Khamis, 12 Mac 2009

INTERNSHIP? APA TU?


Kita semua sering disogokkan dengan cerita-cerita indah atau mimpi-mimpi ngeri ketika di 'internship' atau lebih dikenali dengan 'housemanship'. Tetapi, apa maksud sebenar 'internship' itu sendiri? Kita sendiri pun tidak mengetahuinya...
Jadi, kami di sini ingin berkongsi sedikit info mengenai program yang telah diwartakan di bawah Akta Perubatan 1971 ini.

Internship adalah suatu latihan praktikal yang diawasi SETELAH memperoleh ijazah perubatan. Seksyen 13(2) Akta Perubatan 1971 telah menetapkan graduan-graduan baru haruslah mengikuti latihan lanjutan bagi memantapkan lagi pengalaman sebagai seorang pegawai perubatan. Program ini dijalankan selama dua tahun dengan melibatkan 6 bahagian. Dalam erti kata lainnya, tempoh 4 bulan bagi setiap bahagian dengan cuti selama 7 hari didalamnya.

Enam bahagian ini meliputi jabatan surgery, orthopedics, medicine, pediatrics, obstetrics & gynecology dan anesthetics & emergency.

Tujuan diterapkan latihan 'internship' ini adalah untuk mendidik bakal-bakal doktor dalam suasana pembelajaran yang berbaur pengalaman, yang tidak hanya akan membuahkan pengetahuan yang bersesuaian, skil serta pengalaman tetapi juga membentuk sahsiah etika yang mulia. Kini, terdapat 32 buah hospital di Malaysia yang terlibat dengan program latihan ini.

Berdasarkan Akta Perubatan 1971, Badan Kelayakan Perubatan telah menetapkan:
  1. Jawatankuasa Latihan 'Houseman' berkuasa dalam penempatan bahagian (disiplin) anda.
  2. Anda akan dibenarkan meneruskan disiplin berikutnya jika hanya penyelia berpuas hati dengan pengetahuan, skil, kemampuan dan etika anda di bahagian tersebut.
  3. Jawatankuasa memiliki hak untuk melanjutkan tempoh latihan anda.
  4. Jika anda tidak memenuhi semua atau salah satu keperluan latihan, maka dengan bahagianya anda tidaklah layak untuk mendapat "lesen besar" yang dicita.
  5. 3 tahun adalah had untuk latihan 'internship'. Jika anda gagal untuk menyelesaikannya, maka anda juga gagal untuk 'full registration'. Bagi permasalahan sebegini haruslah merayu kepada 'Board' melalui jawatankuasa yang berkuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan