GOL!!!!!!!! Bergema sorakan para penonton di GOR PAKUAN UNPAD sewaktu perlawanan minggu ke-3 dalam Liga Futsal yang dibawakan oleh Biro Sukan dan Rekreasi KUBI pada Ahad yang lepas. Walaupun cahaya matahari semakin terik, para penonton tetap setia memberikan sokongan kepada team masing-masing. Suasana pada setiap minggu bertambah meriah dengan sorakan dari para penonton dan aksi hebat dari para pemain.Walaupun terdapat pemain yang cedera, gol yang kontroversi dan bermacam-macam perkara lain, para pemain tetap mempamerkan kehebatan masing-masing menerusi skill dan teknik yang menarik. Diharapkan semangat para pemain akan terus bertambah dari minggu ke minggu.
Berikut adalah keputusan perlawanan Liga Futsal minggu ke-3 yang dinanti-nantikan:
LELAKI:
Dravidians vs XY : 1-1
Azzuran vs One United : 3-1
Joga Bonito vs Lack Finding : 3-1
Mulana vs Moucha Jr : 4-1
Super Pets vs Syalira : 2-0
One United vs Cikuda : 3-2
PEREMPUAN:
3R vs Athletico Muslimah : 5-0
Keputusan Liga Futsal akan diupdate setiap kali selesai perlawanan pada setiap minggu. Jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan pada minggu ini dan terus memberikan sokongan kepada team pilihan masing-masing.
Terima kasih atas sokongan anda semua
=Bersama Membentuk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan