Memaparkan catatan dengan label Biro Kesenian dan Kebudayaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Biro Kesenian dan Kebudayaan. Papar semua catatan

Khamis, 7 Oktober 2010

TaeBo


Program taebo akan diteruskan lagi di semester ini! Jadi, kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi Maisarah atau Hasif menggunakan nombor yang tertera di poster di atas. Butiran lanjut terutama tarikh akan diberitahu kemudian. Jom beramai-ramai kita menyertainya!!!

Ahad, 25 Oktober 2009

~MAISEN 2009:Emosi, Ekspresi & Seni~


Malam Inspirasi Seni 2009, anjuran Biro Kesenian & Kebudayaan KUBI & PKPMI telah berlangsung dengan meriah. Program bertemakan Emosi, Ekspresi & Seni ini adalah julung kali diadakan di Bandung Indonesia dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Dengan tujuan mencungkil bakat terpendam pelajar-pelajar di Bandung, pelbagai pertandingan telah diadakan bermula bulan Mei yang lalu dan berakhir pada malam kemuncak, 10 Oktober 2009.

Malam kemuncak MAISEN 2009, bertemakan warna Hitam dan Putih telah diadakakan di A5,3 Teater, Fakultas Kedokteran UNPAD. Malam anugerah dan pengumuman penerima trofi ini bermula pada jam 7 malam dan berakhir jam 11 malam. Berikut adalah ahli-ahli yang telah dinobatkan sebagai penerima trofi MAISEN 2009 bagi setiap kategori yang dipertandingkan:

ARCA:
Siti Norhafizah (2006)

FOTOGRAFI:
Muhammad (2007)

PUISI:
Haikal Ambri (2008)

LIRIK LAGU:
Mohd Haikal (2006)

PELAKON PEMBANTU TERBAIK:
Lelaki: Nazzierul Syazwan (Filem: Aku & Kamu)
Perempuan: Siti Maryam (Filem: Seketika)

PELAKON TERBAIK:
Lelaki: Ahmad Zulhazwan (Filem: Aku & Kamu)
Perempuan: Faezah (Filem: Seketika)

PENYUNTING TERBAIK:
Nik Khairunnizam (Filem: Seketika)

POSTER TERBAIK:
Filem Aku & Kamu (Ar-Razi Production) 

PENGARAH TERBAIK:
Faridhil Atrash(Filem: Seketika)

FILEM PENDEK PILIHAN PENONTON:
Seketika (7 Minds Production)

FILEM PENDEK TERBAIK:
Seketika (7 Minds Production) 

Pihak KUBI berharap program sebegini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang dan menyeru agar lebih ramai ahli menyertainya. Tahniah dirakamkan kepada semua pemenang dan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.

=EMOSI-EKSPRESI-SENI=

Rabu, 14 Oktober 2009

MAISEN: Tayangan Perdana Filem Pendek & Malam Kemuncak


Malam yang dinanti-nantikan kini telah tiba. 4 filem pendek akan dipertaruhkan pada malam Tayangan Perdana Filem Pendek MAISEN 2009. Acara yang bakal berlangsung pada 15 Oktober 2009 di A.5 Teater akan menayangkan semua filem pendek yang bertanding. Jangan lupa untuk datang beramai-ramai bagi memberi sokongan kepada semua filem pendek yang bertanding kerana pada malam tersebut para penonton akan diberikan kuasa untuk memilih filem pendek mana yang layak untuk merangkul Anugerah Pilihan Penonton. Jadi, jangan ketinggalan untuk turut serta pada malam tersebut kerana anda semestinya mahu melihat filem pendek kegemaran anda menang.

Siapa yang bakal dinobatkan Pelakon Lelaki & Wanita Terbaik? Siapa pula yang akan merangkul gelaran Pengarah Terbaik? Filem pendek manakah yang akan bergelar Filem Pendek Terbaik MAISEN 2009? Untuk mengetahui bakal pemenangnya, jangan lupa untuk menghadirkan diri ke Malam Kemuncak MAISEN 2009 yang akan berlangsung pada 16 Oktober 2009 bertempat di A.5 Teater FK UNPAD. Acara gilang-gemilang ini akan turut mempersembahkan pelbagai anugerah lain iaitu, Arca Terbaik, Lirik Lagu Terbaik, Penulisan Puisi Terbaik dan Foto Terbaik. Marilah beramai-ramai untuk memeriahkan lagi acara ini.

= EMOSI, EKSPRESI, SENI =

Khamis, 23 Julai 2009

Malam Inspirasi Seni (MAISEN) 2009


Bertemakan "Emosi, Ekspresi, Seni", Kelab UMNO Bandung (KUBI) dan PKPMI Cawangan Bandung telah menganjurkan Malam Inspirasi Seni atau lebih dikenali dengan MAISEN buat julung-julung kalinya. Acara ini telah pun bermula dan akan berlangsung sepanjang bulan Mei sehingga bulan Oktober 2009. 

Dengan objektif untuk mengetengahkan bakat-bakat para pelajar Malaysia, beberapa pertandingan telah diadakan, iaitu:

  • FILEM PENDEK
  • PUISI
  • LIRIK LAGU
  • ARCA
  • FOTOGRAFI

Kesemua karya-karya akan diadili oleh para juri profesional. Selain itu, setiap pertandingan yang dianjurkan menawarkan hadiah-hadiah yang cukup lumayan, iaitu hadiah wang tunai bernilai IDR 500,000.

Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua angkatan. Jadi kepada sesiapa yang masih berminat untuk menyertai pertandingan-pertandingan di atas, boleh menghubungi wakil angkatan masing-masing kerana penyertaan masih lagi dibuka sehingga satu tarikh yang akan diumumkan nanti. Kepada yang telah menghantarkan borang penyertaan, ingin diingatkan bahawa tarikh terakhir untuk menghantar karya masing-masing adalah 2 Oktober 2009.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang syarat-syarat penyertaan serta wakil-wakil angkatan yang boleh dihubungi atau mempunyai soalan berkenaan dengan MAISEN 2009, bolehlah melawat blog MAISEN di http://maisen09.blogspot.com/

Jadi, tunggu apa lagi? Hubungilah wakil-wakil angkatan anda dan mari kita bersama-sama memeriahkan lagi MAISEN 2009. Ekspresikan emosi anda dengan seni...

Kita jumpa di malam kemuncak MAISEN 2009 pada 17 Oktober nanti!!!

= EMOSI, EKSPRESI, SENI =

Ahad, 15 Mac 2009

BULAN KESENIAN ISLAM:HAFAZAN AL-QURAN

Memukau dan mengagumkan. Begitulah perasaannya ketika menghadiri acara hafazan Al-Quran yang diadakan sempena bulan kesenian islam pada 13 Mac yang lalu. Acara yang berlangsung di Masjid Ibnu Sina ini bermula sejurus selepas solat Maghrib pada jam 6.45 malam. Sempena acara ini,setiap angkatan harus menghantar dua orang wakil, lelaki dan perempuan.

Setiap peserta perlu memilih sampul soalan yang mengandungi 3 soalan setiap satunya. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah dari juzuk terakhir Al-Quran iaitu juzuk ke 30. Debaran bukan sahaja dirasai oleh para peserta yang terlibat malah para hadirin yang memenuhi ruangan masjid. Para hadirin turut memeriksa bacaan hafazan ayat-ayat suci Al-Quran yang dihafaz oleh para peserta.

Peserta-peserta di nilai dari beberapa segi iaitu:
  • Makhraj : 20 markah
  • Kelancaran : 30 markah
  • Tajwid : 40 markah
  • Persembahan : 10 markah
Para penonton yang hadir terpukau dengan bacaan ayat-ayat al-Quran yang dilagukan oleh para hafiz dan hafizah yang bertanding. Debaran tentang siapa yang akan menjadi pemenangnya dapat dirasai oleh setiap yang hadir pada malam itu, Jadi, untuk mengetahuinya sama-sama kita nantikan pengumumannya sewaktu MAKSIM '09 pada 29 MAC ini. Sesugguhnya tiada yang lebih merdu melainkan alunan ayat-ayat suci al-Quran.

=KEINDAHAN DALAM KEREDHAAN=

Khamis, 12 Mac 2009

Bulan Kesenian Islam:BUSANA MUSLIMAH


Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan syurga
Di dalam rumahtangga

Itulah antara lirik lagu Impian Kekasih oleh In-Team yang menceritakan tentang apa sebenarnya wanita solehah itu. Antara ciri-ciri yang paling penting adalah seorang muslimah itu dapat menutup aurat seperti yang telah ditetapkan di dalam al-Quran. Jadi, bersempena dengan itu, Biro Kesenian dan Kebudayaan KUBI telah menganjurkan pertandingan BUSANA MUSLIMAH sebagai salah satu acara di dalam Bulan Kesenian Islam pada 11 Mac yang lepas di A.3.3 Teater FK.

Pertandingan ini mempunyai 6 kategori pakaian, KASUAL, FORMAL, SUKAN, MAJLIS KERAMAIAN, IBU HAMIL, dan RATU SEHARI. Tetapi, setiap fesyen yang diperagakan haruslah menepati syarat yang ditetapkan, iaitu MENUTUP AURAT. Sebanyak 5 buah pasukan telah menyertai pertandingan ini, yang terdiri daripada FK '06, FK '07, TWP '08, FK '08 dan FARMASI '07 & '08.

Pertandingan dapat dijalankan dengan lancar dan pemenang telah diumumkan pada penghujung pertandingan. Pemenang setiap kategori diberikan kepada mereka yang dapat memberikan persembahan yang terbaik dan pada masa yang sama pakaian yang diperagakan dapat memenuhi ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Selain itu, terdapat juga pemenang keseluruhan, yang mana hadiah ini diberikan kepada pasukan yang kesemua penyertaan dapat menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh para juri.

TAHNIAH kepada semua pemenang bagi setiap kategori dan juga kepada pasukan FK '08 yang telah memenangi hadiah keseluruhan! Sesungguhnya, ALLAH s.w.t telah menggariskan peraturan berpakaian bagi wanita seperti yang tertulis didalam Surah An-Nur, ayat 30-31. Turutilah, nescaya akan sentiasa diredhai oleh ALLAH.

=KEINDAHAN DALAM KEREDHAAN=

Selasa, 10 Mac 2009

Bulan Kesenian Islam:AMAZING RACE

MENCABAR tapi MERIAH! Itulah kata-kata yang dapat menggambarkan suasana semasa pertandingan AMAZING RACE sempena Bulan Kesenian Islam yang telah berlangsung pada 7 Mac lalu yang bertempat di sekitar FK UNPAD. 10 pasukan yang terdiri daripada wakil hampir setiap angkatan berentap untuk mendapat gelaran JUARA pertandingan ini.

Semua pasukan ditugaskan untuk ke 10 buah checkpoint yang setiap satunya mengandungi tugasan fizikal dan mental yang mencabar. Setiap tugasan haruslah disiapkan untuk mendapat klu yang seterusnya yang akan membwa mereka ke checkpoint yang lain. Berikut adalah 10 checkpoint yang harus dikunjungi oleh setiap pasukan:
  1. Kolam FK: TEKA LAGU
  2. Rock Climbing: KERETA API
  3. Hadapan Bangunan A4: RAINY HANDS
  4. Surau As-Syifa': SANDWICH BOLA
  5. Tempat Parking Motor FK: SNOW IN UNPAD
  6. Bangunan A5: TENG-TENG
  7. Bangunan A2: BOWLING
  8. Belakang Bangunan A4: TITIAN GENTING
  9. Bangunan PADMA Lama: SPIDER-WEB
  10. Roundbout FK: SEIRING SEJALAN












Pelbagai ragam dan aksi melucukan dari p
ara peserta dapat dilihat sepanjang 'race' ini. Semuanya dilakukan demi menyiapkan tugasan yang diberikan di setiap checkpoint. Setelah menyiapkan tugasan di semua checkpoint, setiap pasukan haruslah menyebut 'keyword', iaitu tema Bulan Kesenian Islam. Apakah temanya?(adakah anda mengetahuinya?)













Walaupun kepenatan, semua pasukan dapat berseronok dan yang paling penting, dapat menambah ilmu pengetahuan dan pada masa yang sama dapat merapatkan lagi ukhwah yang terjalin. Pemenangnya? Nantikan sewaktu MAKSIM '09 pada 29 Mac ini.


=KEINDAHAN DALAM KEREDHAAN=

Sabtu, 7 Mac 2009

Bulan Kesenian Islam:DEKLAMASI PUISI


"berilah aku kegagahan ya RABBI,
teguhkan tiang niat ini,
agar sentiasa berakarkan bumi,
dan berbumbungkan langit kenyataan,
dalam meneruskan perjalanan intifada..."



"entah...

mungkin...
semuanya bermusim...
cintaku pada isim
hanya nama tiada berjisim...
aku mengejar cinta yang bermukim
pada suatu daerah yang kukirim..."


Hati mana yang tidak luruh apabila mendengarkannya, hati mana yang tidak terpaut pabila menghayati bait-bait puisi yang telah disampaikan oleh 9 orang peserta pertandingan DEKLAMASI PUISI yang telah diadakan pada 4 Mac lalu di A.3.3 Fakultas Kedokteran UNPAD sempena Bulan Kesenian Islam.

Setiap bait puisi yang disampaikan, adakah sampai ke hati para penonton? Itulah antara kriteria yang mampu menjadikan satu puisi itu satu puisi yang bagus. Penyampaian dan persembahan yang bukan saja dapat memikat hati para hakim, tetapi mampu menambat hati para penonton juga merupakan nilai yang menjadikan sebuat puisi itu satu puisi yang bagus. Bak kata salah seorang hakim pada malam itu, "kalau nak marah, marah je... tak payah nak tahan-tahan."

Jadi, siapakah yang akan bergelar JUARA pertandingan DEKLAMASI PUISI ini? Nantikan keputusannya yang akan diumumkan sewaktu MAKSIM '09 pada 29 MAC ini. Sama-sama kita nantikan debarannya...

=KEINDAHAN DALAM KEREDHAAN=

Rabu, 4 Mac 2009

Bulan Kesenian Islam:PERINGATAN


PERHATIAN! Kepada sesiapa yang ingin menyertai Pertandingan KHAT @ CERPEN sempena Bulan Kesenian Islam anjuran Biro Agama dan Kerohanian KUBI dengan kerjasama Biro Kesenian dan Kebudayaan KUBI, tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 MAC 2009 ini.

Kepada sesiapa yang berminat, penyertaan dan karya boleh dihantarkan kepada saudari Siti Tahirah binti Mahmud (FK 06).

Serlahkan kreativiti dan bakat anda dalam dunia penulisan. Buktikan anda juga mampu menghasilkan karya yang menarik setanding penulis ternama yang lain.
=KEINDAHAN DALAM KEREDHAAN=

Selasa, 17 Februari 2009

Promo:Bulan Kesenian Islam

Bulan Kesenian Islam 2009
merupakan salah satu usaha Biro Agama Dan Kerohanian KUBI
dengan kerjasama Biro Kesenian Dan Kebudayaan KUBI. Program ini dijalankan bermula 25Februari2009 ini dan berakhir pada 29 Mac 2009.
Pelbagai program dianjurkan bagi memeriahkan lagi Bulan Kesenian Islam ini.


*Klik image untuk poster yang lebih jelas.

Dari Tamim ad-Dari bahawasanya
Rasulallah saw bersabda,"Agama itu nasihat".
Kami bertanya:"Untuk siapa?".
Baginda bersabda,"Untuk Allah,kitab-Nya,Rasul-Nya,
para pemimpin kaum Muslimin dan manusia umumnya".
(HR Muslim)

-ISLAM & KESENIAN.KEINDAHAN DALAM KEREDHAAN-