Sabtu, 17 Ogos 2013

[Arkib] SILAT (Syiah, Islam Liberal, Tarekat Sesat)



Pada 15 Julai 2012, Biro Agama Islam KUBI, telah mengadakan satu seminar yang bertajuk SILAT yang bertempat di A5, Fakultas Kedokteran UNPAD. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak 7000Rp.

Dimulai dengan pengedaran makanan untuk sarapan pagi pada jam 8.00. Majlis bermula tepat jam 9.00pagi dan telah dipengerusikan oleh saudara Aiman Hasnizul. Seminar ini mempunyai 3 slot. Slot pertama berkaitan dengan tajuk Syiah yang disampaikan oleh saudara Fakrulrazi dan diselit dengan beberapa video. Pada jam 11.15 pagi, slot kedua berkaitan Islam Liberal telah diberikan oleh saudara Akmal dan berakhir pada jam 12.15 tengahari.

Seterusnya, peserta diberi makan tengahari dan diberikan masa untuk solat Zuhur dan istirehat (ISOMA). Pada pukul 1 petang, slot ketiga diteruskan oleh saudara Arif Marsin berkenaan Tarekat Sesat.

Majlis berakhir pada jam 2.30 petang. Bilangan peserta yang hadir adalah sebanyak 57 orang yang terdiri daripada FK , FKG, FF dan juga pelajar koas di Bandung.




[Arkib] Iftar Sya'ban




Pada 12 Julai 2012, Khamis, Biro Agama Islam KUBI (BAIK) telah mengadakan satu program iftar dalam bulan Syaaban sebagai satu program dalam Reminder For Ramadan (REFORM) yang bertempat di Masjid Asy-Syifaa, Fakultas Kedokteran UNPAD, Jatinangor.

Program ini bertujuan memberi persediaan bagi para pelajar untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan disamping merapatkan ukhwah sesama pelajar Muslim di Jatinangor.
          
 Program ini dihadiri oleh pelajar Muslim dari FK,FKG dan FF. Program ini dimulakan dengan kedatangan pelajar pada jam 6.30 petang. Sesudah azan Magrib, para pelajar berbuka puasa dengan buah tamar dan air minuman. Kemudian, solat Magrib secara berjemaah dan setelah itu pelajar dihidang dengan menu utama.

Majlis diteruskan dengan solat Isya’ berjemaah dan sedikit pengisian ringkas oleh saudara Luqman tentang persediaan menghadapi bulan Ramadan al-Mubarak. Majlis diakhiri dengan video promosi menjelang Ramadan dan tamat sekitar jam 9.00malam.

[Arkib] Liga Super Futsal KUBI 2012



Tarikh : 05/05/2012
             06/05/2012

Tempat : Lapangan PEDCA
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang



Perlawanan Liga Super Futsal KUBI 2012 yang telah diadakan bertempat di Lapangan PECA.

 Pembukaan Liga diadakan pada 05/05/2012 dan Penutupan Liga diadakan pada 06/05/2012. 

Terdapat enam pasukan lelaki dan dua pasukan perempuan.

Penyertaan:

1. Pasukan Lelaki
-          Tutty Frutti
-          Bench Feeterz
-          Santai Mike FC
-          Panama
-          Manjiexx
-          Olympian

 2. Pasukan Perempuan
-          2009
-          2010

Keputusan Liga Super Futsal KUBI 2012

Pasukan Lelaki:
  1. Olympian
  2. Panama
  3. Manjiexx
Pasukan perempuan :
  1. 2009
  2. 2010
Penganjur diingatkan supaya menyediakan peti kecemasan bagi persediaan akan hal-hal yang tidak diingini.





[Arkib] Laporan Pertandingan Counter Strike

Pada tarikh beikut, kami telah mengadakan satu Pertandingan “Counter Strike” KUBI antara
pelajar yang bertempat di Warung Internet Jl. Sayang. Pertandingan ini merupakan pertandingan satu
hari dimana diadakan pada 21/04/2012. Yang telah menyertai Liga ini  terdapat empat kumpulan.

Tarikh : 21/04/2012
Tempat : Warnet JL. SAYANG
Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang

Penyertaan:
1.      Pronstarz
2.      Al-pundengla
3.      Malen 2010
4.      Siva 2011

Keputusan Pertandingan “Counter Strike” KUBI 2012 : Al-pundengla


Tahniah kepada pemenang!!!