Isnin, 4 Oktober 2010

Bantu tangkis tohmahan.

SEREMBAN - Seramai 10,000 pelajar Indonesia yang melanjutkan pengajian di negara ini diminta menangkis tohmahan pihak-pihak tertentu yang cuba mengeruhkan hubungan baik Malaysia-Indonesia apabila pulang ke negara asal mereka kelak.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, golongan itu diharap dapat menceritakan keadaan yang sebenar berhubung layanan baik yang diterima mereka di negara ini, sama ada yang datang melanjutkan pengajian atau untuk mencari rezeki.

"Kita minta agar kumpulan berpengetahuan (pelajar Indonesia) ini untuk mencorakkan hubungan baik kita dengan Indonesia apabila mereka pulang ke tanah air mereka.

"Mereka ini boleh menceritakan perkara sebenar apa yang berlaku di sini. Jangan biarkan segelintir kumpulan tepi jalan yang mencorakkan atau menjejaskan hubungan baik antara kedua-dua negara ini yang sudah lama terjalin," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penutup Ekspo Inovasi Islam 2010 (i-INOVA'10) anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Stadium Tertutup Nilai, dekat sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata demikian bagi mengulas tindakan provokatif sekumpulan rakyat Indonesia yang mengadakan demonstrasi di depan Kedutaan Malaysia sejak beberapa minggu lalu.

Penunjuk perasaan terbabit sebelum ini pernah bertindak melampau dengan membakar bendera Malaysia dan melemparkan najis ke arah Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Mohamed Khaled menjelaskan, kementerian memberi jaminan penuh terhadap keselamatan pelajar Indonesia di negara ini walaupun isu ini agak menyentuh perasaan masyarakat di negara ini.

"Saya boleh memberi menjamin bahawa keselamatan pelajar Indonesia di sini tidak akan terjejas dan kita sentiasa memantau perkara ini termasuk keselamatan pelajar kita di sana," katanya.

Ketika ditanya keselamatan pelajar Malaysia di Indonesia, beliau menjelaskan, sehingga hari ini tiada ancaman keselamatan dilaporkan terhadap mereka yang berjumlah kira-kira 6,000 orang sejak siri demonstrasi dilancarkan bulan lalu.

"Bagaimanapun, saya ingin menasihatkan pelajar kita di sana agar lebih berhati-hati dan tidak bertindak sebarangan sehingga boleh mencetuskan insiden yang tidak diingini," ujarnya.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0929&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm&arc=hive

Sabtu, 2 Oktober 2010

Laporan Majlis Iftar dan Sambutan Aidilfitri


Pada 30 September 2010, sebuah Majlis Iftar dan Sambutan Aidilfitri KUBI telah dianjurkan oleh Biro Agama Islam KUBI. Majlis berlangsung di Aula Bale 4, Bale Padjadjaran. Kelancaran majlis agak terganggu dengan ketiadaan elektrik di sepanjang UNPAD ketika itu namun majlis tetap diteruskan. Pengacara majlis Azrul Reesha bin Yassin bijak mengawal keadaan bagi menenangkan pelajar yang resah akibat ketiadaan bekalan elektrik

Seramai 230 orang menghadiri Majlis Iftar dan Sambutan Aidilfitri ini. Disebabkan ketiadaan elektrik, solat Maghrib dan Isyak ditunaikan di Masjid Ibnu Sina yang berdekatan. Walaupun suasan gelap, majlis tetap mendapat sambutan ramai pelajar.

Sebelum program berjalan, promosi untuk iftar puasa 6 telah dilancarkan bagi menggalakkan pelajar menjalani ibadah puasa enam bagi menunaikan sunnah nabi SAW.

Majlis makan malam diakhiri dengan ucapan daripada Pengerusi KUBI Mohd Farhan bin Saroni dan penyampaian hadiah bagi pertandingan pantun Aidilfitri yang dimenangi oleh Haikal Ambri bin Rosle. Majlis berakhir pada jam 8.30 malam.

Isnin, 26 April 2010

Laporan Sifat Solat Nabi 2010 The Return


Hari: Khamis, 22 April 2010

Masa: 6.00 malam hingga 10.30 malam

Tempat: Bale 4

Peserta: 50 orang

OBJEKTIF

· Mempelajari kaedah wudhu’ dan solat mengikut tatacara Nabi Muhammad s.a.w

· Mempraktik kaedah wudhu’ dan solat sesuai dengan cara yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.

AGENDA

· Program dimulakan seusai solat mahgrib berjemaah dengan sesi pengenalan kepada sifat wudhu’ dan solat Nabi s.a.w. dan diikuti dengan:

· Penerangan tentang bersuci Nabi s.aw berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

· Penerangan tentang sifat solat Nabi s.a.w berdasarkan Al-Quran da As-Sunnah.

· Demostrasi cara-cara wudhu’ dan solat nabi oleh para fesi.

· Peserta mempraktik kaedah-kaedah tersebut dengan bantuan fesi-fesi terlatih.

· Program ini berakhir kira-kira pada jam 10.30 malam.


Alhamdulillah,secara keseluruhan program sifat solat nabi the return ini telah berjalan dengan lancarnya dan telah mencapai matlamat yang disasarkan walaupun masa yang agak terbatas. Semoga sunnah Rasulullah s.a.w dapat kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

Ahad, 25 April 2010

Seminar Comparative Religion (COMREL)

Biro Agama dan Kerohanian KUBI (BAIK) akan mengadakan Seminar Perbandingan Agama atau lebih dikenali dengan nama Comparative Religion (COMREL) pada 30 April sehingga 2 Mei 2010 ini. Seminar ini adalah yang kedua kaliya diadakan selepas seminar yang diadakan pada tahun lepas.

Klik gambar untuk maklumat lanjut

Seminar pada tahun akan disertai oleh dua orang penceramah yang tidak asing dalam bidang perbandingan agama iaitu Brother Lim Jooi Soon, Penasihat PERKIM Cawangan Ampang dan Brother Shah Kirit bin Kakulal Govindji, Pengurus Saba Islamic Media.

Berikut adalah tentatif sepanjang 3 hari seminar ini:

Klik gambar untuk maklumat lanjut

Marilah kita bersama-sama menyertai seminar ini dan semoga dengan adanya seminar ini, kita semua dapat memahami antara satu sama lain dengan lebih baik, insya-Allah.

Sabtu, 10 April 2010

LAPORAN KUBI SUPER CUP 2010

Hari : 23, 24 Mac dan 3 April 2010

Masa : 7.30 pagi - selesai

Tempat : Lapangan Futsal PEDCA

Sebanyak 14 pasukan telah berentap untuk meraih gelaran juara pada KUBI Super Cup kali ini. Pasukan-pasukan ini yang terdiri daripada 11 pasukan futsal lelaki dan 3 pasukan futsal wanita telah mempamerkan persembahan yang bertenaga dan semangat kesukanan yang tinggi demi mencapai cita-cita mereka bergelar juara.

Setiap pasukan telah diundi untuk dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Kumpulan A, Kumpulan B dan Kumpulan C dimana Kumpulan A dan Kumpulan B terdiri daripada pasukan lelaki manakala Kumpulan C terdiri daripada pasukan wanita.Bagi pengetahuan semua, seperti Super Cup yang lalu, KUBI Super Cup kali ini turut menggunakan sistem permainan secara liga. Berikut adalah senarai kumpulan setelah undian.

Liga Lelaki

Kumpulan A

Kumpulan B

The Contenders

The Putih

Bidor FC

Last Kopek

XY

Impreza

Cikgu Sulizi Gomo

Kapperz

CGC

Goa Boys


Thundercocks

Liga Wanita

Kumpulan C

3R

Vital

Athletico Muslimah


Keputusan pertandingan adalah seperti berikut.

Liga lelaki

Semifinal 1 : CGC (0) vs (2) Impreza

Semifinal 2 : Last Kopek (4) vs (2) Bidor FC

Final : Impreza (0) vs (0) Last Kopek (menang penalty 3-2)

Penjaring terbanyak : Namkhabir (Bidor FC) – 8 gol

Johan: Last Kopek


Naib Johan: Impreza

Penjaring terbanyak : Namkhabir (Bidor FC) – 8 gol

Liga Wanita

Final : Juara – 3R

Naib Juara – Vital

Ke-3 – Athletico Muslimah

Penjaring terbanyak : Idzyan (3R) – 1 gol

Juara – 3R

Naib Juara – Vital

Penjaring Terbanyak: Izyan (3R)

Diharapkan supaya pertandingan seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang dan mendapat sokongan daripada semua pihak.