- Olympian
- Panama
- Manjiexx
- 2009
- 2010
Hari : 23, 24 Mac dan 3 April 2010
Masa : 7.30 pagi - selesai
Tempat : Lapangan Futsal PEDCA
Sebanyak 14 pasukan telah berentap untuk meraih gelaran juara pada KUBI Super Cup kali ini. Pasukan-pasukan ini yang terdiri daripada 11 pasukan futsal lelaki dan 3 pasukan futsal wanita telah mempamerkan persembahan yang bertenaga dan semangat kesukanan yang tinggi demi mencapai cita-cita mereka bergelar juara.
Setiap pasukan telah diundi untuk dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Kumpulan A, Kumpulan B dan Kumpulan C dimana Kumpulan A dan Kumpulan B terdiri daripada pasukan lelaki manakala Kumpulan C terdiri daripada pasukan wanita.Bagi pengetahuan semua, seperti Super Cup yang lalu, KUBI Super Cup kali ini turut menggunakan sistem permainan secara liga. Berikut adalah senarai kumpulan setelah undian.
Liga Lelaki
| Kumpulan A | Kumpulan B |
| The Contenders | The Putih |
| Bidor FC | Last Kopek |
| XY | Impreza |
| Cikgu Sulizi Gomo | Kapperz |
| CGC | |
| | Thundercocks |
Liga Wanita
| Kumpulan C |
| 3R |
| Vital |
| Athletico Muslimah |
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut.
Liga lelaki
Semifinal 2 : Last Kopek (4) vs (2) Bidor FC
Final : Impreza (0) vs (0) Last Kopek (menang penalty 3-2)
Penjaring terbanyak : Namkhabir (Bidor FC) – 8 gol
Johan: Last Kopek
Liga Wanita
Naib Juara – Vital
Ke-3 – Athletico Muslimah
Penjaring terbanyak : Idzyan (3R) – 1 gol
*sila klik untuk besarkan poster*
GAMAT tapi SANTAI. Itulah kata-kata yang dirasakan paling tepat untuk menggambarkan suasana perlawanan Liga Futsal KUBI minggu ke-5. 4 perlawanan telah berlangsung, 1 perlawanan dari liga perempuan yang mana pemenangnya akan mendapat tempat ketiga di dalam liga selepas 3R dan DRG manakala baki 3 perlawanan adalah dari liga lelaki yang merupakan perlawanan terakhir bagi pusingan pertama sebelum bermulanya pusingan kedua pada minggu ini.
TAHNIAH diucapkan kepada pasukan futsal 3R kerana telah memenangi Liga Futsal KUBI perempuan!!! Dengan mata keseluruhan sebanyak 8 mata, pasukan 3R telah menjuarai liga perempuan pada tahun ini. Walaupun mempunyai mata yang sama dengan pasukan DRG, tetapi jumlah gol yang lebih banyak telah memberikan mereka kemenangan mutlak.
GOL!!!!!!!! Bergema sorakan para penonton di GOR PAKUAN UNPAD sewaktu perlawanan minggu ke-3 dalam Liga Futsal yang dibawakan oleh Biro Sukan dan Rekreasi KUBI pada Ahad yang lepas. Walaupun cahaya matahari semakin terik, para penonton tetap setia memberikan sokongan kepada team masing-masing. Suasana pada setiap minggu bertambah meriah dengan sorakan dari para penonton dan aksi hebat dari para pemain.Walaupun terdapat pemain yang cedera, gol yang kontroversi dan bermacam-macam perkara lain, para pemain tetap mempamerkan kehebatan masing-masing menerusi skill dan teknik yang menarik. Diharapkan semangat para pemain akan terus bertambah dari minggu ke minggu.
Berikut adalah keputusan perlawanan Liga Futsal minggu ke-3 yang dinanti-nantikan:
LELAKI:
Dravidians vs XY : 1-1
Azzuran vs One United : 3-1
Joga Bonito vs Lack Finding : 3-1
Mulana vs Moucha Jr : 4-1
Super Pets vs Syalira : 2-0
One United vs Cikuda : 3-2
PEREMPUAN:
3R vs Athletico Muslimah : 5-0
Keputusan Liga Futsal akan diupdate setiap kali selesai perlawanan pada setiap minggu. Jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan pada minggu ini dan terus memberikan sokongan kepada team pilihan masing-masing.
Terima kasih atas sokongan anda semua
=Bersama Membentuk

Liga Futsal KUBI 2009 terus mendapat sambutan hangat dari pemain mahupun penyokong team yang bertanding.Walaupun kehangatan matahari membuatkan peluh menitik ke bumi Jatinangor namun sorakan & semangat pemain terus menyerikan perlawanan pada hari Ahad yang lalu,21 Feb 2009.
KUBI telah menganjurkan Pembukaan Liga Futsal 2009 pada hari Sabtu yang lalu,14 februari 2008.Program yang bertempat di Gor Pakuan UNPAD ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua pelajar Malaysia di Bandung,UNPAD khasnya.