Selasa, 31 Mac 2009

Update: Liga Futsal Pusingan Kedua Minggu ke-1


Pada hari Khamis lepas, bermulanya pusingan kedua bagi Liga Futsal lelaki. Perlawanan telah diadakan selama 3 hari; Khamis, Sabtu dan Ahad. Sebanyak 7 perlawanan telah berlangsung di antara 6 buah pasukan yang telah layak ke pusingan kedua. Pelbagai aksi yang lebih menarik dan skil permainan yang lebih mantap telah dipamerkan oleh kesemua pasukan. Semuanya dilakukan untuk menjuarai Liga Futsal KUBI 2009 yang bakal berakhir tidak lama lagi.

Biarpun terdapat pasukan yang terpaksa bermain lebih daripada 2 permainan pada minggu lepas, semangat mereka tidak luntur dan tetap dapat mempamerkan permainan terbaik mereka. Walaupun kepenatan, kemenangan yang dicapai semestinya berbaloi dengan usaha yang dicurahkan oleh setiap pasukan. Kepada yang kurang berjaya, masih terdapat beberapa perlawanan lagi sebelum liga ini sampai ke penghujungnya. Teruskan usaha anda!

Berikut adalah keputusan perlawanan minggu lepas:

KHAMIS:
Dravidians vs Lack Finding : 6-1
XY vs The Putih : 4-1
The Putih vs Dravidians : 1-5

SABTU:
Dravidians vs Joga Bonito : 1-1
Lack Finding vs The Putih : 1-5

AHAD:
Joga Bonito vs The Putih : 1-0
XY vs Lack Finding : 2-0


Perlawanan pada minggu ini akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Marilah beramai-ramai ke perlawanan futsal pada minggu ini untuk memberikan sokongan kepada pasukan pilihan anda. Terima kasih di atas sokongan anda semua!

=Bersama Membentuk Gaya Hidup Sihat=

Tiada ulasan:

Catat Ulasan