Ahad, 15 Mac 2009

BULAN KESENIAN ISLAM:HAFAZAN AL-QURAN

Memukau dan mengagumkan. Begitulah perasaannya ketika menghadiri acara hafazan Al-Quran yang diadakan sempena bulan kesenian islam pada 13 Mac yang lalu. Acara yang berlangsung di Masjid Ibnu Sina ini bermula sejurus selepas solat Maghrib pada jam 6.45 malam. Sempena acara ini,setiap angkatan harus menghantar dua orang wakil, lelaki dan perempuan.

Setiap peserta perlu memilih sampul soalan yang mengandungi 3 soalan setiap satunya. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah dari juzuk terakhir Al-Quran iaitu juzuk ke 30. Debaran bukan sahaja dirasai oleh para peserta yang terlibat malah para hadirin yang memenuhi ruangan masjid. Para hadirin turut memeriksa bacaan hafazan ayat-ayat suci Al-Quran yang dihafaz oleh para peserta.

Peserta-peserta di nilai dari beberapa segi iaitu:
  • Makhraj : 20 markah
  • Kelancaran : 30 markah
  • Tajwid : 40 markah
  • Persembahan : 10 markah
Para penonton yang hadir terpukau dengan bacaan ayat-ayat al-Quran yang dilagukan oleh para hafiz dan hafizah yang bertanding. Debaran tentang siapa yang akan menjadi pemenangnya dapat dirasai oleh setiap yang hadir pada malam itu, Jadi, untuk mengetahuinya sama-sama kita nantikan pengumumannya sewaktu MAKSIM '09 pada 29 MAC ini. Sesugguhnya tiada yang lebih merdu melainkan alunan ayat-ayat suci al-Quran.

=KEINDAHAN DALAM KEREDHAAN=

Khamis, 12 Mac 2009

Bulan Kesenian Islam:BUSANA MUSLIMAH


Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan syurga
Di dalam rumahtangga

Itulah antara lirik lagu Impian Kekasih oleh In-Team yang menceritakan tentang apa sebenarnya wanita solehah itu. Antara ciri-ciri yang paling penting adalah seorang muslimah itu dapat menutup aurat seperti yang telah ditetapkan di dalam al-Quran. Jadi, bersempena dengan itu, Biro Kesenian dan Kebudayaan KUBI telah menganjurkan pertandingan BUSANA MUSLIMAH sebagai salah satu acara di dalam Bulan Kesenian Islam pada 11 Mac yang lepas di A.3.3 Teater FK.

Pertandingan ini mempunyai 6 kategori pakaian, KASUAL, FORMAL, SUKAN, MAJLIS KERAMAIAN, IBU HAMIL, dan RATU SEHARI. Tetapi, setiap fesyen yang diperagakan haruslah menepati syarat yang ditetapkan, iaitu MENUTUP AURAT. Sebanyak 5 buah pasukan telah menyertai pertandingan ini, yang terdiri daripada FK '06, FK '07, TWP '08, FK '08 dan FARMASI '07 & '08.

Pertandingan dapat dijalankan dengan lancar dan pemenang telah diumumkan pada penghujung pertandingan. Pemenang setiap kategori diberikan kepada mereka yang dapat memberikan persembahan yang terbaik dan pada masa yang sama pakaian yang diperagakan dapat memenuhi ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Selain itu, terdapat juga pemenang keseluruhan, yang mana hadiah ini diberikan kepada pasukan yang kesemua penyertaan dapat menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh para juri.

TAHNIAH kepada semua pemenang bagi setiap kategori dan juga kepada pasukan FK '08 yang telah memenangi hadiah keseluruhan! Sesungguhnya, ALLAH s.w.t telah menggariskan peraturan berpakaian bagi wanita seperti yang tertulis didalam Surah An-Nur, ayat 30-31. Turutilah, nescaya akan sentiasa diredhai oleh ALLAH.

=KEINDAHAN DALAM KEREDHAAN=

Update: Liga Futsal Minggu Ke-3

GOL!!!!!!!! Bergema sorakan para penonton di GOR PAKUAN UNPAD sewaktu perlawanan minggu ke-3 dalam Liga Futsal yang dibawakan oleh Biro Sukan dan Rekreasi KUBI pada Ahad yang lepas. Walaupun cahaya matahari semakin terik, para penonton tetap setia memberikan sokongan kepada team masing-masing. Suasana pada setiap minggu bertambah meriah dengan sorakan dari para penonton dan aksi hebat dari para pemain.

Walaupun terdapat pemain yang cedera, gol yang kontroversi dan bermacam-macam perkara lain, para pemain tetap mempamerkan kehebatan masing-masing menerusi skill dan teknik yang menarik. Diharapkan semangat para pemain akan terus bertambah dari minggu ke minggu.

Berikut adalah keputusan perlawanan Liga Futsal minggu ke-3 yang dinanti-nantikan:

LELAKI:
Dravidians vs XY : 1-1
Azzuran vs One United : 3-1
Joga Bonito vs Lack Finding : 3-1
Mulana vs Moucha Jr : 4-1
Super Pets vs Syalira : 2-0
One United vs Cikuda : 3-2


PEREMPUAN:
3R vs Athletico Muslimah : 5-0



Keputusan Liga Futsal akan diupdate setiap kali selesai perlawanan pada setiap minggu. Jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan pada minggu ini dan terus memberikan sokongan kepada team pilihan masing-masing.
Terima kasih atas sokongan anda semua

=Bersama Membentuk Gaya Hidup Sihat=

INTERNSHIP? APA TU?


Kita semua sering disogokkan dengan cerita-cerita indah atau mimpi-mimpi ngeri ketika di 'internship' atau lebih dikenali dengan 'housemanship'. Tetapi, apa maksud sebenar 'internship' itu sendiri? Kita sendiri pun tidak mengetahuinya...
Jadi, kami di sini ingin berkongsi sedikit info mengenai program yang telah diwartakan di bawah Akta Perubatan 1971 ini.

Internship adalah suatu latihan praktikal yang diawasi SETELAH memperoleh ijazah perubatan. Seksyen 13(2) Akta Perubatan 1971 telah menetapkan graduan-graduan baru haruslah mengikuti latihan lanjutan bagi memantapkan lagi pengalaman sebagai seorang pegawai perubatan. Program ini dijalankan selama dua tahun dengan melibatkan 6 bahagian. Dalam erti kata lainnya, tempoh 4 bulan bagi setiap bahagian dengan cuti selama 7 hari didalamnya.

Enam bahagian ini meliputi jabatan surgery, orthopedics, medicine, pediatrics, obstetrics & gynecology dan anesthetics & emergency.

Tujuan diterapkan latihan 'internship' ini adalah untuk mendidik bakal-bakal doktor dalam suasana pembelajaran yang berbaur pengalaman, yang tidak hanya akan membuahkan pengetahuan yang bersesuaian, skil serta pengalaman tetapi juga membentuk sahsiah etika yang mulia. Kini, terdapat 32 buah hospital di Malaysia yang terlibat dengan program latihan ini.

Berdasarkan Akta Perubatan 1971, Badan Kelayakan Perubatan telah menetapkan:
  1. Jawatankuasa Latihan 'Houseman' berkuasa dalam penempatan bahagian (disiplin) anda.
  2. Anda akan dibenarkan meneruskan disiplin berikutnya jika hanya penyelia berpuas hati dengan pengetahuan, skil, kemampuan dan etika anda di bahagian tersebut.
  3. Jawatankuasa memiliki hak untuk melanjutkan tempoh latihan anda.
  4. Jika anda tidak memenuhi semua atau salah satu keperluan latihan, maka dengan bahagianya anda tidaklah layak untuk mendapat "lesen besar" yang dicita.
  5. 3 tahun adalah had untuk latihan 'internship'. Jika anda gagal untuk menyelesaikannya, maka anda juga gagal untuk 'full registration'. Bagi permasalahan sebegini haruslah merayu kepada 'Board' melalui jawatankuasa yang berkuasa.

Selasa, 10 Mac 2009

Bulan Kesenian Islam:AMAZING RACE

MENCABAR tapi MERIAH! Itulah kata-kata yang dapat menggambarkan suasana semasa pertandingan AMAZING RACE sempena Bulan Kesenian Islam yang telah berlangsung pada 7 Mac lalu yang bertempat di sekitar FK UNPAD. 10 pasukan yang terdiri daripada wakil hampir setiap angkatan berentap untuk mendapat gelaran JUARA pertandingan ini.

Semua pasukan ditugaskan untuk ke 10 buah checkpoint yang setiap satunya mengandungi tugasan fizikal dan mental yang mencabar. Setiap tugasan haruslah disiapkan untuk mendapat klu yang seterusnya yang akan membwa mereka ke checkpoint yang lain. Berikut adalah 10 checkpoint yang harus dikunjungi oleh setiap pasukan:
  1. Kolam FK: TEKA LAGU
  2. Rock Climbing: KERETA API
  3. Hadapan Bangunan A4: RAINY HANDS
  4. Surau As-Syifa': SANDWICH BOLA
  5. Tempat Parking Motor FK: SNOW IN UNPAD
  6. Bangunan A5: TENG-TENG
  7. Bangunan A2: BOWLING
  8. Belakang Bangunan A4: TITIAN GENTING
  9. Bangunan PADMA Lama: SPIDER-WEB
  10. Roundbout FK: SEIRING SEJALAN












Pelbagai ragam dan aksi melucukan dari p
ara peserta dapat dilihat sepanjang 'race' ini. Semuanya dilakukan demi menyiapkan tugasan yang diberikan di setiap checkpoint. Setelah menyiapkan tugasan di semua checkpoint, setiap pasukan haruslah menyebut 'keyword', iaitu tema Bulan Kesenian Islam. Apakah temanya?(adakah anda mengetahuinya?)













Walaupun kepenatan, semua pasukan dapat berseronok dan yang paling penting, dapat menambah ilmu pengetahuan dan pada masa yang sama dapat merapatkan lagi ukhwah yang terjalin. Pemenangnya? Nantikan sewaktu MAKSIM '09 pada 29 Mac ini.


=KEINDAHAN DALAM KEREDHAAN=