Khamis, 12 Mac 2009

INTERNSHIP? APA TU?


Kita semua sering disogokkan dengan cerita-cerita indah atau mimpi-mimpi ngeri ketika di 'internship' atau lebih dikenali dengan 'housemanship'. Tetapi, apa maksud sebenar 'internship' itu sendiri? Kita sendiri pun tidak mengetahuinya...
Jadi, kami di sini ingin berkongsi sedikit info mengenai program yang telah diwartakan di bawah Akta Perubatan 1971 ini.

Internship adalah suatu latihan praktikal yang diawasi SETELAH memperoleh ijazah perubatan. Seksyen 13(2) Akta Perubatan 1971 telah menetapkan graduan-graduan baru haruslah mengikuti latihan lanjutan bagi memantapkan lagi pengalaman sebagai seorang pegawai perubatan. Program ini dijalankan selama dua tahun dengan melibatkan 6 bahagian. Dalam erti kata lainnya, tempoh 4 bulan bagi setiap bahagian dengan cuti selama 7 hari didalamnya.

Enam bahagian ini meliputi jabatan surgery, orthopedics, medicine, pediatrics, obstetrics & gynecology dan anesthetics & emergency.

Tujuan diterapkan latihan 'internship' ini adalah untuk mendidik bakal-bakal doktor dalam suasana pembelajaran yang berbaur pengalaman, yang tidak hanya akan membuahkan pengetahuan yang bersesuaian, skil serta pengalaman tetapi juga membentuk sahsiah etika yang mulia. Kini, terdapat 32 buah hospital di Malaysia yang terlibat dengan program latihan ini.

Berdasarkan Akta Perubatan 1971, Badan Kelayakan Perubatan telah menetapkan:
  1. Jawatankuasa Latihan 'Houseman' berkuasa dalam penempatan bahagian (disiplin) anda.
  2. Anda akan dibenarkan meneruskan disiplin berikutnya jika hanya penyelia berpuas hati dengan pengetahuan, skil, kemampuan dan etika anda di bahagian tersebut.
  3. Jawatankuasa memiliki hak untuk melanjutkan tempoh latihan anda.
  4. Jika anda tidak memenuhi semua atau salah satu keperluan latihan, maka dengan bahagianya anda tidaklah layak untuk mendapat "lesen besar" yang dicita.
  5. 3 tahun adalah had untuk latihan 'internship'. Jika anda gagal untuk menyelesaikannya, maka anda juga gagal untuk 'full registration'. Bagi permasalahan sebegini haruslah merayu kepada 'Board' melalui jawatankuasa yang berkuasa.

Selasa, 10 Mac 2009

Bulan Kesenian Islam:AMAZING RACE

MENCABAR tapi MERIAH! Itulah kata-kata yang dapat menggambarkan suasana semasa pertandingan AMAZING RACE sempena Bulan Kesenian Islam yang telah berlangsung pada 7 Mac lalu yang bertempat di sekitar FK UNPAD. 10 pasukan yang terdiri daripada wakil hampir setiap angkatan berentap untuk mendapat gelaran JUARA pertandingan ini.

Semua pasukan ditugaskan untuk ke 10 buah checkpoint yang setiap satunya mengandungi tugasan fizikal dan mental yang mencabar. Setiap tugasan haruslah disiapkan untuk mendapat klu yang seterusnya yang akan membwa mereka ke checkpoint yang lain. Berikut adalah 10 checkpoint yang harus dikunjungi oleh setiap pasukan:
  1. Kolam FK: TEKA LAGU
  2. Rock Climbing: KERETA API
  3. Hadapan Bangunan A4: RAINY HANDS
  4. Surau As-Syifa': SANDWICH BOLA
  5. Tempat Parking Motor FK: SNOW IN UNPAD
  6. Bangunan A5: TENG-TENG
  7. Bangunan A2: BOWLING
  8. Belakang Bangunan A4: TITIAN GENTING
  9. Bangunan PADMA Lama: SPIDER-WEB
  10. Roundbout FK: SEIRING SEJALAN












Pelbagai ragam dan aksi melucukan dari p
ara peserta dapat dilihat sepanjang 'race' ini. Semuanya dilakukan demi menyiapkan tugasan yang diberikan di setiap checkpoint. Setelah menyiapkan tugasan di semua checkpoint, setiap pasukan haruslah menyebut 'keyword', iaitu tema Bulan Kesenian Islam. Apakah temanya?(adakah anda mengetahuinya?)













Walaupun kepenatan, semua pasukan dapat berseronok dan yang paling penting, dapat menambah ilmu pengetahuan dan pada masa yang sama dapat merapatkan lagi ukhwah yang terjalin. Pemenangnya? Nantikan sewaktu MAKSIM '09 pada 29 Mac ini.


=KEINDAHAN DALAM KEREDHAAN=

Sabtu, 7 Mac 2009

Bulan Kesenian Islam:DEKLAMASI PUISI


"berilah aku kegagahan ya RABBI,
teguhkan tiang niat ini,
agar sentiasa berakarkan bumi,
dan berbumbungkan langit kenyataan,
dalam meneruskan perjalanan intifada..."



"entah...

mungkin...
semuanya bermusim...
cintaku pada isim
hanya nama tiada berjisim...
aku mengejar cinta yang bermukim
pada suatu daerah yang kukirim..."


Hati mana yang tidak luruh apabila mendengarkannya, hati mana yang tidak terpaut pabila menghayati bait-bait puisi yang telah disampaikan oleh 9 orang peserta pertandingan DEKLAMASI PUISI yang telah diadakan pada 4 Mac lalu di A.3.3 Fakultas Kedokteran UNPAD sempena Bulan Kesenian Islam.

Setiap bait puisi yang disampaikan, adakah sampai ke hati para penonton? Itulah antara kriteria yang mampu menjadikan satu puisi itu satu puisi yang bagus. Penyampaian dan persembahan yang bukan saja dapat memikat hati para hakim, tetapi mampu menambat hati para penonton juga merupakan nilai yang menjadikan sebuat puisi itu satu puisi yang bagus. Bak kata salah seorang hakim pada malam itu, "kalau nak marah, marah je... tak payah nak tahan-tahan."

Jadi, siapakah yang akan bergelar JUARA pertandingan DEKLAMASI PUISI ini? Nantikan keputusannya yang akan diumumkan sewaktu MAKSIM '09 pada 29 MAC ini. Sama-sama kita nantikan debarannya...

=KEINDAHAN DALAM KEREDHAAN=

Rabu, 4 Mac 2009

Bulan Kesenian Islam:PERINGATAN


PERHATIAN! Kepada sesiapa yang ingin menyertai Pertandingan KHAT @ CERPEN sempena Bulan Kesenian Islam anjuran Biro Agama dan Kerohanian KUBI dengan kerjasama Biro Kesenian dan Kebudayaan KUBI, tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 MAC 2009 ini.

Kepada sesiapa yang berminat, penyertaan dan karya boleh dihantarkan kepada saudari Siti Tahirah binti Mahmud (FK 06).

Serlahkan kreativiti dan bakat anda dalam dunia penulisan. Buktikan anda juga mampu menghasilkan karya yang menarik setanding penulis ternama yang lain.
=KEINDAHAN DALAM KEREDHAAN=

Selasa, 3 Mac 2009

Update:Liga Futsal Minggu ke-2

Hebat & Gamat. Itulah kata-kata yang dapat digambarkan pada Liga Futsal Minggu ke-2 Ahad yang lalu. Penyokong terus berada di belakang team pilihan masing-masing. Pemain terus mempamerkan persembahan bertenaga. Dan sorakan terus menghiasi GOR PAKUAN UNPAD. Suasana setiap minggu meriah dengan semangat kesukanan pelajar Malaysia di Jatinangor.

Adat perlawanan, ada yang menguasai perlawanan dan ada yang kecundang. Yang menang pasti berasa puas atas persembahan yang dipamerkan. Yang kalah, ini bukanlah pengakhiran suatu perjuangan. Semoga semangat pemain terus menghias gelanggang futsal di perlawanan akan datang.

Berikut adalah keputusan LIga Futsal Minggu ke-2 yang ditunggu-tunggu:

LELAKI:

Moucha Jr vs Lack Finding:3-3
Joga Bonito vs Syalira:1-0
XY vs Azzuran:2-1
The Putih vs Dravidians:4-4
Mulana vs Super Pets:4-1
Lack Finding vs Syalira:1-0
Cikuda vs XY:5-2

PEREMPUAN:
DRG vs Athletico Muslimah:0-0
3R vs Flaming Stars:1-0

Blog KUBI akan diupdate setiap kali berakhir LIGA FUTSAL. Teruskan update keputusan & senarai perlawanan di blog kami. Terima kasih atas sokongan anda.
=Bersama Membentuk Gaya Hidup Sihat=