Khamis, 12 November 2009

Bulan Persada Melayu (BPM)

Kalau bulan Februari yang lepas, Biro Agama dan Kerohanian KUBI dengan kerjasama Biro Kesenian dan Kebudayaan KUBI telah menayakan Bulan Kesenian Islam, kali ini Biro Penerbitan, Dokumentasi dan Informasi KUBI (PDI) pula akan membawakan kepada smeua Bulan Persada Melayu dengan bertemakan "Perkasakan Melayu Sebagai Warisan".


Bermula pada tanggal 13 November 2009, Bulan Persada Melayu atau BPM akan dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang. BPM akan dijalankan sehingga tanggal 6 Disember 2009 dan kesemua pertandingan sepanjang BPM akan dipertandingkan mengikut angkatan masing-masing bagi pelajar-pelajar FK termasuk pelajar TWP manakala semua angkatan FKG dan Farmasi akan bergabung sebagai satu kontijen seperti yang pernah dijalankan sewaktu Karnival Sukan yang lepas.

Undian telahpun dibuat oleh wakil-wakil setiap pasukan dan berikut adalah kontijen-kontijen yang akan bertanding untuk Bulan Persada Melayu:

FK 2006 - JEBAT (HITAM)
FK & TWP 2007 - TUAH (MERAH)
FK & TWP 2008 - KASTURI (PUTIH)
FK & TWP 2009 - LEKIR (BIRU)
FKG & FARMASI - LEKIU (OREN)

Semestinya pelbagai acara yang menarik akan dijalankan sepanjang Bulan Persada Melayu ini. Tetapi harus diingatkan kepada semua kontijen yang bertanding, bukan kemenangan setiap acara sahaja yang diutamakan, tetapi kerjasama dan sokongan daripada seluruh ahli kontijen juga amat dititikberatkan untuk meraih ANUGERAH PERSADA MELAYU; hadiah utama bagi Bulan Persada Melayu ini. Berikut adalah senarai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Bulan Persada Melayu:
  • Majlis Perasmian dan Pertandingan Puisidra - 13 November 2009
  • Hartamania (Amazing Race) - 15 November 2009
  • Pertandingan Pidato - 18 November 2009
  • Pertandingan Debat - 24 November 2009
  • Pertandingan Kuiz Melayu - 25 November 2009
  • Pertandingan Sketsa - 1 Disember 2009
  • Pertandingan Berbalas Pantun - 2 Disember 2009
  • Pertandingan Koir - 4 Disember 209
  • Malam Anugerah Persada Melayu - 6 Disember 2009

(sila klik pada poster di atas untuk maklumat lanjut)

Marilah bersama-sama memeriahkan lagi Bulan Persada Melayu dan jangan lupa untuk memberi sokongan kepada kontijen masing-masing. Kami (PDI) ingin mengembalikan kembali sinar kegemilangan Melayu dan diharapkan BPM ini dapat memartabatkan lagi Melayu di persada dunia. Bak kata Hang Tuah:

"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"


~PERKASAKAN MELAYU SEBAGAI WARISAN~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan