Ahad, 26 Mei 2013
Organisasi KUBI 2012/2014
Rabu, 10 November 2010
Sambutan Hari Raya Aidiladha 2010/1431H

Khamis, 21 Oktober 2010
SHABERY CHEEK MENGUCAPKAN TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN BANDUNG GAMES 2010

Shabery Cheek menyifatkan Bandung Games 2010 sebagai berjaya dengan mengumpulkan lebih dari 2000 penyertaan dari kalangan pelajar Malaysia dan tempatan seluruh Indonesia.
Kata beliau lagi, BG10 ini boleh dijadikan sebagai platform untuk merapatkan lagi hubungan antara Indonesia dan Malaysia yang sebelum ini mengalami sedikit perselisihan pendapat mengenai beberapa isu semasa.
Beliau juga ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan dari Bandung kerana telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada acara BG10 ini.
Sabtu, 2 Oktober 2010
Laporan Majlis Iftar dan Sambutan Aidilfitri

Pada 30 September 2010, sebuah Majlis Iftar dan Sambutan Aidilfitri KUBI telah dianjurkan oleh Biro Agama Islam KUBI. Majlis berlangsung di Aula Bale 4, Bale Padjadjaran. Kelancaran majlis agak terganggu dengan ketiadaan elektrik di sepanjang UNPAD ketika itu namun majlis tetap diteruskan. Pengacara majlis Azrul Reesha bin Yassin bijak mengawal keadaan bagi menenangkan pelajar yang resah akibat ketiadaan bekalan elektrik
Seramai 230 orang menghadiri Majlis Iftar dan Sambutan Aidilfitri ini. Disebabkan ketiadaan elektrik, solat Maghrib dan Isyak ditunaikan di Masjid Ibnu Sina yang berdekatan. Walaupun suasan gelap, majlis tetap mendapat sambutan ramai pelajar.
Sebelum program berjalan, promosi untuk iftar puasa 6 telah dilancarkan bagi menggalakkan pelajar menjalani ibadah puasa enam bagi menunaikan sunnah nabi SAW.
Majlis makan malam diakhiri dengan ucapan daripada Pengerusi KUBI Mohd Farhan bin Saroni dan penyampaian hadiah bagi pertandingan pantun Aidilfitri yang dimenangi oleh Haikal Ambri bin Rosle. Majlis berakhir pada jam 8.30 malam.
Jumaat, 26 Mac 2010
MAJLIS PELANTIKAN DAN PENYERAHAN TUGAS KUBI SESI 2009/2011
Masa : 7.00 p.m – 10.00 p.m
Tempat : Aula Bersama Bale 4.
Setelah pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi KUBI pada Mesyuarat Agung Tahunan KUBI kali ke-14 yang lalu,kini KUBI telah menampilkan barisan baru pemegang pucuk pimpinan KUBI bagi sesi 2009/2011.Pada malam ini,setiap ahli jawatankuasa tertinggi baru telah diberikan mandat dengan simbolik penyampaian portfolio dan penyerahan tugas oleh pemegang jawatan lama bagi sesi 2007/2009 kepada pemegang jawatan baru sesi 2009/2011.
Majlis kali ini dipengerusikan oleh Ketua Penerangan dan Timbalan Ketua Penerangan yang baru iaitu Saudara Mohd Hairul Fitri Bin Mohhairi dan Saudara Tengku Iqbal Munawwir Bin Tengku Adnan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Muhammad Arif Bin Mohd Marsin. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Presiden KUBI bagi sesi baru iaitu Saudara Mohd Farhan Bin Saroni dan ucapan dari Presiden KUBI bagi sesi sebelumnya iaitu Saudara Mohd Feendi Bin Mohd Fauzi Yap.
Kemudian, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Ahli Majlis Tertinggi KUBI bagi sesi 2007/2009 serta sijil watikah pelantikan bagi Ahli Majlis Tertinggi KUBI bagi sesi 2009/2011. Acara kemuncak pada malam ini adalah simbolik penyerahan tugas dan portfolio kepada kesemua Ahli Majlis Tertinggi yang telah dilantik bagi sesi ini. Majlis pada malam ini diakhiri dengan sesi fotografi. Tahniah untuk semua yang telah dilantik.Semoga anda dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya.
Senarai baru Ahli Jawatankuasa Tertinggi KUBI sesi 2009/2011.
Ahli Jawatankuasa KUBI Sesi 2009/2011

Mohd Farhan bin Saroni
Timbalan Presiden:
Syed Muhammad Hafiz bin Syed Hassan
Setiausaha I:
Setiausaha II:
Siti Nur Illyyinna binti Ismail
Bendahari I:
Hairina binti Mazlan
Bendahari II:
Ain Izzati binti Khiruddin
Mohd Hairul Fitri bin Mohhairi
Pen. Ketua Penerangan:
Tengku Iqbal Munawwir bin Tengku Adnan
Juruaudit I:
Faridhil Atrash bin Sallehan
Juruaudit II:
Biro Agama & Kerohanian:
Exco: Muhammad Arif bin Mohd Marsin
Pen. Exco: Farhana binti Yem
Biro Sukan & Rekreasi:
Exco: Adi Syazwan bin Jamil
Pen. Exco: Muhammad Noor Arrazeen bin Nor Hisham
Biro Akademik & Intektual:
Pen. Exco: Nurul Farhanah binti Baharudin
Biro Informasi, Penerbitan & Dokumentasi:
Exco: Farah Liyana binti Musman
Pen. Exco: Muhammad 'Azizul 'Azim bin Maliki
Biro Kebajikan & Tugas-tugas Khas:
Pen. Exco: Azrul Reesha bin Yassin
Biro Kesenian & Kebudayaan:
Exco: Maisara binti Mahadi
Pen. Exco: Muhammad Hasif bin Mohamed Ali
Rabu, 10 Mac 2010
LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KUBI KALI KE-14
Hari : Ahad, 07 Mac 2010
Masa : 7.45 pagi – 3.15 petang
Tempat : Hotel Puri Khatulistiwa, Jatinangor,
Acara kemudian diteruskan lagi dengan pencalonan dan pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi KUBI bagi sesi 2009/2011. Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Tertinggi KUBI yang telah dipilh pada mesyuarat kali ini.
Presiden : Mohd Farhan Bin Saroni
Timbalan Presiden : Syed Muhammad Hafiz Bin Syed Hassan
Ahli Jawatankuasa : Muhammad Hafiz Asshaarani Bin Mohd Amin
Abdul Qayyum Bin Abdul Rahim
Siti Nur Illyyinna Binti Ismail
Muhammad Arif Bin Mohd Marsin
Hairina Binti Mazlan
Hairul Fitri Bin Mohairi
Sabtu, 6 Mac 2010
Annual Grand Meeting (AGM) KUBI 2010

Kepada semua ahli KUBI, anda semua dijemput untuk sama-sama hadir ke Annual Grand Meeting KUBI 2010.
Berikut adalah butiran lanjut mengenai AGM KUBI 2010:
Tarikh : 07 Mac 2010
Hari : Ahad
Tempat : Hotel Puri Khatulistiwa, Jatinangor
Masa : 7.45 pagi - 3.00 petang
Kod Pakaian : Semi formal, berkasut (tidak memakai jeans)
Masa depan KUBI terletak di tangan kita.
Jom meriahkan majlis dengan kehadiran anda. Saatnya meluahkan buah pikiran, idea, pandangan dan teguran.
Jumpa disana kawan-kawan!!
Ahad, 29 November 2009
Sambutan Hari Raya Aidiladha: "Qurban Pesona Taqwa"
Dengan bertemakan Qurban Pesona Taqwa, Kelab UMNO Bandung Indonesia (KUBI) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Bandung (PKMI-CB) dan Islamic Malaysian Association (IMAN) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha 1430 Hijrah. Majlis yang disambut secara beramai-ramai oleh pelajar Malaysia yang menuntut di Bandung ini adalah acara tahunan kali ke-3 dan telah dijalankan pada 27 November 2009 bersamaan 10 Zulhijah 1430 Hijrah.
Rabu, 25 November 2009
Malam Perdana bersama YAB Tan Sri Dato' Sri Muhyiddin Mohd Yassin
Satu jamuan makan malam yang diberi nama Malam Perdana bersama YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin telah berlangsung dengan jayanya pada 21 November 2009, Sabtu lalu.Majlis makan malam yang dihadiri kira-kira 540 orang tetamu ini merupakan kesinambungan dan kemuncak Tan Sri Muhyiddin Golf Charity(TSM GC) Bandung Classic 2009 yang telah berlangsung pada 19 hingga 21 November yang lalu.Jemputan terdiri daripada 11 orang pengerusi Kelab UMNO Luar Negara (KULN) se-Indonesia,pelajar dari Universitas Padjajadran serta Institut Teknologi Bandung serta peserta TSM GC sendiri.
Isnin, 26 Oktober 2009
Pelancaran Rakan Muda Bandung 2009
Seramai 200 orang pelajar telah dipilih bagi menghadiri Majlis Makan Tengahari dan Ramah Mesra bersama YB. Dato’ Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Belia dan Sukan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara & Kelab UMNO Luar Negara
Majlis pada tengahari itu adalah kesinambungan Program Bakti Sosial Jatinangor 2009 yang dijalankan sebelumnya.Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan diakhiri dengan sesi fotografi kenang-kenangan.Pada majlis tersebut, YB. Dato’ turut mempersembahkan bakatnya dalam nyanyian karoake dan mendapat pujian dari pelajar-pelajar yang datang.
Selain beramah mesra dan berkenalan lebih dekat dengan YB. Dato, pelajar turut didedahkan dengan maklumat dan informasi berkenaan Program ’Rakan Muda’ IPT yang akan dijalankan di seluruh dunia tidak lama lagi.Sebagai simbolik pelancaran dan penubuhan Rakan Muda Bandung 2009, YB. Dato telah menyerahkan cek bantuan penubuhan kepada Datuk Dr, Junaidy bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia dan barang promosi ’Rakan Muda ’ IPT kepada Saudara Mohd Feendi.
Pihak KUBI amat berbesar hati atas kesudian YB Dato hadir dan melancarkan ’Program Muda IPT’ di sini kerana seperti yang dinyatakan sebelumnya Bandung adalah lokasi pertama program ini dilancarkan di luar negara.Selain itu juga, YB Dato’ turut mengumumkan bahwa Kementerian Belia dan Sukan juga akan memulakan kejohanan sukan khas bagi pelajar-pelajar Malaysia di seluruh Indonesia dengan mengadakan kejohanan sukan terbesar 'Bandung Games' yang akan mengumpulkan pelajar di sini setiap tahun.Semoga program ini dapat menyuntik motivasi dan semangat ’YAKIN BOLEH GEMILANG’ kepada semua ahli di mana sahaja kita berada, di Bandung khasnya.
Rabu, 14 Oktober 2009
MAISEN: Tayangan Perdana Filem Pendek & Malam Kemuncak

Malam yang dinanti-nantikan kini telah tiba. 4 filem pendek akan dipertaruhkan pada malam Tayangan Perdana Filem Pendek MAISEN 2009. Acara yang bakal berlangsung pada 15 Oktober 2009 di A.5 Teater akan menayangkan semua filem pendek yang bertanding. Jangan lupa untuk datang beramai-ramai bagi memberi sokongan kepada semua filem pendek yang bertanding kerana pada malam tersebut para penonton akan diberikan kuasa untuk memilih filem pendek mana yang layak untuk merangkul Anugerah Pilihan Penonton. Jadi, jangan ketinggalan untuk turut serta pada malam tersebut kerana anda semestinya mahu melihat filem pendek kegemaran anda menang.
Siapa yang bakal dinobatkan Pelakon Lelaki & Wanita Terbaik? Siapa pula yang akan merangkul gelaran Pengarah Terbaik? Filem pendek manakah yang akan bergelar Filem Pendek Terbaik MAISEN 2009? Untuk mengetahui bakal pemenangnya, jangan lupa untuk menghadirkan diri ke Malam Kemuncak MAISEN 2009 yang akan berlangsung pada 16 Oktober 2009 bertempat di A.5 Teater FK UNPAD. Acara gilang-gemilang ini akan turut mempersembahkan pelbagai anugerah lain iaitu, Arca Terbaik, Lirik Lagu Terbaik, Penulisan Puisi Terbaik dan Foto Terbaik. Marilah beramai-ramai untuk memeriahkan lagi acara ini.
= EMOSI, EKSPRESI, SENI =
Khamis, 24 September 2009
Salam Aidilfitri 1430H
Salam Aidilfitri 1430 Hijrah,Maaf Zahir dan Batin dari semua Ahli Jawatankuasa Kelab UMNO Bandung Indonesia(KUBI) Sesi 2007/2009 kepada keluarga besar KUBI tak kira di mana anda berada serta semua yang sudi singgah di blog kami.Moga Syawal kali ini memberi seribu makna kepada kita semua.Andai ada kesalahan dan kesilapan dari pihak kami, pohon ampun dan maaf.Kepada yang tak berkesempatan pulang meraikan Aidilfitri di tanah air, salam perantauan kami ucapkan.Insyaallah, tahun depan boleh balik ke kampung halaman.
Akhir kata, selamat menyambut hari raya.Minal a'dilwal faizin, maaf zahir & batin.
Wallahu'alam
Selasa, 8 September 2009
Amarah & Pesanan!
1. Sekarang media di Indonesia sedang memainkan isu-isu tentang tarian pendet dan lain-lain isu lama. Sedikit sebanyak telah mempengaruhi rakyatnya dan juga para mahasiswa Indonesia. Setakat ini ada 2 demontrasi dianjurkan oleh mahasiswa Indonesia, iaitu di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan di Fakultas Kedokteran di UGM, Jogjakarta.
2. Sebagai langkah berjaga-jaga, semua mahasiswa di nasihatkan agar:
1. Melaporkan segera kepada saya atau pegawai kedutaan jika ada demontrasi ditempat pelajar.
2. Menjauhi daripada kumpulan yang mengadakan demontrasi dan jangan sekali-kali membuat provokasi terhadap mereka.
3. Jangan terlibat dalam penulisan atau memberi komen-komen dalam mana-mana halaman blog, facebook atau email. Jangan sekali-kali menulis surat-surat layang kepada mana-mana akhbar di Indonesia atau di Malaysia. Para pelajar harus mendapatkan maklumat terus daripada saya sekiranya ada pemasalahan.
4. Mengelakkan daripada mengadakan program outdoor kecuali mendapat kelulusan JPMI.
5. Pemimpin pelajar perlu berjumpa dengan Dekan atau Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) setiap masa untuk meminta bantuan sekiranya perlu. Pihak JPMI juga berhubung dengan mereka.
6. Sekiranya diancam dan dalam keadaan bahaya, laporkan segera kepada saya atau pegawai kedutaan dan juga kepada pegawai Universiti dan polis setempat.
3. Pemimpin PKPMI dan Kelab UMNO harus mempunyai data lengakap ahli-ahli masing-masing seperti no HP dan lokasi tempat tinggal ahli-ahli. Setiap tempat tinggal ahli, perlu ada wakil yang boleh dihubungi pada setiap masa.
4. Sekiranya ada pemasalahan, sila berhubung dengan saya di no HP 081808811111 atau Pak Azman (Warden) +6287877023257.
Sila maklumkan kepada semua ahli PKPMI dan Kelab UMNO.
Dr Junaidy Abu Bakar
Pengarah
Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia (MSD)
Kedutaan Besar di Indonesia
Jakarta. Indonesia.
+62 81 80 88 11111
Selamat Datang
Selamat datang diucapkan kepada semua adik angkatan 2009 yang baru menjejakkan kaki ke bumi Jatinangor.Kata orang Sunda-Wilujeng Sumping.Selamat bergabung bersama kami, keluarga besar Kelab UMNO Bandung Indonesia.Semoga kedatangan adik-adik akan memeriahkan lagi keluarga besar KUBI pada masa akan datang.Insyaallah.Dikesempatan ini juga,KUBI ingin memperingatkan adik-adik agar melengkapkan borang keahlian KUBI yang telah diedarkan pada malam pengenalan KUBI kelmarin.Diharap borang serta yuran keahlian kelab dapat diserahkan sebelum 12 September kepada pihak KUBI.
Tak lama lagi, kita akan menyambut Aidilfitri.Di kesempatan ini, KUBI ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 H dan Maaf Zahir & Batin.Wassalam.
Selasa, 28 Julai 2009
PSB09:Senarai Nama Berdasarkan Acara
PENDIDIKAN
Ketua :Fahkrul Radzi Bin Ahmad Zubir
AJK :1.Khairul Hafidz AlKhair bin Khairul Amin
2.Adi bin Nordin
3.Muslihah Binti Zainon
4.Nursyifa binti Abdullah
5.Nurul Nadiah binti Zulkifli
6.Noor Ashikin binti Abdul Hamid
7.Nor Idyani Bt Abdul Rashid
8.Farizan binti Che Kob
9. Najiha Binti Jalil
10.Farhana Bt Yem
11.Siti Nur Illyyinna Binti Ismail
12. Khairunnisa Binti Md Zain
13. Khairul Anwar Adan
14. Muhammad Zaki Bin Hj Alwi
15. Noor Aqilah Binti Mohd Tamyes
16. Anis Binti Mohd Anuar
17. Huda Basuri
18. Abdul Syukur Bin Abdul Rahim
19. Mazni Al Zafran Bin Jani
20. Mohamad Ashraf
21. Afiq Fikri Bin Azmi
22. Nur Azuriah Bt Abidin
23. Noor Adlin Binti Hamzah
24. Norfarhana Binti Azahri
25. Nursyafiqah Binti Mohd Norazi
KESIHATAN
Ketua :Mohd Feendi bin Mohd Fauzi Yap
ZON I:DUN KUBANG ROTAN(MERAH)
Ketua :Fatin Amirah binti Zainutdin
Peserta :1. Siti Tahirah Binti Mahmud
2. Nurliyana Binti Amran
3. Zazarida
4. Nur Niswaniyy Binti Zainal Abidin
5. Nur Izzaty Nadia Binti Mohd Ariffin
6. Ahmad Naqiuddin Bin Mohamed
7. Muhammad Nazzierul Syazwan Bin Mohd Nasir
8. Mohd Hafiz Bin Idrus
9. Nurul Nadiah Binti Razali
10.Mohd Farhan Bin Saroni
11.Hairina Binti Mazlan
12. Nurul Mawaddah Binti Zainuddin
13. Inahja Binti Abd Jalil
14. Fathiah Binti Ab Raman
15. Nor Hasanah Binti Mohd Zaki
16. Hawa Alia Binti Hasan
17. Aishah Binti Jalil
18. Athirah Baharuddin
19. Nuraina Mardhiah binti Nordin
20. Aznan Bin Abdullah
21. Aiman bin Roslim
ZON II:DUN PENGKALAN KUNDUR(BIRU)
Ketua : Siti Nurhafizah Binti Saharudin
Peserta : 1.Norizan Haji Azizan
2. Syed Azlan Bin Syed Omar
3. Shahrir Bin Suhaimi
4. Nik Hani Binti Nik Sallahuddin
5. Ahmad Zulfahmi Bin Kamaruzaman
6. Ali Luthfi Bin Mohd Nafis
7. Siti Nor Asiah Binti Abdul Ghani
8. Faridzatul Azna Binti Saroni
9. Nazmina Azhana Binti Azih
10. Normadihah Binti Mohd Zolkifli
11. Siti Aisyah Binti Zakariah
12. Noor Sahida Binti Ishak
13. Intan Fazreen Binti Ismail
14. Nur Faizah Binti Harun
15. Wan Noor Amirah
16. Sara Azreen Binti Azizul Rahman
17. Sarah Binti Masrukin
18. Nurul Sakinah
19. Mohamad Hafizi Bin Muid
20. Mohamad Faisal Bin Hanafi
21. Nur Ashikin binti Razali
ZON III:DUN ANAK BUKIT(HIJAU)
Ketua : Muhammad Hanif bin Abu Siroh
Peserta :1.Adib Mursyidi Bin Iskandar Mirza
2. Mohd Arif Bin Mohd Marsin
3. Muhammad Sadiq Bin Naman
4. Raja Muhammad Fadhlan Bin Raja Rosly
5. Haliza Syamimi Binti Abdull Hallim
6. Rubiatun Aduwiyah Binti Ibrahim
7. Noor Ashikin Binti Mohd Sidik
8. Noorhayati Binti Mohamad Nadzir
9. Nor Syazliana Binti Mohd Din
10. Nur Tilawati Binti Ramli
11. Farah Wahidah Binti Sazali
12. Nor Saadah Binti Redzwan
13. Wan Nurul Nadia Binti Wan Seman
14. Rozila Binti Razali
15. Ahmad Fariduddin Bin Abd Mubi
16. Zuhratun Nazihah Binti Khairul Kamal
17. Nuraini
18. Abdul Aziz Bin Yusof
19. Kalam Azad Bin Ayub
20. Nurhidayah Binti Yahya
Khamis, 23 Julai 2009
Malam Inspirasi Seni (MAISEN) 2009
Bertemakan "Emosi, Ekspresi, Seni", Kelab UMNO Bandung (KUBI) dan PKPMI Cawangan Bandung telah menganjurkan Malam Inspirasi Seni atau lebih dikenali dengan MAISEN buat julung-julung kalinya. Acara ini telah pun bermula dan akan berlangsung sepanjang bulan Mei sehingga bulan Oktober 2009.
Dengan objektif untuk mengetengahkan bakat-bakat para pelajar Malaysia, beberapa pertandingan telah diadakan, iaitu:
- FILEM PENDEK
- PUISI
- LIRIK LAGU
- ARCA
- FOTOGRAFI
Kesemua karya-karya akan diadili oleh para juri profesional. Selain itu, setiap pertandingan yang dianjurkan menawarkan hadiah-hadiah yang cukup lumayan, iaitu hadiah wang tunai bernilai IDR 500,000.
Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua angkatan. Jadi kepada sesiapa yang masih berminat untuk menyertai pertandingan-pertandingan di atas, boleh menghubungi wakil angkatan masing-masing kerana penyertaan masih lagi dibuka sehingga satu tarikh yang akan diumumkan nanti. Kepada yang telah menghantarkan borang penyertaan, ingin diingatkan bahawa tarikh terakhir untuk menghantar karya masing-masing adalah 2 Oktober 2009.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang syarat-syarat penyertaan serta wakil-wakil angkatan yang boleh dihubungi atau mempunyai soalan berkenaan dengan MAISEN 2009, bolehlah melawat blog MAISEN di http://maisen09.blogspot.com/
Jadi, tunggu apa lagi? Hubungilah wakil-wakil angkatan anda dan mari kita bersama-sama memeriahkan lagi MAISEN 2009. Ekspresikan emosi anda dengan seni...
Kita jumpa di malam kemuncak MAISEN 2009 pada 17 Oktober nanti!!!
= EMOSI, EKSPRESI, SENI =
PSB 09:Senarai Nama Peserta (PENUH)
Berikut adalah senarai peserta yang akan menyertai PSB 09.Nama-nama adalah seperti berikut:

+Click pada image utk melihat senarai name lebih jelas+Harap maklum.Sebarang kesulitan,sila maklumkan kepada Mohd Hafiz bin Idrus bagi peserta dari Bandung.Kepada peserta dari kelab lain, sila maklumkan kepada Presiden Kelab masing-masing atau emailkan kepada bpn_umnoindonesia@yahoo.com.
Sebarang kesulitan amat dikesali.
Selasa, 21 Julai 2009
PSB 09:Senarai Barang Keperluan
SENARAI KEPERLUAN UMUM
- ‘Lab Coat’
- Pakaian Sukan (baju, seluar, kasut)
- Pakaian Formal (baju batik, baju kurung, baju kemeja, kasut, sarung kaki)
- Pakaian Tidak Formal
- Pakaian Tidur
- Peralatan Solat
- Peralatan Mandi
- Alat tulis
- Ubat-ubatan
- Stetoskop (bagi yang ada)
- Sphygmomanometer (bagi yang ada)
- Sandal
Senarai Keperluan Terperinci (Mengikut Hari)
Hari Pertama-Pelepasan dari PWTC
1. T-shirt program
2. Seluar slack (jeans tidak dibenarkan)
3. Kasut
4. Ubat-ubatan
2. Seluar slack
3. Kasut
4. Baju kurung
5. Baju batik
6. Ubat-ubatan
2. Seluar slack/jeans/sukan
3. Ubat-ubatan
4. Sphygmomanometer
5. Stetoskop
6. ‘Lab Coat’
PSB 09:Tentatif Program
Perhatian kepada semua peserta PSB08,berikut adalah tentatif program makluman kalian semua.Tentatif boleh dimuat turun dari folder E-sharing di sidebar blog.
+Click pada image untuk melihat lebih jelas+Kolum yang diwarnakan adalah program yang wajib disertai oleh semua peserta.Harap maklum.


