Selamat Datang ke Blog Rasmi KUBI

Blog ini adalah merupakan blog rasmi KUBI. Jadi kepada semua, jika mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, bolehlah menghubungi kami.

SHABERY CHEEK MENGUCAPKAN TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN BANDUNG GAMES 2010

11hb Oktober, KUALA LUMPUR - Bandung Games 2010 (BG10) telah berjalan dengan lancar sekali selama 2 hari pada 9-10 Oktober semalam. Acara sukan tersebut telah dilancarkan oleh Pengerusi Biro KULN, YB Dato' Ahmad Shabery Cheek di Dewan Gimnasium, Universitas Pendidikan Indonesia (UPI).

Sambutan Hari Raya Aidiladha 2010/1431H

Dengan bertemakan Bukti Cinta Sang Hamba, tahun ini KUBI sekali lagi bergabung tenaga bersama-sama PKPMI Bandung akan membawakan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Back To Basic

Di dalam siri ini, Baik cuba menengahkan apa itu fitrah?, apa fitrah manusia? Di dalam kehidupan seharian seseorang, apa yang perlu dituturkan?, apa yang perlu dilakukan?

TaeBo

Program taebo akan diteruskan lagi di semester ini! Jadi, kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi Maisarah atau Hasif

Latest Posts

Hari : Jumaat (26 Mac 2010)

Masa : 7.00 p.m – 10.00 p.m

Tempat : Aula Bersama Bale 4.

Setelah pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi KUBI pada Mesyuarat Agung Tahunan KUBI kali ke-14 yang lalu,kini KUBI telah menampilkan barisan baru pemegang pucuk pimpinan KUBI bagi sesi 2009/2011.Pada malam ini,setiap ahli jawatankuasa tertinggi baru telah diberikan mandat dengan simbolik penyampaian portfolio dan penyerahan tugas oleh pemegang jawatan lama bagi sesi 2007/2009 kepada pemegang jawatan baru sesi 2009/2011.

Majlis kali ini dipengerusikan oleh Ketua Penerangan dan Timbalan Ketua Penerangan yang baru iaitu Saudara Mohd Hairul Fitri Bin Mohhairi dan Saudara Tengku Iqbal Munawwir Bin Tengku Adnan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Muhammad Arif Bin Mohd Marsin. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Presiden KUBI bagi sesi baru iaitu Saudara Mohd Farhan Bin Saroni dan ucapan dari Presiden KUBI bagi sesi sebelumnya iaitu Saudara Mohd Feendi Bin Mohd Fauzi Yap.

Kemudian, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Ahli Majlis Tertinggi KUBI bagi sesi 2007/2009 serta sijil watikah pelantikan bagi Ahli Majlis Tertinggi KUBI bagi sesi 2009/2011. Acara kemuncak pada malam ini adalah simbolik penyerahan tugas dan portfolio kepada kesemua Ahli Majlis Tertinggi yang telah dilantik bagi sesi ini. Majlis pada malam ini diakhiri dengan sesi fotografi. Tahniah untuk semua yang telah dilantik.Semoga anda dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya.

Senarai baru Ahli Jawatankuasa Tertinggi KUBI sesi 2009/2011.

Presiden:
Mohd Farhan bin Saroni

Timbalan Presiden:
Syed Muhammad Hafiz bin Syed Hassan

Setiausaha I:
Muslihah binti Zainon

Setiausaha II:
Siti Nur Illyyinna binti Ismail

Bendahari I:
Hairina binti Mazlan

Bendahari II:
Ain Izzati binti Khiruddin

Ketua Penerangan:
Mohd Hairul Fitri bin Mohhairi
Pen. Ketua Penerangan:
Tengku Iqbal Munawwir bin Tengku Adnan

Juruaudit I:
Faridhil Atrash bin Sallehan

Juruaudit II:
Tun Shafiqah binti Tun Abdul Majid

Biro Agama & Kerohanian:
Exco: Muhammad Arif bin Mohd Marsin
Pen. Exco: Farhana binti Yem

Biro Sukan & Rekreasi:
Exco: Adi Syazwan bin Jamil
Pen. Exco: Muhammad Noor Arrazeen bin Nor Hisham

Biro Akademik & Intektual:
Exco: Abdul Qayyum bin Abdul Rahim
Pen. Exco: Nurul Farhanah binti Baharudin

Biro Informasi,Penerbitan & Dokumentasi:
Exco: Farah Liyana binti Musman
Pen. Exco: Muhammad 'Azizul 'Azim bin Maliki

Biro Kebajikan & Tugas-tugas Khas:
Exco: Muhammad Hafiz Asshaarani bin Mohd Amin
Pen. Exco: Azrul Reesha bin Yassin

Biro Kesenian & Kebudayaan:
Exco: Maisara binti Mahadi
Pen. Exco: Muhammad Hasif bin Mohamed

Leave a Reply