Pada
12 Julai 2012, Khamis, Biro Agama Islam KUBI (BAIK) telah mengadakan satu
program iftar dalam bulan Syaaban sebagai satu program dalam Reminder For
Ramadan (REFORM) yang bertempat di Masjid Asy-Syifaa, Fakultas Kedokteran
UNPAD, Jatinangor.
Program ini bertujuan memberi
persediaan bagi para pelajar untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan disamping
merapatkan ukhwah sesama pelajar Muslim di Jatinangor.
Program ini dihadiri oleh pelajar
Muslim dari FK,FKG dan FF. Program ini dimulakan dengan kedatangan pelajar pada
jam 6.30 petang. Sesudah azan Magrib, para pelajar berbuka puasa dengan buah
tamar dan air minuman. Kemudian, solat Magrib secara berjemaah dan setelah itu
pelajar dihidang dengan menu utama.
Majlis diteruskan dengan solat Isya’
berjemaah dan sedikit pengisian ringkas oleh saudara Luqman tentang persediaan
menghadapi bulan Ramadan al-Mubarak. Majlis diakhiri dengan video promosi
menjelang Ramadan dan tamat sekitar jam 9.00malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan