Jumaat, 22 Oktober 2010

Vaccination Day



Details about vaccination`s day..

Tarikh: 23 dan 30 oktober 2010

Masa : 7.30am-11.30 am

Tempat : Bale 4


Harga

Hep A = 370,000 Rp

Hep B = 180,000 Rp (3x shoot)

1 shoot + 60k

Typhoid :150,000 Rp

Screening Hep B : 20k Rp

Pendaftran dibuka kpada smua pelajar msia di unpad.kpada yg berminat,Isi nama dalam borang.byran boleh dibuat kpda wakil msing2x.

Vaccination nie adalah anjuran dari biro kebajikan PKP n KUBI.

Pastu,tambah la ape2x yg menggalakkan vaccination nie..prevention is better than cure ke..ambik jgn tak ambik ke..hehe…arigato gazaimasu…


Contact person : Qayyum FK08

Ashak FK08

Khamis, 21 Oktober 2010

SHABERY CHEEK MENGUCAPKAN TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN BANDUNG GAMES 2010





11hb Oktober, KUALA LUMPUR - Bandung Games 2010 (BG10) telah berjalan dengan lancar sekali selama 2 hari pada 9-10 Oktober semalam. Acara sukan tersebut telah dilancarkan oleh Pengerusi Biro KULN, YB Dato' Ahmad Shabery Cheek di Dewan Gimnasium, Universitas Pendidikan Indonesia (UPI).


Shabery Cheek menyifatkan Bandung Games 2010 sebagai berjaya dengan mengumpulkan lebih dari 2000 penyertaan dari kalangan pelajar Malaysia dan tempatan seluruh Indonesia.

Kata beliau lagi, BG10 ini boleh dijadikan sebagai platform untuk merapatkan lagi hubungan antara Indonesia dan Malaysia yang sebelum ini mengalami sedikit perselisihan pendapat mengenai beberapa isu semasa.

Beliau juga ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan dari Bandung kerana telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada acara BG10 ini.



[ http://www.kelab-umno.com/index.php?option=com_content&view=article&id=474:bandung-games-2010 ]

Selasa, 12 Oktober 2010

Bandung Games a New Chapter in Malaysia-Indonesia Diplomatic Ties

BANDUNG, 9 OCTOBER, 2010: Organising the Bandung Games for students from Malaysia and Indonesia has set the path for a new chapter in diplomatic relationship between the two countries said Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek.

The Bandung Games, featuring about 2,000 Malaysian students studying in higher learning institutions in Indonesia and local students in Indonesia, started yesterday and would end tomorrow.

"Unlike other games organised for Malaysian students in other countries, the Bandung Games in Indonesia is unique because it features students from both countries," he said.

Ahmad Shabery said their participation in the games would help enhance unity between students from both countries and eliminate borders between Indonesia and Malaysia just like in Europe.

"Diplomatic relationship in sports has a wide scope and I wish to thank those who initiated this historic event," he said.

The three-day event held at Universiti Pendidikan Indonesia (UPI) and Planet Dago features futsal, volleyball, basketball, badminton, netball, bowling and traditional games like congkak, batu seremban and Teng-teng.

One of the participants, Andri Francis Leong a medical student at Universiti Ktisten Krida in Jakarta, hoped the games would become an annual affair as it provides a good platform for interaction.

"I am very comfortable when playing with a team that comprised mostly Malaysian students. In fact, there is no difference among students from both countries. Our relationship has always been cordial," he said.

Bernama

[ http://malaysiandigest.com/news/36-local/9809-bandung-games-a-new-chapter-in-malaysia-indonesia-diplomatic-ties.html ] BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Khamis, 7 Oktober 2010

TaeBo


Program taebo akan diteruskan lagi di semester ini! Jadi, kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi Maisarah atau Hasif menggunakan nombor yang tertera di poster di atas. Butiran lanjut terutama tarikh akan diberitahu kemudian. Jom beramai-ramai kita menyertainya!!!

Isnin, 4 Oktober 2010

Bantu tangkis tohmahan.

SEREMBAN - Seramai 10,000 pelajar Indonesia yang melanjutkan pengajian di negara ini diminta menangkis tohmahan pihak-pihak tertentu yang cuba mengeruhkan hubungan baik Malaysia-Indonesia apabila pulang ke negara asal mereka kelak.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, golongan itu diharap dapat menceritakan keadaan yang sebenar berhubung layanan baik yang diterima mereka di negara ini, sama ada yang datang melanjutkan pengajian atau untuk mencari rezeki.

"Kita minta agar kumpulan berpengetahuan (pelajar Indonesia) ini untuk mencorakkan hubungan baik kita dengan Indonesia apabila mereka pulang ke tanah air mereka.

"Mereka ini boleh menceritakan perkara sebenar apa yang berlaku di sini. Jangan biarkan segelintir kumpulan tepi jalan yang mencorakkan atau menjejaskan hubungan baik antara kedua-dua negara ini yang sudah lama terjalin," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penutup Ekspo Inovasi Islam 2010 (i-INOVA'10) anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Stadium Tertutup Nilai, dekat sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata demikian bagi mengulas tindakan provokatif sekumpulan rakyat Indonesia yang mengadakan demonstrasi di depan Kedutaan Malaysia sejak beberapa minggu lalu.

Penunjuk perasaan terbabit sebelum ini pernah bertindak melampau dengan membakar bendera Malaysia dan melemparkan najis ke arah Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Mohamed Khaled menjelaskan, kementerian memberi jaminan penuh terhadap keselamatan pelajar Indonesia di negara ini walaupun isu ini agak menyentuh perasaan masyarakat di negara ini.

"Saya boleh memberi menjamin bahawa keselamatan pelajar Indonesia di sini tidak akan terjejas dan kita sentiasa memantau perkara ini termasuk keselamatan pelajar kita di sana," katanya.

Ketika ditanya keselamatan pelajar Malaysia di Indonesia, beliau menjelaskan, sehingga hari ini tiada ancaman keselamatan dilaporkan terhadap mereka yang berjumlah kira-kira 6,000 orang sejak siri demonstrasi dilancarkan bulan lalu.

"Bagaimanapun, saya ingin menasihatkan pelajar kita di sana agar lebih berhati-hati dan tidak bertindak sebarangan sehingga boleh mencetuskan insiden yang tidak diingini," ujarnya.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0929&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm&arc=hive

Sabtu, 2 Oktober 2010

Laporan Majlis Iftar dan Sambutan Aidilfitri


Pada 30 September 2010, sebuah Majlis Iftar dan Sambutan Aidilfitri KUBI telah dianjurkan oleh Biro Agama Islam KUBI. Majlis berlangsung di Aula Bale 4, Bale Padjadjaran. Kelancaran majlis agak terganggu dengan ketiadaan elektrik di sepanjang UNPAD ketika itu namun majlis tetap diteruskan. Pengacara majlis Azrul Reesha bin Yassin bijak mengawal keadaan bagi menenangkan pelajar yang resah akibat ketiadaan bekalan elektrik

Seramai 230 orang menghadiri Majlis Iftar dan Sambutan Aidilfitri ini. Disebabkan ketiadaan elektrik, solat Maghrib dan Isyak ditunaikan di Masjid Ibnu Sina yang berdekatan. Walaupun suasan gelap, majlis tetap mendapat sambutan ramai pelajar.

Sebelum program berjalan, promosi untuk iftar puasa 6 telah dilancarkan bagi menggalakkan pelajar menjalani ibadah puasa enam bagi menunaikan sunnah nabi SAW.

Majlis makan malam diakhiri dengan ucapan daripada Pengerusi KUBI Mohd Farhan bin Saroni dan penyampaian hadiah bagi pertandingan pantun Aidilfitri yang dimenangi oleh Haikal Ambri bin Rosle. Majlis berakhir pada jam 8.30 malam.