Pada 15 Julai 2012, Biro Agama Islam
KUBI, telah mengadakan satu seminar yang bertajuk SILAT yang bertempat di A5,
Fakultas Kedokteran UNPAD. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada
jam 3.00 petang. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak 7000Rp.
Dimulai dengan pengedaran makanan
untuk sarapan pagi pada jam 8.00. Majlis bermula tepat jam 9.00pagi dan telah
dipengerusikan oleh saudara Aiman Hasnizul. Seminar ini mempunyai 3 slot. Slot
pertama berkaitan dengan tajuk Syiah yang disampaikan oleh saudara Fakrulrazi dan
diselit dengan beberapa video. Pada jam 11.15 pagi, slot kedua berkaitan Islam
Liberal telah diberikan oleh saudara Akmal dan berakhir pada jam 12.15
tengahari.
Seterusnya, peserta diberi makan
tengahari dan diberikan masa untuk solat Zuhur dan istirehat (ISOMA). Pada
pukul 1 petang, slot ketiga diteruskan oleh saudara Arif Marsin berkenaan Tarekat
Sesat.
Majlis berakhir pada jam 2.30 petang.
Bilangan peserta yang hadir adalah sebanyak 57 orang yang terdiri daripada FK ,
FKG, FF dan juga pelajar koas di Bandung.