Khamis, 6 September 2012

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KUBI KALI KE-15


Hari       : Ahad, 11 Mac 2012
Masa     : 8.00 pagi – 2.30 petang
Tempat  : Pusat Studi Bahasa Jepang, Fakultas Sastera UNPAD, Jatinangor, Sumedang, Indonesia

Seperti yang kita sedia maklum, Mesyuarat Agung Tahunan Kelab UMNO Bandung, Indonesia diadakan setiap dua tahun bersesuaian dengan Perlembagaan Kelab UMNO Luar Negara. Mesyuarat kali init urut diserikan dengan paluan kompang dan persembahan dari juara Malaysian Got Talent, Malam Inspirasi Seni 2012 bagi menyambut kehadiran barisan pucuk pimpinan KUBI sesi 2009/2011 dan ahli-ahli KUBI yang lain.
Tidak akan sempurna sesebuah majlis tanpa wujudnya organisasi yang bertanggungjawab untuk memastikan kelangsungan majlis tersebut. Oleh itu, seperti lazimnya mesyuarat kali ini juga ditonggak oleh jawatankuasa pelaksana yang berusaha memastikan kelancaran mesyuarat pada kali ini. Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksana bagi Mesyuarat Agung Tahunan KUBI pada kali ini.

Penasihat
Muhammad Noor Arrazeen Bin Nor Hisham
Muhammad Hasif Bin Mohamed Ali
Ain Izzati Binti Khiruddin
Nurul Farhanah Binti Baharudin
Azrul Reesha Bin Yassin

Biro Acara dan Protokol
Nurafiqah Balqis Binti Mohd Rasid
Yasmin Shukrina Binti Mohd Norazlan

Biro Multimedia dan Dokumentasi
Ahmad Zarrin Bin  Amat Taap
Nurfatin Anis Binti Zaharmin

Biro Makanan
Melissa Iqlima Binti Marzuki

Biro Hadiah dan Cenderahati
Narjis Kameneii Amizah Binti Hamzah
Afiq Rukaini

Biro Logistik
Abd Khaliq Alim Bin Abd Rani
Aiman Bin Hasnizul
           
Pengerusi Majlis
Ahmad Aliuddin Bin Nor Azizan




Nik Fatin Farhana Binti Mohd Rahhim

Jurutulis
Norsyuhadah Binti Ariffin
Murni Binti Hamzah

Mesyuarat pada kali ini telah dirasmikan oleh Presiden KUBI sesi 2009/2011 sendiri iaitu Saudara Mohd Farhan Bin Saroni dan telah dihadiri oleh seramai 120 ahli KUBI sendiri. Mesyuarat secara ringkasnya diisi dengan pembentangan laporan serta pengesahan laporan daripada Setiausaha, Bendahari, dan Exco-exco bagi setiap biro bagi sesi 2009/2011serta diikuti dengan sesi soal jawab oleh ahli KUBI kepada Ahli Majlis Tertinggi KUBI. Kemuncak majlis pada hari tersebut adalah sesi pembubaran Ahli Jawatankuasa KUBI sesi 2009/2011 untuk digantikan dengan pelapis dan orang baru bagi menerajui pucuk pimpinan KUBI bagi sesi yang seterusnya. Majlis kemudian berehat sebentar untuk memberi laluan kepada ahli untuk makan tengahari.

Acara kemudian diteruskan lagi dengan pencalonan dan pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi KUBI bagi sesi 2009/2011. Seramai empat orang calon yang terpilih menyampaikan manifesto mereka masing-masing sebelum undian oleh ahli-ahli KUBI dibuat. Berikut merupakan nama Presiden dan Timbalan Presiden KUBI bagi sesi 2012/2014 yang telah terpilih :-

Presiden : Muhammad Noor Arrazeen Bin NorHisham
  Timbalan Presiden : Muhammad Hasif Bin Mohamed Ali

Diharap Ahli Majlis Tertinggi KUBI yang baru dilantik bagi sesi 2012/2014 dapat melaksanakan tanggungjawab serta amanah dengan sebaiknya demi kebaikan bersama. Tahniah dan takziah atas pemilihannya. Dengan itu, mesyurat agung tahunan kali ini ditangguhkan.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan