Selasa, 10 Mei 2011

MALAM INSPIRASI SENI 2011




Pada 30, 31 Mac dan 1 April, PKPMI dan KUBI telah mengadakan aktiviti yang bercirikan kesenian iaitu MAISEN. Tema MAISEN pada tahun ini adalah ’Seni Prakasa Suatu Misteri’. Pengarah projek MAISEN 2011 adalah Muhammad Hasif Bin Mohamed Ali.

Pada 30 Mac 2011, acara yang telah diadakan adalah Tayangan Perdana. Acara yang diadakan pada malam ini adalah tayangan Filem Pendek, Trailer Filem Pendek dan Klip Pendek/Iklan. Batch 2007, 2008, 2009 dan 2010 telah mendaftar untuk acara ini.

Acara telah diadakan di A5.3 pada jam 6.30 malam. Nurul Farhana Baharudin adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan acara malam ini.

Tetamu VIP yang hadir pada malam ini adalah Khairul Hafiz Al-Khair b. Khairul Amin, YDP PKPMI Pusat, Mohd Fawwaz Meor ,YDP PKPMI-CB, Mohd Farhan Bin Saroni , presiden KUBI.

Tema pada Malam Tayangan Perdana adalah Smart Casual (tiada warna tema).

Senarai pencalonan puisi pada acara Malam Tayangan Perdana adalah

1. Telah Lama Kutinggalkan Daerah Ini - Illyyinna Ismail
2. Prakarsa Suatu Misteri – Dayanandan
3. Aku Anak Laut – Haikal Ambri Rosle
4. Selumbar Cahaya – Nur Farhanis Assila Roslan
5. Pergi Tak Kembali – Rozaliamisah Hassan

Senarai pencalonan filem pendek dalam acara Malam Tayangan Perdana adalah

1. 'PUSINGG'- hasil karya batch 2010

2. 'KEMBALI'- hasil karya batch 2009

3. 'JATINANGOR 4TAHUN'- hasil karya batch 2008

4. 'RAHASIA'- hasil karya batch 2007

5. 'INI JALANKU'- hasil karya IMAN

Berikut pula adalah pencalonan pertandingan fotografi

1. undiscovered end

2. elapsed

3. a row

4. bayangan dunia

5. pencari erti rezki Tuhan

6. batu kehidupan

7. jambatan pengalaman

8. renungan yang pasti

dan berikut adalah senarai pemenang untuk acara Tayangan Perdana.

  1. Anugerah Klip Pendek/Iklan Terbaik- Abi (Nurafiqah Balqis Rashid)

2. Anugerah Poster Terbaik- Ini Jalanku (Ahmad Arif Safwan)

  1. Anugerah Suntingan Terbaik- Kembali (Mahirah Mohd Yusof)
  2. Anugerah Skrip Terbaik - Kembali (Hasif Mohamed Ali)
  3. Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Rahasia (Moganasivan)
  4. Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Kembali (Ainna Dat)
  5. Anugerah Pelakon Lelaki terbaik- Jatinangor 4 tahun (Tengku Iqbal Munawwir)
  6. Anugerah Pelakon Wanita Terbaik- Rahasia (Faezah Manan)
  7. Anugerah Filem Pilihan Penonton- Kembali (K.A.M.I Production) 115 undian
  8. Anugerah Pengarah Terbaik- Rahasia (Faridhil Athrash Sallehan)
  9. Anugerah Filem Pendek Terbaik- Rahasia (7 Minds Production)

Pada 31 Mac 2011, acara yang telah diadakan adalah Malaysian Got Talent. Acara yang diadakan pada malam ini adalah tayangan Filem Pendek, Trailer Filem Pendek dan Klip Pendek/Iklan. Batch 2007, 2008, 2009 dan 2010 telah mendaftar untuk acara ini.

Acara telah diadakan di A3.3 pada jam 6.30 malam. Nur Nabilah Hassan dari twinning 2009 adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan acara malam ini.

VIP yang dijemput khas pada malam ini adalah Khairul Hafiz Al-Khair b. Khairul Amin, YDP PKPMI Pusat, Mohd Fawwaz Meor, YDP PKPMI-CB, Mohd Farhan Bin Saroni, presiden KUBI.

Pengiraan markah dibuat, 70% daripada juri, 30% daripada undian penonton. Antara juri yang dijemput adalah Aisyah Jalaluddin, Maisara Mahadi dan Cheryline Dorcas Nagarajan.

Berikut adalah peserta yang terlibat.

1. starzzblenderzz '10

2. Nyanyian solo 09 (MUHAMMAD HASIF MOHAMED ALI)

3. Tarian 08(naim)

4. Tarian 10(natasha)

5. Choir 10(natasha)

6. Haikal 08

7. Acoustic Band 09(abu)

8. Nyanyian 10(faisol)

9. Nyayian 10(balqis)

10. Nyanyian 07(atrash)

11. Band 07(kenneth)

Anugerah pemenang pada malam tersebut adalah
1. fiffe '07
2. starzzblenderzz '10
3. Fhaisol '10

Pada 1 April 2011, penutup acara MAISEN 2011 telah diadakan atau dipanggil sebagai Malam Kemuncak MAISEN 2011. Acara yang diadakan pada malam ini adalah penyampaian hadiah kepada para pemenang dan persembahan daripada tiga pemenang teratas dari Malaysian Got Talent.

Acara telah diadakan di A3.3 pada jam 6.30 malam. Siti Khadijah dari KPBI 2008 adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan acara malam ini.

Tetamu VIP yang hadir pada malam ini adalah Khairul Hafiz Al-Khair b. Khairul Amin, YDP PKPMI Pusat, Mohd Fawwaz Meor ,YDP PKPMI-CB, Mohd Farhan Bin Saroni , presiden KUBI.

Pada Malam Kemuncak ini, tema yang ditetapkan adalah (Penyampai,AJK,VIP) adalah Formal manakala tetamu adalah Kasual (tema Ungu & Hitam)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan