Sabtu, 17 Ogos 2013

[Arkib] Iftar Sya'ban




Pada 12 Julai 2012, Khamis, Biro Agama Islam KUBI (BAIK) telah mengadakan satu program iftar dalam bulan Syaaban sebagai satu program dalam Reminder For Ramadan (REFORM) yang bertempat di Masjid Asy-Syifaa, Fakultas Kedokteran UNPAD, Jatinangor.

Program ini bertujuan memberi persediaan bagi para pelajar untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan disamping merapatkan ukhwah sesama pelajar Muslim di Jatinangor.
          
 Program ini dihadiri oleh pelajar Muslim dari FK,FKG dan FF. Program ini dimulakan dengan kedatangan pelajar pada jam 6.30 petang. Sesudah azan Magrib, para pelajar berbuka puasa dengan buah tamar dan air minuman. Kemudian, solat Magrib secara berjemaah dan setelah itu pelajar dihidang dengan menu utama.

Majlis diteruskan dengan solat Isya’ berjemaah dan sedikit pengisian ringkas oleh saudara Luqman tentang persediaan menghadapi bulan Ramadan al-Mubarak. Majlis diakhiri dengan video promosi menjelang Ramadan dan tamat sekitar jam 9.00malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan