Khamis, 12 Mac 2009

Bulan Kesenian Islam:BUSANA MUSLIMAH


Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan syurga
Di dalam rumahtangga

Itulah antara lirik lagu Impian Kekasih oleh In-Team yang menceritakan tentang apa sebenarnya wanita solehah itu. Antara ciri-ciri yang paling penting adalah seorang muslimah itu dapat menutup aurat seperti yang telah ditetapkan di dalam al-Quran. Jadi, bersempena dengan itu, Biro Kesenian dan Kebudayaan KUBI telah menganjurkan pertandingan BUSANA MUSLIMAH sebagai salah satu acara di dalam Bulan Kesenian Islam pada 11 Mac yang lepas di A.3.3 Teater FK.

Pertandingan ini mempunyai 6 kategori pakaian, KASUAL, FORMAL, SUKAN, MAJLIS KERAMAIAN, IBU HAMIL, dan RATU SEHARI. Tetapi, setiap fesyen yang diperagakan haruslah menepati syarat yang ditetapkan, iaitu MENUTUP AURAT. Sebanyak 5 buah pasukan telah menyertai pertandingan ini, yang terdiri daripada FK '06, FK '07, TWP '08, FK '08 dan FARMASI '07 & '08.

Pertandingan dapat dijalankan dengan lancar dan pemenang telah diumumkan pada penghujung pertandingan. Pemenang setiap kategori diberikan kepada mereka yang dapat memberikan persembahan yang terbaik dan pada masa yang sama pakaian yang diperagakan dapat memenuhi ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Selain itu, terdapat juga pemenang keseluruhan, yang mana hadiah ini diberikan kepada pasukan yang kesemua penyertaan dapat menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh para juri.

TAHNIAH kepada semua pemenang bagi setiap kategori dan juga kepada pasukan FK '08 yang telah memenangi hadiah keseluruhan! Sesungguhnya, ALLAH s.w.t telah menggariskan peraturan berpakaian bagi wanita seperti yang tertulis didalam Surah An-Nur, ayat 30-31. Turutilah, nescaya akan sentiasa diredhai oleh ALLAH.

=KEINDAHAN DALAM KEREDHAAN=

Tiada ulasan:

Catat Ulasan