Sabtu, 2 Januari 2010

:: Selamat Tahun Baru ::


Salam..
Kami dari seluruh keluarga besar
KUBI
ingin mengucapkan
Selamat Tahun Baru 2010..

Semoga tahun baru ini
membawa lebih makna
buat kita semua..

Rabu, 16 Disember 2009

:: Semoga Berjaya dengan Cemerlang ::

Kami dari seluruh keluarga KUBI ingin mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan buat semua yang menjalaninya.. Kami doakan yang terbaik untuk anda semua.. Semoga Berjaya dengan Cemerlang!!!

Isnin, 7 Disember 2009

~Malam Anugerah Persada Melayu~

Setelah hampir sebulan Bulan Persada Melayu dijalankan, akhirnya malam yang dinanti-nantikan oleh semua telah pun selesai. Segala debaran dan penantian telah pun berakhir. Bertempat di A.3 Teater FK UNPAD, Malam APM telah dapat dilansungkan dengan jayanya. Kesemua pemenang bagi setiap anugerah telah pun diumumkan termasuklah pemenang bagi anugerah utama pada malam itu iaitu Anugerah Persada Melayu.



Jebat - FK06
Tuah - FK & TWP 07
Kasturi - FK & TWP 08
Lekir - FK & TWP 09
Lekiu - FKG & Farmasi

Berikut adalah keputusan penuh BPM:

Anugerah Puisidra:
Johan - Kasturi
Naib Johan - Tuah
Ketiga - Jebat

Anugerah Hartamania:
Johan - Tuah (L)
Naib Johan - Kasturi (P)
Ketiga - Tuah (P-Hani)

Anugerah Pidato:
Johan - Farhan Saroni (Tuah)
Naib Johan - Khairul Hafidz (Jebat)
Ketiga - Noorhana Sofia (Tuah)

Anugerah Debat:
Johan - Tuah
Naib Johan - Kasturi
Ketiga - Jebat

Anugerah Kuiz Melayu Kita:
Johan - Lekiu
Naib Johan - Kasturi
Ketiga - Lekir

Anugerah Pantun:
Johan - Kasturi
Naib Johan - Jebat
Ketiga - Lekir

Anugerah Sketsa:
Johan - Tuah
Naib Johan - Kasturi
Ketiga - Lekir

Anugerah Koir:
Johan - Tuah
Naib Johan - Kasturi
Ketiga - Jebat

Anugerah Pemantun Terbaik:
Aiza Amierah binti Abdull Ropha - Kasturi

Anugerah Pembahas Terbaik:
Farhan Haripapbillah - Tuah

ANUGERAH PERSADA MELAYU:
Rumah TUAH (FK & TWP '07)

TAHNIAH diucapkan kepada para pemenang dan terutamanya kepada Rumah TUAH kerana telah berjaya memenangi Augerah Persada Melayu. Kepada yang kurang berjaya, cuba lagi pada masa akan datang. Diharapkan aktiviti-aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa mendatang. Jutaan ucapan terima kasih kepada semua ahli-ahli Biro PDI dan kepada semua AJK Bulan Persada Melayu yang telah bertungkus-lumus untuk merealisasikan Bulan Persada Melayu.

~PERKASAKAN MELAYU SEBAGAI WARISAN~

Jumaat, 4 Disember 2009

:: Pertandingan KOIR ::

Salam..
Hari ini jam 6.30ptg..
bertempat di A.5Teater FK UNPAD
akan dianjurkan
Pertandingan Koir..



datanglah beramai-ramai
sokong ahli pasukan masing-masing..
Penilaian APM masih diteruskan..
:)

Ahad, 29 November 2009

Sambutan Hari Raya Aidiladha: "Qurban Pesona Taqwa"

Dengan bertemakan Qurban Pesona Taqwa, Kelab UMNO Bandung Indonesia (KUBI) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Bandung (PKMI-CB) dan Islamic Malaysian Association (IMAN) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha 1430 Hijrah. Majlis yang disambut secara beramai-ramai oleh pelajar Malaysia yang menuntut di Bandung ini adalah acara tahunan kali ke-3 dan telah dijalankan pada 27 November 2009 bersamaan 10 Zulhijah 1430 Hijrah.

Majlis pada tahun ini telah menerima kunjungan Yang Berhormat Dato’ Seri Shahidan Kassim serta delegasi dari Kelab UMNO Luar Negara. Pelajar Malaysia yang menuntut di Bandung berpeluang bersua muka dan beramah mesra dengan lebih dekat dengan tokoh politik yang terkenal dengan sifat mesra rakyat ini.

Majlis bermula pada jam 6 pagi di perkarangan Masjid Asyifa, Fakultas Kedokteran UNPAD bagi upacara Takbir dan Solat Aidiladha secara berjemaah. Pada majlis tersebut, bekas Mufti Besar Perlis, Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin telah khutbah sebagai mengenang peristiwa Qurban Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Majlis pada pagi tersebut berakhir sekitar jam 8 pagi dengan sesi fotografi dan pemberian ’duit raya’ kepada semua yang hadiri.

Usai majlis di As-Syifa, semua jemaah bergerak ke Puri Alpina, Jatinagor untuk upacara qurban pula. Sebanyak 13 ekor kambing dan 4 ekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini. Pelajar-pelajar telah bergotong-royong menyembelih, memotong dan memasak daging-daging tersebut untuk Majlis Makan Malam serta Ramah Mesra bersama YB Dato Seri Shahidan. Sebahagian besar daging yang lain diagihkan kepada fakir miskin di sekitar Jatinangor. YB Dato dengan berbesar hati memberikan ’duit raya’ berjumlah Rp 100,000 seorang kepada semua pelajar yang hadir pada Majlis Sambutan Aidil Adha tahun ini.

Majlis pada tahun ini memahat kenangan manis dan berharga kepada semua yang hadir terutamanya pelajar Malaysia di sini. Kami di Bandung merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian YB Dato serta delegasi berkunjung ke Bandung bagi menyertai dan menjayakan program ini.Dan yang menunaikan ibadah qurban pada tahun ini tiada harapan yang lebih besar dan bermakna selain mengharapkan qurban diterima di sisi Allah swt.Insyaallah.