Jumaat, 19 November 2010

Back To Basic


Back to Basic (Kembali kepada Fitrah/Kembali kepada Asal) adalah sebuah video bersiri anjuran Biro Kerohanian Agama Kubi @ Biro Agama Islam Kubi (BAIK).

Fitrah adalah kejadian asal insan sebagaimana asalnya. Insan yang bergelar manusia ini di jadikan oleh-Nya dengan pelbagai fitrah. Fitrah sukakan makan, sukakan istirehat, sukakan keindahan, kedamaian, ketenangan, dan kebenaran. Begitu juga dengan fitrah manusia yang lemah, tergesa-gesa dan mudah lupa.

Di dalam siri ini, Baik cuba menengahkan apa itu fitrah?, apa fitrah manusia? Di dalam kehidupan seharian seseorang, apa yang perlu dituturkan?, apa yang perlu dilakukan? Semua ini insyaAllah Baik cuba menerangkannya berdasarkan al Quran dan Hadits melalui video-video yang akan di tayangkan.

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (ar-rum 30:30)

Nantikan siri Back to Basic!!!!

Mula: Oktober 2010

Masa: 1 bulan sekali

Tempoh: Tahun 2010/2011

Objektif:

1. Menyampaikan peringatan (dakwah) dengan cara lain, iaitu video.

2. Memperingatkan apa fitrah manusia.

3. Membetulkan kekhilafan/kesalahan yang sering dilakukan.

Tempat tanyangan: 1. Dewan Kuliah

2. YouTube



Untuk maklumat lebih lanjut, boleh melawati blog BAIK atau FB BAIK

Rabu, 10 November 2010

Sambutan Hari Raya Aidiladha 2010/1431H


Dengan bertemakan Bukti Cinta Sang Hamba, tahun ini KUBI sekali lagi bergabung tenaga bersama-sama PKPMI Bandung akan membawakan sambutan Hari Raya Aidiladha. Sebanyak 3 acara yang akan dijalankan iaitu Forum Qurban, Iftar Qurban dan acara kemuncak iaitu Acara Korban yang akan mengambil tempat pada 17 November ini di Puri Alpina, Jatinangor.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tempat dan masa setiap acara akan berlangsung, bolehlah dilihat di poster di atas. Marilah kita semua beramai-ramai memeriahkan acara-acara yang bakal berlangsung. Semoga kita dapat lebih memahami dengan leih mendalam erti pengorbanan yang sebenarnya, insya-Allah.


~Bukti Cinta Sang Hamba~