Jumaat, 3 April 2009

Perdana Menteri Malaysia ke-6!

KUALA LUMPUR,3 April : Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.


Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Mereka berdua kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.

Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Berita dipetik dari http://www.hmetro.com.my

------------------------------------

KUBI mengucapkan tahniah kepada Dato Seri Najib Tun Razak diatas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.Semoga teraju kepimpinan beliau dapat membawa Malaysia ke arah yang lebih baik lagi.Dan tak lupa,jutaan terima kasih kepada Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi di atas jasa beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia sebelumnya.

Selasa, 31 Mac 2009

Update: Liga Futsal Pusingan Kedua Minggu ke-1


Pada hari Khamis lepas, bermulanya pusingan kedua bagi Liga Futsal lelaki. Perlawanan telah diadakan selama 3 hari; Khamis, Sabtu dan Ahad. Sebanyak 7 perlawanan telah berlangsung di antara 6 buah pasukan yang telah layak ke pusingan kedua. Pelbagai aksi yang lebih menarik dan skil permainan yang lebih mantap telah dipamerkan oleh kesemua pasukan. Semuanya dilakukan untuk menjuarai Liga Futsal KUBI 2009 yang bakal berakhir tidak lama lagi.

Biarpun terdapat pasukan yang terpaksa bermain lebih daripada 2 permainan pada minggu lepas, semangat mereka tidak luntur dan tetap dapat mempamerkan permainan terbaik mereka. Walaupun kepenatan, kemenangan yang dicapai semestinya berbaloi dengan usaha yang dicurahkan oleh setiap pasukan. Kepada yang kurang berjaya, masih terdapat beberapa perlawanan lagi sebelum liga ini sampai ke penghujungnya. Teruskan usaha anda!

Berikut adalah keputusan perlawanan minggu lepas:

KHAMIS:
Dravidians vs Lack Finding : 6-1
XY vs The Putih : 4-1
The Putih vs Dravidians : 1-5

SABTU:
Dravidians vs Joga Bonito : 1-1
Lack Finding vs The Putih : 1-5

AHAD:
Joga Bonito vs The Putih : 1-0
XY vs Lack Finding : 2-0


Perlawanan pada minggu ini akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Marilah beramai-ramai ke perlawanan futsal pada minggu ini untuk memberikan sokongan kepada pasukan pilihan anda. Terima kasih di atas sokongan anda semua!

=Bersama Membentuk Gaya Hidup Sihat=

Selasa, 24 Mac 2009

Tahniah & Terima Kasih atas Sokongan Anda!

KUBI sekali lagi berjaya merangkul Anugerah Kelab UMNO Luar Negara tahun ini. Di kesempatan ini, KUBI merakamkan jutaan terima kasih & tahniah kepada semua tulang belakang KUBI yang terus setia menyokong dan menjayakan agenda KUBI selama ini. Berita rasmi di bawah dipetik dari website KULN: http://www.kelab-umno.com
----------------------------------
Kuala Lumpur, 20 Mac 2009 - Sebuah majlis makan malam sempena Kursus Kepimpinan KULN telah berlangsung dengan dihadiri oleh ramai para perwakilan dan pemerhati yang akan menyertai Kursus Kepimpinan nanti.

Pada malam tersebut, Pengerusi KULN, YB Dato' Seri Mohd Shafie Apdal telah mengucapkan jutaan tahniah kepada semua ahli KULN yang telah hadir pada malam tersebut, beliau merasa bangga dengan jumlah ahli KULN yang kini telah menelihi 15,000 ahli di seluruh dunia.

YB Pengerusi juga telah menyampaikan anugerah kelab UMNO Terbaik 2008 kepada kelab-kelab yang telah banyak menganjurkan program-program bermanfaat, antara kelab-kelab yang mendapat anugerah pada malam tersebut ialah:

1. KULN London
2. KULN Bandung
3. KULN Melbourne
4. KULN New York-New Jersey
5. KULN Kaherah
6. KULN Auckland
7. KULN Moscow
8. KULN Dublin
9. KULN Korea Selatan

YB Pengerusi mengharapkan agar semua Kelab UMNO Luar Negara akan terus bantu-membantu, elakkan dari perselisihan pendapat sesama kita dan terus menempa nama di seluruh dunia.
--------------------------
Semoga kejayaan ini membuatkan KUBI terus semangat dalam menjayakan misi mencipta modal Insan & warga Malaysia yang CEMERLANG,GEMILANG dan TERBILANG selamanya.

=KUBI, DEKAT DI HATI=

Isnin, 23 Mac 2009

Update: Liga Futsal Minggu ke-5

GAMAT tapi SANTAI. Itulah kata-kata yang dirasakan paling tepat untuk menggambarkan suasana perlawanan Liga Futsal KUBI minggu ke-5. 4 perlawanan telah berlangsung, 1 perlawanan dari liga perempuan yang mana pemenangnya akan mendapat tempat ketiga di dalam liga selepas 3R dan DRG manakala baki 3 perlawanan adalah dari liga lelaki yang merupakan perlawanan terakhir bagi pusingan pertama sebelum bermulanya pusingan kedua pada minggu ini.

Kesemua perlawanan dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah atau kontroversi dan para pemain telah mempamerkan pelbagai aksi yang menarik dan melucukan. Kepada 6 pasukan dari liga lelaki yang telah layak ke pusingan kedua, TAHNIAH diucapkan dan kepada yang tidak layak, tahun hadapan masih ada. Teruskan usaha anda!

Berikut adalah keputusan perlawanan futsal bagi minggu ke-5:

LELAKI:
XY vs The Putih : 3-0
Dravidians vs Cikuda : 7-5
Syalira vs Moucha Jr. : 1-2

PEREMPUAN:
Athletico Muslimah vs Shabuya : 1-3


Jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan futsal pusingan kedua liga lelaki yang akan berlangsung pada Khamis ini di Gor Pakuan UNPAD (jadual perlawanan akan diumumkan kemudian). Berilah sokongan kepada pasukan pilihan anda dan terima kasih di atas sokongan anda.

=Bersama Membentuk Gaya Hidup Sihat=

Rabu, 18 Mac 2009

Update: Liga Futsal Minggu ke-4

TAHNIAH diucapkan kepada pasukan futsal 3R kerana telah memenangi Liga Futsal KUBI perempuan!!! Dengan mata keseluruhan sebanyak 8 mata, pasukan 3R telah menjuarai liga perempuan pada tahun ini. Walaupun mempunyai mata yang sama dengan pasukan DRG, tetapi jumlah gol yang lebih banyak telah memberikan mereka kemenangan mutlak.

Perlawanan minggu lepas semakin sengit terutamanya bagi Liga Lelaki kerana hanya 6 pasukan yang akan layak ke pusingan yang seterusnya. Semua pasukan berusaha bertungkus-lumus bagi melayakkan diri mereka ke pusingan yang kedua. Berikut adalah keputusan perlawanan Liga Futsal minggu ke-4:

LELAKI:
Dravidians vs One United : 4-0
Mulana vs Syalira : 2-1
Joga Bonito vs Moucha Jr. : 2-0
Lack Finding vs Super Pets : 2-1
The Putih vs Azzuran : 2-1
One United vs XY : 0-5 (XY menang tanpa bertanding)

PEREMPUAN:
Athletico Muslimah vs Flaming Star : 4-0
Shabuya vs DRG : 1-4


Setelah berakhir perlawanan pada minggu lepas, telah diumumkan 6 pasukan dari liga lelaki yang telah melayakkan diri mereka ke pusingan seterusnya. Berikut adalah senarai pasukan liga lelaki yang akan bertanding di pusingan kedua:

The Putih
Dravidians
XY
Mulana
Joga Bonito
Lack Finding


Jangan ketinggalan untuk menyaksikan perlawanan pada minggu ini dan sama-sama kita nantikan pasukan manakah yang akan menjuarai Liga Futsal KUBI bagi bahagian lelaki. Terima kasih di atas sokongan anda semua.

=Bersama Membentuk Gaya Hidup Sihat=