Hari : Ahad, 11 Mac 2012
Masa
: 8.00 pagi – 2.30 petang
Tempat
: Pusat Studi Bahasa Jepang, Fakultas Sastera UNPAD, Jatinangor, Sumedang, Indonesia
Seperti yang kita sedia maklum, Mesyuarat Agung Tahunan Kelab UMNO
Bandung, Indonesia diadakan setiap dua tahun bersesuaian dengan Perlembagaan Kelab UMNO
Luar Negara. Mesyuarat kali init urut diserikan dengan paluan kompang dan persembahan dari juara
Malaysian Got Talent, Malam Inspirasi Seni 2012 bagi menyambut kehadiran barisan pucuk pimpinan
KUBI sesi 2009/2011 dan ahli-ahli KUBI yang lain.
Tidak akan sempurna sesebuah majlis tanpa wujudnya organisasi yang
bertanggungjawab untuk memastikan kelangsungan majlis tersebut. Oleh itu, seperti lazimnya mesyuarat
kali ini juga ditonggak oleh jawatankuasa pelaksana yang
berusaha memastikan kelancaran mesyuarat pada kali ini. Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksana bagi Mesyuarat Agung Tahunan
KUBI pada kali ini.
Penasihat
Muhammad Noor Arrazeen Bin Nor Hisham
Muhammad Hasif Bin Mohamed Ali
Ain Izzati Binti Khiruddin
Nurul Farhanah Binti Baharudin
Azrul Reesha Bin Yassin
Biro Acara dan Protokol
Nurafiqah Balqis Binti Mohd Rasid
Yasmin Shukrina Binti Mohd Norazlan
Biro Multimedia
dan Dokumentasi
Ahmad Zarrin Bin Amat Taap
Nurfatin Anis Binti Zaharmin
Biro Makanan
Melissa Iqlima Binti Marzuki
Biro Hadiah dan Cenderahati
Narjis Kameneii Amizah Binti Hamzah
Afiq Rukaini
Biro Logistik
Abd Khaliq Alim Bin Abd Rani
Aiman Bin Hasnizul
Pengerusi Majlis
Ahmad Aliuddin Bin Nor Azizan
Nik Fatin Farhana Binti Mohd Rahhim
Jurutulis
Norsyuhadah Binti Ariffin
Murni Binti Hamzah
Mesyuarat pada
kali ini telah dirasmikan oleh Presiden KUBI sesi 2009/2011
sendiri iaitu Saudara Mohd Farhan Bin Saroni dan telah dihadiri oleh seramai 120 ahli KUBI
sendiri. Mesyuarat secara ringkasnya diisi dengan pembentangan laporan serta pengesahan laporan daripada Setiausaha, Bendahari, dan Exco-exco bagi setiap
biro bagi sesi 2009/2011serta diikuti dengan sesi soal jawab oleh ahli KUBI kepada Ahli Majlis Tertinggi
KUBI. Kemuncak majlis pada hari tersebut adalah sesi pembubaran Ahli Jawatankuasa KUBI
sesi 2009/2011 untuk digantikan dengan pelapis dan orang
baru bagi menerajui pucuk pimpinan KUBI bagi sesi yang seterusnya. Majlis kemudian berehat sebentar untuk memberi laluan kepada ahli untuk makan tengahari.
Acara kemudian diteruskan lagi dengan pencalonan dan pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi
KUBI bagi sesi 2009/2011. Seramai empat orang calon yang terpilih menyampaikan
manifesto mereka masing-masing sebelum undian oleh ahli-ahli KUBI
dibuat. Berikut merupakan nama Presiden dan Timbalan Presiden KUBI bagi sesi 2012/2014
yang telah terpilih :-
Presiden : Muhammad Noor Arrazeen Bin
NorHisham
Timbalan Presiden : Muhammad Hasif Bin
Mohamed Ali
Diharap Ahli Majlis Tertinggi
KUBI yang baru dilantik bagi sesi 2012/2014 dapat melaksanakan tanggungjawab serta amanah dengan sebaiknya
demi
kebaikan bersama. Tahniah dan takziah atas pemilihannya. Dengan itu, mesyurat agung tahunan
kali ini ditangguhkan.