boleh dihubungi atau mempunyai soalan berkenaan dengan MAISEN 2009, bolehlah melawat blog MAISEN di http://maisen09.blogspot.com/

Jadi, tunggu apa lagi? Hubungilah wakil-wakil angkatan anda dan mari kita bersama-sama memeriahkan lagi MAISEN 2009. Ekspresikan emosi anda dengan seni...

Kita jumpa di malam kemuncak MAISEN 2009 pada 17 Oktober nanti!!!

= EMOSI, EKSPRESI, SENI =

PSB 09:Senarai Nama Peserta (PENUH)

Assalamualaikum wbt!
Berikut adalah senarai peserta yang akan menyertai PSB 09.Nama-nama adalah seperti berikut:

+Click pada image utk melihat senarai name lebih jelas+

Harap maklum.Sebarang kesulitan,sila maklumkan kepada Mohd Hafiz bin Idrus bagi peserta dari Bandung.Kepada peserta dari kelab lain, sila maklumkan kepada Presiden Kelab masing-masing atau emailkan kepada bpn_umnoindonesia@yahoo.com.

Sebarang kesulitan amat dikesali.

Selasa, 21 Julai 2009

PSB 09:Senarai Barang Keperluan

Berikut adalah senarai barang keperluan program.Harap beri perhatian.

SENARAI KEPERLUAN UMUM
  1. ‘Lab Coat’
  2. Pakaian Sukan (baju, seluar, kasut)
  3. Pakaian Formal (baju batik, baju kurung, baju kemeja, kasut, sarung kaki)
  4. Pakaian Tidak Formal
  5. Pakaian Tidur
  6. Peralatan Solat
  7. Peralatan Mandi
  8. Alat tulis
  9. Ubat-ubatan
  10. Stetoskop (bagi yang ada)
  11. Sphygmomanometer (bagi yang ada)
  12. Sandal

Senarai Keperluan Terperinci (Mengikut Hari)

Hari Pertama-Pelepasan dari PWTC
1. T-shirt program

2. Seluar slack (jeans tidak dibenarkan)

3. Kasut

4. Ubat-ubatan

Hari Kedua-Perasmian Pembukaan
1. Kemeja formal

2. Seluar slack

3. Kasut

4. Baju kurung

5. Baju batik

6. Ubat-ubatan

Hari Ketiga-Aktiviti di Kuala Kedah

1. T-shirt program

2. Seluar slack/jeans/sukan

3. Ubat-ubatan

4. Sphygmomanometer

5. Stetoskop

6. ‘Lab Coat’

*Senarai barang keperluan tertakluk pada sebarang perubahan dan akan dimaklumkan kepada peserta.Harap maklum

PSB 09:Tentatif Program

Assalamualaikum wbt.

Perhatian kepada semua peserta PSB08,berikut adalah tentatif program makluman kalian semua.Tentatif boleh dimuat turun dari folder E-sharing di sidebar blog.

+Click pada image untuk melihat lebih jelas+

Kolum yang diwarnakan adalah program yang wajib disertai oleh semua peserta.Harap maklum.

Sabtu, 18 Julai 2009

PSB09:Senarai Peserta Bandung

Assalamualaikum wbt!
Berikut adalah senarai nama peserta dari Bandung bagi Program Semaian Bakti 2009.

+click pada image untuk melihat lebih jelas!+

Sukacita dimaklumkan,bahawa nama-nama yang dihantar ke FK UNPAD mendapat pelepasan dari mengikuti JUDICIUM II dari FK UNPAD dengan syarat telah eligible for next year promotion.

Untuk pengetahuan semua,penyertaan telah ditutup pada 17 Juli lalu.Bagi mereka yang

1.telah mendaftar tetapi namanya tidak tersenarai dalam list ini
2.tidak dapat menyertai program ini atas sebab yang tidak dapat dielakkan
3.belum menyerahkan size T-Shirt

sila hubungi Mohd Hafiz bin Idrus ( 081802212252) atau Rubiatun Aduwiyah binti Ibrahim (081809999049) sebelum 20 Julai 2009.Sebarang kesulitan amat dikesali.

Sekian,terima kasih!

Program Semaian Bakti 2009

Assalamualaikum wbt!

BPN UMNO INDONESIA dengan bangganya menghadirkan Program Semaian Bakti 2009.Maklumat berkenaan program adalah seperti di poster.BLOG KUBI akan diupdate dari semasa ke semasa sepanjang program berlangsung.

Bagi upload tentatif,senarai AJK dan borang penyertaan bagi yang belum melengkapkan maklumat diri,anda bolehlah memuat turun dari E-Sharing.Terima kasih!

Jumaat, 5 Jun 2009

Majlis Sambutan Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong Yang Ke-13



Majlis Sambutan Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong Malaysia
Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Yang DiPertuan Agong Malaysia Yang Ke-13


Tarikh : 6 Jun 2009
Masa : 6.30 Petang
Tempat : Hotel Puri Khatulistiwa
Pakaian : Kasual (Jeans & Sandal/Selipar
Tidak Dibenarkan)
Anjuran : Kelab Umno Bandung Indonesia &
PKPMI-CB

*untuk makluman semua Hari Keputeraan
Yang DiPertuan Agong secara rasminya akan
disambut pada Sabtu pertama bulan Jun bagi setiap
Yang DiPertuan Agong Malaysia*


Khamis, 7 Mei 2009

~Selamat Berjaya Untuk Semua Mahasiswa~




Salam..
Dalam kesibukan kita semua berusaha untuk
mengapai kejayaan..
Dalam kebuntuan kita mencuba untuk menjadi
yang terbaik..

Bersamalah kita berdoa agar bersama-sama kita
berjaya dalam mengharungi pahit getir musim
peperiksaan yang kian hampir..
InsyaALLAH..

Khamis, 30 April 2009

Comparative Religion Seminar

Assalamualaikum WBT and a very good day to everyone…


Dear friends,

Have you all ever heard of the phrase ‘comparative religion’ or does your mind go blank when you hear it? Don’t fret, let’s learn about it together!


What is comparative religion actually? Basically, it’s a field of study that studies about the religions that exists in this world! It’s a religious study that analyzes the similarities and differences of themes, myths, rituals and whatnot~
Do you know where your religion came from?Or do you believe in it just because your family does or your ustaz/rabi/priest etc tells you it’s true?Have you actually ever studied about all religions just to make sure you’re not being ignorant?

And most importantly,

HAVE THESE QUESTIONS EVER CROSSED YOUR MINDS???


Hmmmm…^-^

There are a lot of scholars that are experts in this field, and among them is Shah Kirit Kakulal Govindji; or more famously known as Brother Shah Kirit, a Malaysian himself!
Never heard of him before?
Google it!
Or since I’m feeling generous, you can find out about him here=)

Interested in learning more about comparative religion and what it entails???
Well, to all of us studying here in UNPAD, we’re in luck!
KUBI under one of its bureaus; BAIK(Biro Agama Islam KUBI) is bringing Brother Shah Kirit himself to UNPAD to give a special talk and answer all your questions on this very interesting field!!!

tak sabarnya!! yeaaay!!


Excited? Want more details?visit B.A.I.K

Rabu, 29 April 2009

Entrepreneur Day

"Kenyang+Sihat=Kepuasan". Begitulah tema Entrepreneur Day 2009 ,anjuran Biro Ekonomi & Dana Usaha KUBI yang baru saja dijalankan pada 28 April 2009 yang lalu. Bertempat di Plaza FK UNPAD, Entrepeneur Day yang dahulunya dikenali sebagai Karnival Makanan Malaysia tampil dengan aktiviti yang lebih mantap. Sebanyak 12 gerai makanan telah dibuka sepanjang acara berlangsung.

Berbagai juadah dijual kepada pengunjung dengan harga berpatutan.Sambil menikmati & mengubat kerinduan kepada makanan Malaysia,pengunjung dihiburkan dengan persembahan hebat seperti live band,tarian Melayu & India,nasyid dan nyanyian.

Selain itu juga,kempen derma darah turut mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para pengunjung.Bersesuaian dengan tema membentuk gaya hidupa sihat,kempen donor darah ini diharapkan dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.Setitis darah dapat menyelamatkan seribu nyawa.

Tahniah dirakamkan kepada Biro PDI dengan tema Pondok Desa Indah dan dinobatkan sebagai SAUNG TERCANTIK pada hari tersebut.Tahniah juga kepada Islamic Malaysian Association(IMAN) atas kemenangan sebagai gerai tercantik sekali lagi pada tahun ini.Semoga aktiviti ini dapat mempererat hubungan antara pelajar Malaysia di rantauan selain mengubat kerinduan kepada masakan dari tanah air.

Tahniah kepada Biro Ekonomi & Dana Usaha atas kejayaan menganjurkan program tahunan ini.Kepada semua yang terlibat menjayakan Enterpreneur Day 2009,jutaan terima kasih diucapkan.Jumpa lagi tahun hadapan!

Jumaat, 3 April 2009

Perdana Menteri Malaysia ke-6!

KUALA LUMPUR,3 April : Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.


Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Mereka berdua kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.

Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Berita dipetik dari http://www.hmetro.com.my

------------------------------------

KUBI mengucapkan tahniah kepada Dato Seri Najib Tun Razak diatas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.Semoga teraju kepimpinan beliau dapat membawa Malaysia ke arah yang lebih baik lagi.Dan tak lupa,jutaan terima kasih kepada Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi di atas jasa beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia sebelumnya.

Selasa, 31 Mac 2009

Update: Liga Futsal Pusingan Kedua Minggu ke-1


Pada hari Khamis lepas, bermulanya pusingan kedua bagi Liga Futsal lelaki. Perlawanan telah diadakan selama 3 hari; Khamis, Sabtu dan Ahad. Sebanyak 7 perlawanan telah berlangsung di antara 6 buah pasukan yang telah layak ke pusingan kedua. Pelbagai aksi yang lebih menarik dan skil permainan yang lebih mantap telah dipamerkan oleh kesemua pasukan. Semuanya dilakukan untuk menjuarai Liga Futsal KUBI 2009 yang bakal berakhir tidak lama lagi.

Biarpun terdapat pasukan yang terpaksa bermain lebih daripada 2 permainan pada minggu lepas, semangat mereka tidak luntur dan tetap dapat mempamerkan permainan terbaik mereka. Walaupun kepenatan, kemenangan yang dicapai semestinya berbaloi dengan usaha yang dicurahkan oleh setiap pasukan. Kepada yang kurang berjaya, masih terdapat beberapa perlawanan lagi sebelum liga ini sampai ke penghujungnya. Teruskan usaha anda!

Berikut adalah keputusan perlawanan minggu lepas:

KHAMIS:
Dravidians vs Lack Finding : 6-1
XY vs The Putih : 4-1
The Putih vs Dravidians : 1-5

SABTU:
Dravidians vs Joga Bonito : 1-1
Lack Finding vs The Putih : 1-5

AHAD:
Joga Bonito vs The Putih : 1-0
XY vs Lack Finding : 2-0


Perlawanan pada minggu ini akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Marilah beramai-ramai ke perlawanan futsal pada minggu ini untuk memberikan sokongan kepada pasukan pilihan anda. Terima kasih di atas sokongan anda semua!

=Bersama Membentuk Gaya Hidup Sihat=

Selasa, 24 Mac 2009

Tahniah & Terima Kasih atas Sokongan Anda!

KUBI sekali lagi berjaya merangkul Anugerah Kelab UMNO Luar Negara tahun ini. Di kesempatan ini, KUBI merakamkan jutaan terima kasih & tahniah kepada semua tulang belakang KUBI yang terus setia menyokong dan menjayakan agenda KUBI selama ini. Berita rasmi di bawah dipetik dari website KULN: http://www.kelab-umno.com
----------------------------------
Kuala Lumpur, 20 Mac 2009 - Sebuah majlis makan malam sempena Kursus Kepimpinan KULN telah berlangsung dengan dihadiri oleh ramai para perwakilan dan pemerhati yang akan menyertai Kursus Kepimpinan nanti.

Pada malam tersebut, Pengerusi KULN, YB Dato' Seri Mohd Shafie Apdal telah mengucapkan jutaan tahniah kepada semua ahli KULN yang telah hadir pada malam tersebut, beliau merasa bangga dengan jumlah ahli KULN yang kini telah menelihi 15,000 ahli di seluruh dunia.

YB Pengerusi juga telah menyampaikan anugerah kelab UMNO Terbaik 2008 kepada kelab-kelab yang telah banyak menganjurkan program-program bermanfaat, antara kelab-kelab yang mendapat anugerah pada malam tersebut ialah:

1. KULN London
2. KULN Bandung
3. KULN Melbourne
4. KULN New York-New Jersey
5. KULN Kaherah
6. KULN Auckland
7. KULN Moscow
8. KULN Dublin
9. KULN Korea Selatan

YB Pengerusi mengharapkan agar semua Kelab UMNO Luar Negara akan terus bantu-membantu, elakkan dari perselisihan pendapat sesama kita dan terus menempa nama di seluruh dunia.
--------------------------
Semoga kejayaan ini membuatkan KUBI terus semangat dalam menjayakan misi mencipta modal Insan & warga Malaysia yang CEMERLANG,GEMILANG dan TERBILANG selamanya.

=KUBI, DEKAT DI HATI=

Isnin, 23 Mac 2009

Update: Liga Futsal Minggu ke-5

GAMAT tapi SANTAI. Itulah kata-kata yang dirasakan paling tepat untuk menggambarkan suasana perlawanan Liga Futsal KUBI minggu ke-5. 4 perlawanan telah berlangsung, 1 perlawanan dari liga perempuan yang mana pemenangnya akan mendapat tempat ketiga di dalam liga selepas 3R dan DRG manakala baki 3 perlawanan adalah dari liga lelaki yang merupakan perlawanan terakhir bagi pusingan pertama sebelum bermulanya pusingan kedua pada minggu ini.

Kesemua perlawanan dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah atau kontroversi dan para pemain telah mempamerkan pelbagai aksi yang menarik dan melucukan. Kepada 6 pasukan dari liga lelaki yang telah layak ke pusingan kedua, TAHNIAH diucapkan dan kepada yang tidak layak, tahun hadapan masih ada. Teruskan usaha anda!

Berikut adalah keputusan perlawanan futsal bagi minggu ke-5:

LELAKI:
XY vs The Putih : 3-0
Dravidians vs Cikuda : 7-5
Syalira vs Moucha Jr. : 1-2

PEREMPUAN:
Athletico Muslimah vs Shabuya : 1-3


Jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan futsal pusingan kedua liga lelaki yang akan berlangsung pada Khamis ini di Gor Pakuan UNPAD (jadual perlawanan akan diumumkan kemudian). Berilah sokongan kepada pasukan pilihan anda dan terima kasih di atas sokongan anda.

=Bersama Membentuk Gaya Hidup Sihat=

Rabu, 18 Mac 2009

Update: Liga Futsal Minggu ke-4

TAHNIAH diucapkan kepada pasukan futsal 3R kerana telah memenangi Liga Futsal KUBI perempuan!!! Dengan mata keseluruhan sebanyak 8 mata, pasukan 3R telah menjuarai liga perempuan pada tahun ini. Walaupun mempunyai mata yang sama dengan pasukan DRG, tetapi jumlah gol yang lebih banyak telah memberikan mereka kemenangan mutlak.

Perlawanan minggu lepas semakin sengit terutamanya bagi Liga Lelaki kerana hanya 6 pasukan yang akan layak ke pusingan yang seterusnya. Semua pasukan berusaha bertungkus-lumus bagi melayakkan diri mereka ke pusingan yang kedua. Berikut adalah keputusan perlawanan Liga Futsal minggu ke-4:

LELAKI:
Dravidians vs One United : 4-0
Mulana vs Syalira : 2-1
Joga Bonito vs Moucha Jr. : 2-0
Lack Finding vs Super Pets : 2-1
The Putih vs Azzuran : 2-1
One United vs XY : 0-5 (XY menang tanpa bertanding)

PEREMPUAN:
Athletico Muslimah vs Flaming Star : 4-0
Shabuya vs DRG : 1-4


Setelah berakhir perlawanan pada minggu lepas, telah diumumkan 6 pasukan dari liga lelaki yang telah melayakkan diri mereka ke pusingan seterusnya. Berikut adalah senarai pasukan liga lelaki yang akan bertanding di pusingan kedua:

The Putih
Dravidians
XY
Mulana
Joga Bonito
Lack Finding


Jangan ketinggalan untuk menyaksikan perlawanan pada minggu ini dan sama-sama kita nantikan pasukan manakah yang akan menjuarai Liga Futsal KUBI bagi bahagian lelaki. Terima kasih di atas sokongan anda semua.

=Bersama Membentuk Gaya Hidup Sihat=