Selamat Datang ke Blog Rasmi KUBI

Blog ini adalah merupakan blog rasmi KUBI. Jadi kepada semua, jika mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, bolehlah menghubungi kami.

SHABERY CHEEK MENGUCAPKAN TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN BANDUNG GAMES 2010

11hb Oktober, KUALA LUMPUR - Bandung Games 2010 (BG10) telah berjalan dengan lancar sekali selama 2 hari pada 9-10 Oktober semalam. Acara sukan tersebut telah dilancarkan oleh Pengerusi Biro KULN, YB Dato' Ahmad Shabery Cheek di Dewan Gimnasium, Universitas Pendidikan Indonesia (UPI).

Sambutan Hari Raya Aidiladha 2010/1431H

Dengan bertemakan Bukti Cinta Sang Hamba, tahun ini KUBI sekali lagi bergabung tenaga bersama-sama PKPMI Bandung akan membawakan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Back To Basic

Di dalam siri ini, Baik cuba menengahkan apa itu fitrah?, apa fitrah manusia? Di dalam kehidupan seharian seseorang, apa yang perlu dituturkan?, apa yang perlu dilakukan?

TaeBo

Program taebo akan diteruskan lagi di semester ini! Jadi, kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi Maisarah atau Hasif

Latest Posts

Hari : Ahad, 07 Mac 2010

Masa : 7.45 pagi – 3.15 petang

Tempat : Hotel Puri Khatulistiwa, Jatinangor, Sumedang, Indonesia

Seperti yang kita sedia maklum, Mesyuarat Agung Tahunan Kelab UMNO Bandung,Indonesia diadakan setiap dua tahun bersesuaian dengan Perlembagaan Kelab UMNO Luar Negara. Mesyuarat pada kali ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Di Indonesia iaitu Dr. Junaidy Bin Abu Bakar dan telah dihadiri oleh seramai 163 ahli KUBI sendiri.


Mesyuarat secara ringkasnya diisi dengan pembentangan laporan serta pengesahan laporan daripada Setiausaha, Bendahari, dan Exco-exco bagi setiap biro bagi sesi 2007/2009 serta diikuti dengan sesi soal jawab oleh ahli KUBI kepada Ahli Majlis Tertinggi KUBI. Kemuncak majlis pada hari tersebut adalah sesi pembubaran Ahli Jawatankuasa KUBI sesi 2007/2009 untuk digantikan dengan pelapis dan orang baru bagi menerajui pucuk pimpinan KUBI bagi sesi yang seterusnya. Majlis kemudian berehat sebentar untuk memberi laluan kepada ahli untuk menunaikan solat Zohor dan makan tengahari.


Acara kemudian diteruskan lagi dengan pencalonan dan pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi KUBI bagi sesi 2009/2011. Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Tertinggi KUBI yang telah dipilh pada mesyuarat kali ini.

Presiden : Mohd Farhan Bin Saroni

Timbalan Presiden : Syed Muhammad Hafiz Bin Syed Hassan

Ahli Jawatankuasa : Muhammad Hafiz Asshaarani Bin Mohd Amin

Abdul Qayyum Bin Abdul Rahim

Siti Nur Illyyinna Binti Ismail

Muhammad Arif Bin Mohd Marsin

Hairina Binti Mazlan

Hairul Fitri Bin Mohairi

Diharap semua ahli yang baru dilantik dapat melaksanakan tanggungjawab serta amanah dengan sebaiknya demi kebaikan bersama. Tahniah dan takziah atas pemilihannya. Dengan itu, mesyurat agung tahunan kali ini ditangguhkan.

Leave a Reply