Selamat Datang ke Blog Rasmi KUBI

Blog ini adalah merupakan blog rasmi KUBI. Jadi kepada semua, jika mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, bolehlah menghubungi kami.

SHABERY CHEEK MENGUCAPKAN TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN BANDUNG GAMES 2010

11hb Oktober, KUALA LUMPUR - Bandung Games 2010 (BG10) telah berjalan dengan lancar sekali selama 2 hari pada 9-10 Oktober semalam. Acara sukan tersebut telah dilancarkan oleh Pengerusi Biro KULN, YB Dato' Ahmad Shabery Cheek di Dewan Gimnasium, Universitas Pendidikan Indonesia (UPI).

Sambutan Hari Raya Aidiladha 2010/1431H

Dengan bertemakan Bukti Cinta Sang Hamba, tahun ini KUBI sekali lagi bergabung tenaga bersama-sama PKPMI Bandung akan membawakan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Back To Basic

Di dalam siri ini, Baik cuba menengahkan apa itu fitrah?, apa fitrah manusia? Di dalam kehidupan seharian seseorang, apa yang perlu dituturkan?, apa yang perlu dilakukan?

TaeBo

Program taebo akan diteruskan lagi di semester ini! Jadi, kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi Maisarah atau Hasif

Latest Posts

Gagasan untuk menubuhkan KUBI tercetus pada akhir taun 1987 dan telah pun mendapat sokongan Dato' Mohamed Rahmat yang ketika itu berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia. Usaha penubuhan KUBI menjadi semakin mantap apabila mendapat jaminan dari Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, En Yaakop Mohamad, untuk turut membantu penubuhan kelab ini.

Kini, ia telah tumbuh dan berkembang dan sekarang ia merupakan salah sebuah dari Kelab UMNO yan setanding dengan kelab-kelab
UMNO luar negara yang lain. Keahlian terkini pada Mac 2010 dianggarkan berjumlah seramai 628 orang. Keahliannya terdiri daripada penuntut-penuntut Melayu dan Bumiputera di Bandung yang meneruskan pengajian dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi di Universitas Padjajadjaran dan juga penuntut dari Institut Teknologi Bandung. Usaha sedang dijalankan untuk mendaftarkan ahli-ahli daripada pusat pengajian Islam di sekitar Bandung.

KUBI merupakan satu wadah atau saluran untuk berbincang, berkumpul, berkerjasama dan mencetuskan idea-idea baru serta bersatu dalam menjalankan sesuatu aktiviti yang dirancangkan. KUBI juga merupakan sebuah persatuan yang bakal mencungkil dan mengasah bakat kepimpinan penuntut-penuntut Malaysia di sini. KUBI juga berperanan untuk mempertahankan nama baik negara setiap masa dan ketika.

KUBI telah menjalanan pelbagai program khusus untuk penuntut-penuntut Malaysia. Pelbagai acara tahunan diadakan seperti Mesyuarat Agung UMNO, Sambutan Hari Kemerdekaan, Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, Karnival Sukan, Karnival Makanan Malaysia, Malam Kebudayaan dan majlis perjumpaan bersama pemimpin UMNO Malaysia di Bandung. Selain itu, KUBI turut menerbitkan buletin bulanan SIMBIOSIS, majalah tahunan dan mengadakan seminar-seminar pendidikan. KUBI juga turut mengadakan kerjasama dengan cawangan kelab UMNO yang lain di seluruh Indonesia dan juga bersama badan tempatan.

Setakat ini, semua aktiviti yang telah dijalankan mendapat sambutan daripada penuntut Malaysia di sini. Harapan kami ialah semua penuntut Melayu dan Bumiputera di Bandung akan memberi sokongan penuh dan memberikan penglibatan yang tidak berbelah bagi kepada aktiviti-aktiviti yang tekah dan bakal dirancang.

Leave a Reply