Ahad, 29 November 2009

Sambutan Hari Raya Aidiladha: "Qurban Pesona Taqwa"

Dengan bertemakan Qurban Pesona Taqwa, Kelab UMNO Bandung Indonesia (KUBI) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Bandung (PKMI-CB) dan Islamic Malaysian Association (IMAN) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha 1430 Hijrah. Majlis yang disambut secara beramai-ramai oleh pelajar Malaysia yang menuntut di Bandung ini adalah acara tahunan kali ke-3 dan telah dijalankan pada 27 November 2009 bersamaan 10 Zulhijah 1430 Hijrah.

Majlis pada tahun ini telah menerima kunjungan Yang Berhormat Dato’ Seri Shahidan Kassim serta delegasi dari Kelab UMNO Luar Negara. Pelajar Malaysia yang menuntut di Bandung berpeluang bersua muka dan beramah mesra dengan lebih dekat dengan tokoh politik yang terkenal dengan sifat mesra rakyat ini.

Majlis bermula pada jam 6 pagi di perkarangan Masjid Asyifa, Fakultas Kedokteran UNPAD bagi upacara Takbir dan Solat Aidiladha secara berjemaah. Pada majlis tersebut, bekas Mufti Besar Perlis, Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin telah khutbah sebagai mengenang peristiwa Qurban Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Majlis pada pagi tersebut berakhir sekitar jam 8 pagi dengan sesi fotografi dan pemberian ’duit raya’ kepada semua yang hadiri.

Usai majlis di As-Syifa, semua jemaah bergerak ke Puri Alpina, Jatinagor untuk upacara qurban pula. Sebanyak 13 ekor kambing dan 4 ekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini. Pelajar-pelajar telah bergotong-royong menyembelih, memotong dan memasak daging-daging tersebut untuk Majlis Makan Malam serta Ramah Mesra bersama YB Dato Seri Shahidan. Sebahagian besar daging yang lain diagihkan kepada fakir miskin di sekitar Jatinangor. YB Dato dengan berbesar hati memberikan ’duit raya’ berjumlah Rp 100,000 seorang kepada semua pelajar yang hadir pada Majlis Sambutan Aidil Adha tahun ini.

Majlis pada tahun ini memahat kenangan manis dan berharga kepada semua yang hadir terutamanya pelajar Malaysia di sini. Kami di Bandung merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian YB Dato serta delegasi berkunjung ke Bandung bagi menyertai dan menjayakan program ini.Dan yang menunaikan ibadah qurban pada tahun ini tiada harapan yang lebih besar dan bermakna selain mengharapkan qurban diterima di sisi Allah swt.Insyaallah.

Rabu, 25 November 2009

Malam Perdana bersama YAB Tan Sri Dato' Sri Muhyiddin Mohd Yassin

Satu jamuan makan malam yang diberi nama Malam Perdana bersama YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin telah berlangsung dengan jayanya pada 21 November 2009, Sabtu lalu.Majlis makan malam yang dihadiri kira-kira 540 orang tetamu ini merupakan kesinambungan dan kemuncak Tan Sri Muhyiddin Golf Charity(TSM GC) Bandung Classic 2009 yang telah berlangsung pada 19 hingga 21 November yang lalu.Jemputan terdiri daripada 11 orang pengerusi Kelab UMNO Luar Negara (KULN) se-Indonesia,pelajar dari Universitas Padjajadran serta Institut Teknologi Bandung serta peserta TSM GC sendiri.

Majlis bermula jam 7 malam dan berakhir kira-kira 11.30 malam.Jemputan dan tetamu yang datang dihidangkan dengan persembahan hasil kreativiti dan bakat para pelajar.Apa yang menarik adalah setiap persembahan dinilai oleh panel juri dari TSM GC dan diberikan hadiah penghargaan.Selain itu juga, majlis makan malam tersebut menawarkan hadiah cabutan bertuah sebanyak 100 hamper serta 10 tiket penerbangan kepada tetamu yang hadir.

Dalam ucapan beliau, YAB Timbalan Perdana Menteri menyeru pelajar-pelajar Malaysia yang hadir supaya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada warga tempatan.Hal ini kerana merekalah yang menjadi duta kecil di mana sahaja mereka berada dan mempamerkan imej Malaysia kepada orang lain.Di kesempatan itu juga, YAB Tan Sri Dato’ Seri Muhyiddin Mohd Yassin, selaku pengasas TSM GC telah menyampaikan cek bernilai RM 5000 kepada setiap perwakilan Kelab UMNO Luar Negara se-Indonesia bagi tujuan menjalankan program untuk kebajikan ahli.

Majlis ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua yang hadir.Di akhir majlis, dif-dif kehormat dan para pelajar tanpa segan silu bersama-sama memeriah dan menyertai tarian poco-poco yang diminati oleh Yang Berbahagia, Puan Sri Norainee Mohammad, isteri YAB Timbalan Perdana Menteri.Pihak Kelab UMNO Bandung Indonesia (KUBI) dan Badan Perhubungan Negara (BPN) Indonesia merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak TSM GC atas kepercayaan memilih Bandung sebagai tuan rumah acara tahunan Tan Sri Muhyiddin Yassin Golf Charity kali ini.Pihak pelajar di Indonesia, Bandung khasnya turut merasa bangga atas kesudian YAB Tan Sri Muhyiddin dan delegasi mengunjungi kami di sini.Semoga ikatan dan hubungan erat sempena program ini akan berkekalan selamanya.

Isnin, 23 November 2009

:: Pertandingan Debat ::


Salam..
Jangan lupa hadiri
Pertandingan Debat pada :

Tarikh : 24 November 2009/Selasa
Masa : 6.30 ptg
Tempat : A.5 theatre (FK06 vs FK09)
A.3 theatre (FK07 vs FKG/Farmasi)

datanglah sokong ahli batch masing2!!


Khamis, 12 November 2009

Bulan Persada Melayu (BPM)

Kalau bulan Februari yang lepas, Biro Agama dan Kerohanian KUBI dengan kerjasama Biro Kesenian dan Kebudayaan KUBI telah menayakan Bulan Kesenian Islam, kali ini Biro Penerbitan, Dokumentasi dan Informasi KUBI (PDI) pula akan membawakan kepada smeua Bulan Persada Melayu dengan bertemakan "Perkasakan Melayu Sebagai Warisan".


Bermula pada tanggal 13 November 2009, Bulan Persada Melayu atau BPM akan dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang. BPM akan dijalankan sehingga tanggal 6 Disember 2009 dan kesemua pertandingan sepanjang BPM akan dipertandingkan mengikut angkatan masing-masing bagi pelajar-pelajar FK termasuk pelajar TWP manakala semua angkatan FKG dan Farmasi akan bergabung sebagai satu kontijen seperti yang pernah dijalankan sewaktu Karnival Sukan yang lepas.

Undian telahpun dibuat oleh wakil-wakil setiap pasukan dan berikut adalah kontijen-kontijen yang akan bertanding untuk Bulan Persada Melayu:

FK 2006 - JEBAT (HITAM)
FK & TWP 2007 - TUAH (MERAH)
FK & TWP 2008 - KASTURI (PUTIH)
FK & TWP 2009 - LEKIR (BIRU)
FKG & FARMASI - LEKIU (OREN)

Semestinya pelbagai acara yang menarik akan dijalankan sepanjang Bulan Persada Melayu ini. Tetapi harus diingatkan kepada semua kontijen yang bertanding, bukan kemenangan setiap acara sahaja yang diutamakan, tetapi kerjasama dan sokongan daripada seluruh ahli kontijen juga amat dititikberatkan untuk meraih ANUGERAH PERSADA MELAYU; hadiah utama bagi Bulan Persada Melayu ini. Berikut adalah senarai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Bulan Persada Melayu:
  • Majlis Perasmian dan Pertandingan Puisidra - 13 November 2009
  • Hartamania (Amazing Race) - 15 November 2009
  • Pertandingan Pidato - 18 November 2009
  • Pertandingan Debat - 24 November 2009
  • Pertandingan Kuiz Melayu - 25 November 2009
  • Pertandingan Sketsa - 1 Disember 2009
  • Pertandingan Berbalas Pantun - 2 Disember 2009
  • Pertandingan Koir - 4 Disember 209
  • Malam Anugerah Persada Melayu - 6 Disember 2009

(sila klik pada poster di atas untuk maklumat lanjut)

Marilah bersama-sama memeriahkan lagi Bulan Persada Melayu dan jangan lupa untuk memberi sokongan kepada kontijen masing-masing. Kami (PDI) ingin mengembalikan kembali sinar kegemilangan Melayu dan diharapkan BPM ini dapat memartabatkan lagi Melayu di persada dunia. Bak kata Hang Tuah:

"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"


~PERKASAKAN MELAYU SEBAGAI WARISAN~