Memukau dan mengagumkan. Begitulah perasaannya ketika menghadiri acara hafazan Al-Quran yang diadakan sempena bulan kesenian islam pada 13 Mac yang lalu. Acara yang berlangsung di Masjid Ibnu Sina ini bermula sejurus selepas solat Maghrib pada jam 6.45 malam. Sempena acara ini,setiap angkatan harus menghantar dua orang wakil, lelaki dan perempuan.
Setiap peserta perlu memilih sampul soalan yang mengandungi 3 soalan setiap satunya. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah dari juzuk terakhir Al-Quran iaitu juzuk ke 30. Debaran bukan sahaja dirasai oleh para peserta yang terlibat malah para hadirin yang memenuhi ruangan masjid. Para hadirin turut memeriksa bacaan hafazan ayat-ayat suci Al-Quran yang dihafaz oleh para peserta.
Peserta-peserta di nilai dari beberapa segi iaitu:
- Makhraj : 20 markah
- Kelancaran : 30 markah
- Tajwid : 40 markah
- Persembahan : 10 markah
Para penonton yang hadir terpukau dengan bacaan ayat-ayat al-Quran yang dilagukan oleh para hafiz dan hafizah yang bertanding. Debaran tentang siapa yang akan menjadi pemenangnya dapat dirasai oleh setiap yang hadir pada malam itu, Jadi, untuk mengetahuinya sama-sama kita nantikan pengumumannya sewaktu MAKSIM '09 pada 29 MAC ini. Sesugguhnya tiada yang lebih merdu melainkan alunan ayat-ayat suci al-Quran.
=KEINDAHAN DALAM KEREDHAAN=
Tiada ulasan:
Catat Ulasan