Selasa, 24 Februari 2009

Kursus Kepimpinan KULN 2009

Bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang akan berlangsung pada 23 Mac hingga 28 Mac 2009,Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara(KULN) akan menganjurkan Kursus Kepimpinan KULN 2009 pada 21-22 Mac 2009.Kursus ini akan diadakan di dewan merdeka PWTC Kuala Lumpur dan bakal disertai 70 kelab Umno seluruh dunia bertujuan membincangkan arah tuju kelab disamping pertemuan bersama beberapa tokoh kepimpinan negara.

Berikut adalah tentatif program:

20 MAC 2009 (JUMAAT)

2.00 petang- Check-in di Hotel Wira

8.00 mala- Majlis Makan Malam bersama YB DATO’ SERI MOHD SHAFIE APDAL (Pengerusi Jawatankuasa Khas Hal Ehwal Pelajar Luar Negara)

21 MAC 2009 (SABTU)

8.00 pagi- Majlis Perasmian Kursus Kepimpinan KULN

8.00 malam- Majlis Makan Malam bersama YB DATUK SERI TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR (Setiausaha Agung UMNO Malaysia)

22 MAC 2009 (AHAD)

8.00 pagi- Kursus Motivasi KULN

8.00 malam- Pertandingan Boling antara KULN

KUBI akan diwakili oleh 4 orang Ahli Majlis Tertinggi KUBI iaitu Mohd Feendi b. Mohd Fauzi Yap,Ely Imran bin Jahari,Mohd Hafiz bin Idrus dan Raja Muhamad Fadhlan bin Raja Rosly.Diharap peserta dari KUBI dapat berkongsi idea,ilmu dan pengalaman yang diperolehi ketika mengikuti kursus tersebut nanti untuk kepentingan bersama kelab.

Keputusan Liga Futsal Minggu ke-1

Liga Futsal KUBI 2009 terus mendapat sambutan hangat dari pemain mahupun penyokong team yang bertanding.Walaupun kehangatan matahari membuatkan peluh menitik ke bumi Jatinangor namun sorakan & semangat pemain terus menyerikan perlawanan pada hari Ahad yang lalu,21 Feb 2009.

Berikut adalah keputusan perlawanan pada minggu lalu:

PEREMPUAN
Shabuya vs Flamingo Stars:2-1
DRG vs 3R:0-0

LELAKI
Mulana vs Lack Finding:6-1
Dravidians vs Azzuran:6-1
Joga Bonito vs Super Pets:1-0
The Putih vs Cikuda:2-1

Tahniah kepada team yang menang.Kepada penyokong,teruskan sokongan anda!

"Bersama Membentuk Gaya Hidup Sihat"

Selasa, 17 Februari 2009

Promo:Bulan Kesenian Islam

Bulan Kesenian Islam 2009
merupakan salah satu usaha Biro Agama Dan Kerohanian KUBI
dengan kerjasama Biro Kesenian Dan Kebudayaan KUBI. Program ini dijalankan bermula 25Februari2009 ini dan berakhir pada 29 Mac 2009.
Pelbagai program dianjurkan bagi memeriahkan lagi Bulan Kesenian Islam ini.


*Klik image untuk poster yang lebih jelas.

Dari Tamim ad-Dari bahawasanya
Rasulallah saw bersabda,"Agama itu nasihat".
Kami bertanya:"Untuk siapa?".
Baginda bersabda,"Untuk Allah,kitab-Nya,Rasul-Nya,
para pemimpin kaum Muslimin dan manusia umumnya".
(HR Muslim)

-ISLAM & KESENIAN.KEINDAHAN DALAM KEREDHAAN-


Isnin, 16 Februari 2009

Pembukaan Liga Futsal 2009

KUBI telah menganjurkan Pembukaan Liga Futsal 2009 pada hari Sabtu yang lalu,14 februari 2008.Program yang bertempat di Gor Pakuan UNPAD ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua pelajar Malaysia di Bandung,UNPAD khasnya.

Sebanyak 12 kumpulan lelaki & 5 kumpulan perempuan telah menyertai aktiviti tahunan KUBI ini.Pertandingan Liga ini dijangka akan berakhir pada bulan April 2009.Tentatif program adalah seperti berikut:

  • Perlawanan Persahabatan antara KUBI dan PKPMI-CB
  • Penyerahan Piala Pusingan oleh Juara 2008 kepada Presiden KUBI
  • Perasmian Liga Futsal KUBI 2009
  • Pembukaan Liga Futsal KUBI 2009
Berikut adalah keputusan perlawanan futsal pada hari tersebut.

Lelaki:

One United vs The Putih:(0-3)
Cikuda vs Azzuran :(1-3)
Superpets FC vs Moucha United:(3-2)
Mulana FC vs Joga Bonito:(2-1)

Perempuan:

3R vs Shabuya:(2-2)
d.r.g vs Flaming Stars:(2-0)


Pihak KUBI merakamkan ucapan tahniah kepada yang menang.
Kepada yang kurang bernasib baik,cuba lagi pada perlawanan akan datang.

=KUBI 2007/2009=

Khamis, 12 Februari 2009

Liga Futsal KUBI 2009

Anda inginkan gaya hidup yang sihat?Anda rindukan bermain futsal.Buktikan kehebatan anda dalam bersukan!Berita gembira kepada semua,KUBI dengan bangganya menghadirkan kepada anda LIGA FUTSAL KUBI 2009.Bersama membentuk GAYA HIDUP SIHAT dan CERGAS.Maklumat lanjut di bawah:


Tarikh:15 Ferbuari- 29 Mac 2008
Tempat:Gor Pakuan,UNPAD
BERSAMA MEMBENTUK GAYA HIDUP SIHAT!

Hijrah Peduli Palestin



Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam kemeriahan sambutan tahun baru 2009 & 1430 Hijrah,dunia dikejutkan
dengan peristiwa pencerobohan wilayah Semenanjung Gaza oleh tentera rejim Zionis Palestin.Beribu nyawa terkorban,ratusan keluarga kehilangan tempat berlindung,puluhan hospital dan sekolah musnah.Bumi Palestin bermandi darah buat sekian kalinya.

Isu Palestin menghiasi lembaran berita dunia.Tentera Zionis Israel kian mencabar,tak cukup serangan darat,senjata kimia dilembarkan kepada umat Islam Palestin.Dunia bersuara:Hentikan kegansan ke atas PALESTIN.No war! Adakah suara dunia belum terlalu kuat menggerunkan dan menggentarkan Rejim Israel menghentikan kekejaman mereka.Adakah kuasa besar dunia hilang kekuasaan lantaran keberanian dan sikap ceroboh Palestin?

Peristiwa Hijrah mengajar erti perubahan.Berubah kearah yang lebih baik.Dan demensi tahun baru memberi lembaran baru pada erti kehidupan.Marilah berhijrah & bersama menanam rasa Peduli Palestin.

+Sekitar majlis Hijrah Peduli Palestin+

Walllahu a'alam.





Hubungi Kami



Alamat surat-menyurat:

SEKRETARIAT: KELAB UMNO BANDUNG INDONESIA
Pondok Kartika Kartini, Jalan Sukawening, RT 03 RW 06, Desa Hegarmanah,
45363 Jatinangor, Sumedang, Indonesia

No Tel:
+6281809675691

E-mel:
kelabumnobandung@yahoo.com

Blog Rasmi:

Facebook Rasmi: