Selasa, 24 Februari 2009

Kursus Kepimpinan KULN 2009

Bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang akan berlangsung pada 23 Mac hingga 28 Mac 2009,Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara(KULN) akan menganjurkan Kursus Kepimpinan KULN 2009 pada 21-22 Mac 2009.Kursus ini akan diadakan di dewan merdeka PWTC Kuala Lumpur dan bakal disertai 70 kelab Umno seluruh dunia bertujuan membincangkan arah tuju kelab disamping pertemuan bersama beberapa tokoh kepimpinan negara.

Berikut adalah tentatif program:

20 MAC 2009 (JUMAAT)

2.00 petang- Check-in di Hotel Wira

8.00 mala- Majlis Makan Malam bersama YB DATO’ SERI MOHD SHAFIE APDAL (Pengerusi Jawatankuasa Khas Hal Ehwal Pelajar Luar Negara)

21 MAC 2009 (SABTU)

8.00 pagi- Majlis Perasmian Kursus Kepimpinan KULN

8.00 malam- Majlis Makan Malam bersama YB DATUK SERI TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR (Setiausaha Agung UMNO Malaysia)

22 MAC 2009 (AHAD)

8.00 pagi- Kursus Motivasi KULN

8.00 malam- Pertandingan Boling antara KULN

KUBI akan diwakili oleh 4 orang Ahli Majlis Tertinggi KUBI iaitu Mohd Feendi b. Mohd Fauzi Yap,Ely Imran bin Jahari,Mohd Hafiz bin Idrus dan Raja Muhamad Fadhlan bin Raja Rosly.Diharap peserta dari KUBI dapat berkongsi idea,ilmu dan pengalaman yang diperolehi ketika mengikuti kursus tersebut nanti untuk kepentingan bersama kelab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan