Selamat Datang ke Blog Rasmi KUBI

Blog ini adalah merupakan blog rasmi KUBI. Jadi kepada semua, jika mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, bolehlah menghubungi kami.

SHABERY CHEEK MENGUCAPKAN TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN BANDUNG GAMES 2010

11hb Oktober, KUALA LUMPUR - Bandung Games 2010 (BG10) telah berjalan dengan lancar sekali selama 2 hari pada 9-10 Oktober semalam. Acara sukan tersebut telah dilancarkan oleh Pengerusi Biro KULN, YB Dato' Ahmad Shabery Cheek di Dewan Gimnasium, Universitas Pendidikan Indonesia (UPI).

Sambutan Hari Raya Aidiladha 2010/1431H

Dengan bertemakan Bukti Cinta Sang Hamba, tahun ini KUBI sekali lagi bergabung tenaga bersama-sama PKPMI Bandung akan membawakan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Back To Basic

Di dalam siri ini, Baik cuba menengahkan apa itu fitrah?, apa fitrah manusia? Di dalam kehidupan seharian seseorang, apa yang perlu dituturkan?, apa yang perlu dilakukan?

TaeBo

Program taebo akan diteruskan lagi di semester ini! Jadi, kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi Maisarah atau Hasif

Latest Posts


Malam yang dinanti-nantikan kini telah tiba. 4 filem pendek akan dipertaruhkan pada malam Tayangan Perdana Filem Pendek MAISEN 2009. Acara yang bakal berlangsung pada 15 Oktober 2009 di A.5 Teater akan menayangkan semua filem pendek yang bertanding. Jangan lupa untuk datang beramai-ramai bagi memberi sokongan kepada semua filem pendek yang bertanding kerana pada malam tersebut para penonton akan diberikan kuasa untuk memilih filem pendek mana yang layak untuk merangkul Anugerah Pilihan Penonton. Jadi, jangan ketinggalan untuk turut serta pada malam tersebut kerana anda semestinya mahu melihat filem pendek kegemaran anda menang.

Siapa yang bakal dinobatkan Pelakon Lelaki & Wanita Terbaik? Siapa pula yang akan merangkul gelaran Pengarah Terbaik? Filem pendek manakah yang akan bergelar Filem Pendek Terbaik MAISEN 2009? Untuk mengetahui bakal pemenangnya, jangan lupa untuk menghadirkan diri ke Malam Kemuncak MAISEN 2009 yang akan berlangsung pada 16 Oktober 2009 bertempat di A.5 Teater FK UNPAD. Acara gilang-gemilang ini akan turut mempersembahkan pelbagai anugerah lain iaitu, Arca Terbaik, Lirik Lagu Terbaik, Penulisan Puisi Terbaik dan Foto Terbaik. Marilah beramai-ramai untuk memeriahkan lagi acara ini.

= EMOSI, EKSPRESI, SENI =

Leave a Reply