Selasa, 24 Mac 2009

Tahniah & Terima Kasih atas Sokongan Anda!

KUBI sekali lagi berjaya merangkul Anugerah Kelab UMNO Luar Negara tahun ini. Di kesempatan ini, KUBI merakamkan jutaan terima kasih & tahniah kepada semua tulang belakang KUBI yang terus setia menyokong dan menjayakan agenda KUBI selama ini. Berita rasmi di bawah dipetik dari website KULN: http://www.kelab-umno.com
----------------------------------
Kuala Lumpur, 20 Mac 2009 - Sebuah majlis makan malam sempena Kursus Kepimpinan KULN telah berlangsung dengan dihadiri oleh ramai para perwakilan dan pemerhati yang akan menyertai Kursus Kepimpinan nanti.

Pada malam tersebut, Pengerusi KULN, YB Dato' Seri Mohd Shafie Apdal telah mengucapkan jutaan tahniah kepada semua ahli KULN yang telah hadir pada malam tersebut, beliau merasa bangga dengan jumlah ahli KULN yang kini telah menelihi 15,000 ahli di seluruh dunia.

YB Pengerusi juga telah menyampaikan anugerah kelab UMNO Terbaik 2008 kepada kelab-kelab yang telah banyak menganjurkan program-program bermanfaat, antara kelab-kelab yang mendapat anugerah pada malam tersebut ialah:

1. KULN London
2. KULN Bandung
3. KULN Melbourne
4. KULN New York-New Jersey
5. KULN Kaherah
6. KULN Auckland
7. KULN Moscow
8. KULN Dublin
9. KULN Korea Selatan

YB Pengerusi mengharapkan agar semua Kelab UMNO Luar Negara akan terus bantu-membantu, elakkan dari perselisihan pendapat sesama kita dan terus menempa nama di seluruh dunia.
--------------------------
Semoga kejayaan ini membuatkan KUBI terus semangat dalam menjayakan misi mencipta modal Insan & warga Malaysia yang CEMERLANG,GEMILANG dan TERBILANG selamanya.

=KUBI, DEKAT DI HATI=

Tiada ulasan:

Catat Ulasan