Isnin, 26 Oktober 2009

Pelancaran Rakan Muda Bandung 2009


Seramai 200 orang pelajar telah dipilih bagi menghadiri Majlis Makan Tengahari dan Ramah Mesra bersama YB. Dato’ Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Belia dan Sukan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara & Kelab UMNO Luar Negara (KULN) pada 24 Oktober 2009,baru-baru ini.Majlis yang berlangsung pada hari Sabtu baru-baru ini telah bermula pada jam 1 tengahari dan berakhir jam 4.30 petang.


Majlis pada tengahari itu adalah kesinambungan Program Bakti Sosial Jatinangor 2009 yang dijalankan sebelumnya.Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan diakhiri dengan sesi fotografi kenang-kenangan.Pada majlis tersebut, YB. Dato’ turut mempersembahkan bakatnya dalam nyanyian karoake dan mendapat pujian dari pelajar-pelajar yang datang.


Selain beramah mesra dan berkenalan lebih dekat dengan YB. Dato, pelajar turut didedahkan dengan maklumat dan informasi berkenaan Program ’Rakan Muda’ IPT yang akan dijalankan di seluruh dunia tidak lama lagi.Sebagai simbolik pelancaran dan penubuhan Rakan Muda Bandung 2009, YB. Dato telah menyerahkan cek bantuan penubuhan kepada Datuk Dr, Junaidy bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia dan barang promosi ’Rakan Muda ’ IPT kepada Saudara Mohd Feendi.


Pihak KUBI amat berbesar hati atas kesudian YB Dato hadir dan melancarkan ’Program Muda IPT’ di sini kerana seperti yang dinyatakan sebelumnya Bandung adalah lokasi pertama program ini dilancarkan di luar negara.Selain itu juga, YB Dato’ turut mengumumkan bahwa Kementerian Belia dan Sukan juga akan memulakan kejohanan sukan khas bagi pelajar-pelajar Malaysia di seluruh Indonesia dengan mengadakan kejohanan sukan terbesar 'Bandung Games' yang akan mengumpulkan pelajar di sini setiap tahun.Semoga program ini dapat menyuntik motivasi dan semangat ’YAKIN BOLEH GEMILANG’ kepada semua ahli di mana sahaja kita berada, di Bandung khasnya.

BAKSOS Jatinangor 2009


               Kelab UMNO Bandung Indonesia dengan kerjasama Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara (KULN) telah menganjurkan Program Bakti Sosial Jatinangor 2009 pada 24 Oktober 2009, Sabtu yang lalu. Program yang bertempat di Jalan Sukawening ini bermula pada jam 7 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi. Pihak KUBI amat berbesar hati atas kesudian Setiausaha II Sekretariat KULN, Encik Shariff bin Hamid, mewakili YB Dato' Ahmad Shabery Cheek bagi merasmikan majlis dan menyrtai program kemasyarakatan ini.

               Seramai 100 buah keluarga telah dpilih bagi menerima sumbangan barang keprluan seperti beras, minyak masak, tepung dan lain-lain. Penerima sumbangan terdiri daripada warga tua yang tidak mampu bekerja, ibu tunggal dan penduduk yang tidak mampu menyara keluarga. Selepas upacara persamian dan penyerahan sumbangan kepada 100 keluarga miskin, sesi fotografi kenang-kenangan telah diadakan.

               Selain pemberian sumbangan, pihak penganjur juga telah mengadakan lawatan rumah ke rumah bagi menyelami dan mendekati kehidupan mansyarakat Sukawening dengan lebih dalam. Program berakhir dengan aktivit membaiki dan mengubahsuai madrasah buat anak-anak fakir miskin yang didirikan oleh salah satu Ketua Rukun Warga di sini. Walaupun pelajar yang menuntut di madrasah tersebut pulang kerana bercuti, pihak penganjur berharap agar sumbangan berupa meja, buku mewarna, langsir dan permainan menguji kecerdasan minda dapat menghiburkan hati pelajar tersebut sekembalinya dari pangkuan keluarga nanti.

Ahad, 25 Oktober 2009

~MAISEN 2009:Emosi, Ekspresi & Seni~


Malam Inspirasi Seni 2009, anjuran Biro Kesenian & Kebudayaan KUBI & PKPMI telah berlangsung dengan meriah. Program bertemakan Emosi, Ekspresi & Seni ini adalah julung kali diadakan di Bandung Indonesia dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Dengan tujuan mencungkil bakat terpendam pelajar-pelajar di Bandung, pelbagai pertandingan telah diadakan bermula bulan Mei yang lalu dan berakhir pada malam kemuncak, 10 Oktober 2009.

Malam kemuncak MAISEN 2009, bertemakan warna Hitam dan Putih telah diadakakan di A5,3 Teater, Fakultas Kedokteran UNPAD. Malam anugerah dan pengumuman penerima trofi ini bermula pada jam 7 malam dan berakhir jam 11 malam. Berikut adalah ahli-ahli yang telah dinobatkan sebagai penerima trofi MAISEN 2009 bagi setiap kategori yang dipertandingkan:

ARCA:
Siti Norhafizah (2006)

FOTOGRAFI:
Muhammad (2007)

PUISI:
Haikal Ambri (2008)

LIRIK LAGU:
Mohd Haikal (2006)

PELAKON PEMBANTU TERBAIK:
Lelaki: Nazzierul Syazwan (Filem: Aku & Kamu)
Perempuan: Siti Maryam (Filem: Seketika)

PELAKON TERBAIK:
Lelaki: Ahmad Zulhazwan (Filem: Aku & Kamu)
Perempuan: Faezah (Filem: Seketika)

PENYUNTING TERBAIK:
Nik Khairunnizam (Filem: Seketika)

POSTER TERBAIK:
Filem Aku & Kamu (Ar-Razi Production) 

PENGARAH TERBAIK:
Faridhil Atrash(Filem: Seketika)

FILEM PENDEK PILIHAN PENONTON:
Seketika (7 Minds Production)

FILEM PENDEK TERBAIK:
Seketika (7 Minds Production) 

Pihak KUBI berharap program sebegini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang dan menyeru agar lebih ramai ahli menyertainya. Tahniah dirakamkan kepada semua pemenang dan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.

=EMOSI-EKSPRESI-SENI=

Rabu, 14 Oktober 2009

MAISEN: Tayangan Perdana Filem Pendek & Malam Kemuncak


Malam yang dinanti-nantikan kini telah tiba. 4 filem pendek akan dipertaruhkan pada malam Tayangan Perdana Filem Pendek MAISEN 2009. Acara yang bakal berlangsung pada 15 Oktober 2009 di A.5 Teater akan menayangkan semua filem pendek yang bertanding. Jangan lupa untuk datang beramai-ramai bagi memberi sokongan kepada semua filem pendek yang bertanding kerana pada malam tersebut para penonton akan diberikan kuasa untuk memilih filem pendek mana yang layak untuk merangkul Anugerah Pilihan Penonton. Jadi, jangan ketinggalan untuk turut serta pada malam tersebut kerana anda semestinya mahu melihat filem pendek kegemaran anda menang.

Siapa yang bakal dinobatkan Pelakon Lelaki & Wanita Terbaik? Siapa pula yang akan merangkul gelaran Pengarah Terbaik? Filem pendek manakah yang akan bergelar Filem Pendek Terbaik MAISEN 2009? Untuk mengetahui bakal pemenangnya, jangan lupa untuk menghadirkan diri ke Malam Kemuncak MAISEN 2009 yang akan berlangsung pada 16 Oktober 2009 bertempat di A.5 Teater FK UNPAD. Acara gilang-gemilang ini akan turut mempersembahkan pelbagai anugerah lain iaitu, Arca Terbaik, Lirik Lagu Terbaik, Penulisan Puisi Terbaik dan Foto Terbaik. Marilah beramai-ramai untuk memeriahkan lagi acara ini.

= EMOSI, EKSPRESI, SENI =